Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, August 09, 2006

Gencat Senjata!



Pada Isnin malam, 7 Ogos, 2006, saya sekali lagi dipanggil untuk menyertai sebuah lagi Candle Light Vigil (Nyalaan Global) yang mana ianya kali ini dianjurkan oleh Amnesty International.

Amat memalukan apabila rakan-rakan Amnesty di seluruh dunia menganjurkan Nyalaan Lilin apabila Malaysia sibuk dengan protes-protes tempatan.

Amnesty International meminta bantuan saya untuk menyertai perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka itu.

Selepas kami bertafkur selama dua minit, Pengarah Eksekutif Amnesty International malaysia, Josef Roy membacakan teks yang disentralisasikan di seluruh dunia dengan mesej yang sama: CEASEFIRE (Gencat Senjata).

“Beberapa minggu yang lalu, kita telah melihat kejadian konflik malapetaka di antara Israel dan Lubnan yang menjurus kepada satu siri kekejaman dan jenayah peperangan. Kita mendapat berita, ratusan nyawa terkorban, rumah dimusnahkan mengakibatkan ribuan hilang tempat berlindung, keluarga terpisah dan musnahnya penghidupan.

Keriuhan didengari mengenai pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa antara kedua belah pihak, termasuk serangan terhadap orang kebanyakan dan infrastuktur awam tanpa sebarang perkiraan dan tidak setimbal. AI telah mendesak agar gencatan senjata segera dilakukan oleh kedua belah pihak; agar mereka menghormati undang-undang kemanusiaan; dan menggesa agar mereka berhenti daripada menjalankan kerja-kerja sedemikian yang menjurus ke arah jenayah peperangan. Berulang kali desakan telah dibuat supaya tidak mengganggu ketenteraman, dan kedua belah pihak nampaknya gagal untuk hentikan penindasan terhadap orang awam.

Dalam keadaan ini, gencatan senjata menjadi tindakan yang paling berkesan bagi melindungi populasi orang awam. Gencatan senjata perlu sebagai pra-syarat sebagai peruntukan bagi bantuan kemanusiaan dan bagi siasatan berkesan untuk jenayah-jenayah peperangan yang dilakukan.

AI telah mendesak konflik kedua pihak bagi memberi ruang kepada bantuan kemanusiaan, dan telah menggesa komuniti antarabangsa menggunakan pengaruh mereka terhadap kedua pihak ini bagi mempastikan ianya dilaksanakan.

Kami telah mendesak agar kedua kerajaan mengenakan perintah menghalang kemasukan peralatan senjata terhadap kedua pihak dan menghalang dalam membenarkan sebarang peralatan senjata dikirim melalui kawasan-kawasan mereka.

AI menyedari komuniti antarabangsa merasa kecewa dengan perdebatan polar dalam isu gencatan senjata digunakan oleh sesetengah kerajaan sebagai alat politik untuk memberi peluang kepada pihak tentera terhadap konflik berkenaan. AI tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam dimensi politik terhadap konflik berkenaan tetapi langkah-langkah boleh diambil bagi melindungi keselamatan dan hak-hak asasi manusia bagi Lubnan dan Israel dipelihara.

Pada malam ini, Amnesty International seluruh dunia, penyokong-penyokong kami, teman-teman, rakan seperjuangan bersama-sama menuntut solidariti kepada pihak yang telah menjadi mangsaa kepada konflik ini. Kami turut bersedih atas pemergian mangsa-mangsa perang. Kepada kaum keluarga mangsa, kami berdoa bersama kalian dan berharap mereka diberi kekuatan dalam waktu sebegini. Kami juga turut bersama mereka yang masih hidup yang sering berhadapan dengan bahaya. Kami mendoakan agar mereka diberi kekuatan dan sentiasa diberi perlindungan.

Kami mendesak supaya kedua-dua pihak mula untuk menghargai nyawa dan hak asasi manusia pihak yang tidak berdosa. Dan kami merayu kepada kerajaan dari negara-negara lain di seluruh dunia turut membantu rakyat Lubnan dan Israel – dan turut bersama-sama kami agar sengketa ini dihentikan.

Hari ini, kami bersama-sama menyampaikan satu pesanan yang mudah: Tolonglah, gencat senjata.”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com