Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, September 25, 2006

‘Biarkan mereka cari identiti mereka’

Pementasan Gold Rain & Hailstones:



Pada ketika sejarah Malaysia mencabar bahasa, bangsa, budaya dan agama, rakyatnya meraba-raba identiti sehingga menjadi prasarana dalam sesebuah perjuangan.

Sepanjang 30 tahun yang lalu, pendidikan luar negara telah memberi peluang kepada ratusan daripada ribuan anak muda Malaysia yang kebanyakannya Melayu untuk berhijrah dan mengejar segulung ijazah.

Selepas kembali daripada perubahan budaya dari pelbagai latarbelakang Negara, masalah mereka dalam menyesuaikan diri mengajar tahap kematangan dari aspek indentiti diri dan keperluan untuk dipunyai.

Bagi ibubapa yang melepaskan anak mereka untuk belajar ke luar negara, mereka selalu meninggalkan pesan untuk tidak melupakan adat resam serta budaya masing-masing. Ini didefinisikan oleh salah satu sifat budaya yang bersifat transgenerational, iaitu bersifat kumulatif yang diserahkan turun-temurun.

Perkara ini diceritakan oleh Jit Murat dan Lin Jaafar secara sinis mengenai amalan dan kepercayaan turun-temurun keluarga mereka.

Namun, ada ibubapa yang gagal mengekalkannya (elemen budaya) kerana ada di antara anak-anak muda yang terpengaruh kepada sifat lain dalam budaya iaitu adapative, di mana ia berdasarkan kepada kapasiti manusia itu sendiri untuk menerap atau mengubah.

Dengan pendedahan budaya asing, ada di antara mereka yang membawa secara langsung apabila pulang. Sikap individualistik melalui penghidupan dalam residensi apartmen yang tidak menggalakkan semangat kejiranan, berbeza dengan penghidupan generasi lalu yang mengenai setiap rumah yang berada dalam esuatu kawasan perumahan.

Ia dilakonkan secara sinis, dan menghiburkan.

Pementasan ‘Gold Rain and Hailstones’ menjelaskan pencarian identiti tersebut, khusus melalui pengalaman yang dialami oleh penulis skrip, Jit.

Pementasan ini bermula dengan kepulangan Aminah (sebut, Amy) ke Kuala Lumpur. Beliau telah berada di US selama 10 tahun, Kepulangannya itu menjadi katalist untuk ‘Man, Nina and Jay’ yang menceritakan mengenai zaman kanak-kanak sehingga ke pengalamannya berada di perantauan dan kehidupannya selepas pulang ke tanahair.

Dalam banyak adegan yang dipaparkan, mesej yang paling penting yang diketengahkan ialah untuk dimiliki, peluang yang kita ada ialah berada dalam pemilikan tersebut.

Apabila pilihan telah dibuat, dan membuat keputusan untuk menjadi rakyat Malaysia, tidak ada sesiapa pun dapat mempertikaikannya.

Menurut penulis skrip, Jit Murad. skrip bagi pementasan ini disiapkan 13 tahun yang lalu. Beliau mempersoalkan perubahan-perubahan yang dilalui oleh negara sepanjang tempoh 13 tahun tersebut.

“Pada tahun 1993, Malaysia berusia 36 tahun dan kini Malaysia sudah 49 tahun. Perisitiwa 13 Mei berlaku 24 tahun pada 1993 tetapi kini ia telah berlaju 37 tahun lalu,” katanya.

“Pada tahun 1993, Operasi Lalang berlaku enam tahun yang lalu dan perbicaraan Anwar (Ibrahim) berlaku empat hingga lima tahun lalu.”

“Dati segi ekonomi pula Dasara Ekonomi Baru diperkenalkan 22 tahun pada tahun 1993.”

Pada skrip ini disiapkan, Malaysia, bagi Jit tidak lagi mencapai ke satu tahap yang membolehkan orang ramai membuat penilaian mengenai pencarian identiti mereka tersebut,

Tetapi, selepas 13 tahun, Jit merasakan ianya amat sesuai bagi setiap daripada kita untuk membuat penilaian tersebut dan menghayati skripnya.

Beliau percaya rasa untuk dimiliki dan identiti menjadi satu yang merisaukan anak muda kini. “Biarkan mereka.”

“Selain identiti, ia berkhubungkait dengan penerimaan, bersikap jujur, sungguhpun saya tidak merasai seperti itu lagi,” tambah Jit.

Bagi Lin pula, beliau menganggap penyampaian itu penting kerana ia berguna kepada orang ramai yang masih mencari-cari identiti mereka sendiri.

Pementasan ‘Gold Rain and Hailstones’ hanya melibatkan Jit dan Lin di atas pentas dan mereka bertukartukar watak bagi menunjukkan proesionalisme mereka dalam bidang lakonan teater,

Bagi mereka yang menonton pementasan pada 7 hingga 17 September lalu, watak yang dipertontonkan bertutur dalam suara mereka sendiri dan ia disampaikan kepada para pennton dengan cukup jelas

Pementasan yang bermaksud ‘Hujan Emas Hujan Batu’ dipentaskan pada awalnya di Majlis British (The British Council) dan kemudiannya dipentaskan sekali lagi di The Actors Studio di Dataran Merdeka.

Kali ini, ia dipentaskan di KL Performing Arts Centre (KLPac).
Pentas baru itu membolehkan Zahim al-Bakri yang bertindak sebagai pengarah untuk mempersembahkan dengan perspektif yang segar, bersama penggunaan animasi grafik yang dipertanggungjawabkan kepada Sydney Tan dan Crystal Woo, bersama-sama kesan bunyi oleh Two AM Music Studios dan kesan cahaya oleh Mac Chan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com