Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, September 21, 2006
Betulkah Pemuda Malaysia perjuangkan keamanan Lubnan?
Pada 22 Ogos yang lalu, Gabungan Pemuda Malaysia yang terdiri daripada pemuda (dan pemudi) dari KeADILan, Umno, MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di Balai Budaya Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menyatakan perjuangan mereka dalam demokrasi, dan keamanan sejagat yang mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan, pembunuhan dan pemusnahan nyawa serta prasarana di Lubnan.
Melalui perisytiharan yang dikeluarkan, Gabungan tersebut mendesak supaya
1. Israel mengundurkan tenteranya serta-merta dan menghnetikan serangan serta mematuhi gencatan senjata yang digerakkan oleh PBB.
2. Menghnetikan serta-merta sebarang tindakan kekejaman ke atas rakyat yang tidak berdosa dan kemusnahan ke atas harta-benda.
3. Memastikan sekutu Israel mengekang tindakan Negara itu kerana implikasi masa depan yang boleh membahayakan keselamatan dunia dan menumbuhkan kebencian masyarakat dunia.
4. Memastikn PBB mempunyai taring yang secukupnya untuk memastikan tindakan ganas Israel tidak berulang.
Bagi pihak Angkatan Muda yang dijemput pada peringkat awal untuk menyertai perhimpunan tersebut, bersetuju atas dasar kemanusiaan dan kekejaman, tidak lain daripada itu. Tidak terlintas langsung kepada pucuk pimpinan Angkatan Muda Pusat untuk menjalin sebarang kerjasama dengan Parti pemerintah khususnya UMNO.
Di manakah Parti-parti gabungan yang lain ketika protes-protes global dilakukan bagi menyatakan hasrat solidariti terhadap mangsa kezaliman di Lubnan beberapa bulan yang lalu?
Namun, majlis yoyo-or diadakan pada 22 Ogos di mana kematian dan kezaliman sudah bermula sejak Jun lagi. Sejak Jun, tentera Israel sudah membunuh kira-kira 150 orang Palestin termasuk menteri-menteri cabinet, termasuk 250 kanak-kanak.
Tiga mesyuarat telah dipanggil oleh DBP yang dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar. Daripada ketiga mesyuarat, saya hadir dalam dua mesyuarat perancangan atas kapasiti Ketua Biro Antarabangsa.
Beberapa perkara telah diputuskan sebulat suara oleh ahli-ahli gabungan.
1. Kain rentang yang dibawa mestilah mempunyai terjemahan dalam Bahasa Melayu
2. Tidak ada bendera parti, hanya ayat-ayat yang menunjukkan rasa solidarity kepada kezaliman yang berlaku.
3. Berpakaian baju yang berlatarbelakangkan putih.
4. 10 ahli exco dari setiap komponen diletakkan di barisan kedua hadapan.
5. Setiap parti gabungan diperuntukkan dengan 250 kad pas masuk ke dalam dewan.
Saya mempersetujui hampir kesemua syarat yang diperuntukkan oleh Johan Jaafar, selaku pengerusi majlis tersebut.
Tetapi, syarat-syarat ini langsung tidak dipatuhi oleh pemuda UMNO.
Kain rentang yang besar dibawa masuk ke dalam dewan tertutup itu dengan ayat-ayat berBahasa Inggeris walaupun terdapat pegawai urusetia yang begitu ramai mengawal pintu masuk dewan.
Begitu juga bendera Pemuda Umno yang berkibar di segenap sudut dewan, apatah lagi di bahagian atas dewan yang sudah semestinya dipenuhi dengan Pemuda dan Putera UMNO dari awal lagi.
Dewan penuh dengan anggota-anggota Putera yang menurut mereka, dijanjikan makan malam. Tapi apabila Latheefa tanya, “dah makan ke belum?”
Salah seorangnya menjawab, “Pukul 5 tadi diorang bagi pau sejuk sekeping aje.”
Mereka adalah dari kalangan ratusan ahli Putera Umno yang berpakaian seragam, tidak berwarna putih. Bagaimana mereka dapat memenuhi dewan tersebut sedangkan kad yang diperuntukkan cuma 250 sahaja untuk Umno?
Ramai daripada penyokong-penyokong Angkatan Muda dan ahli-ahli yang telah dijanjikan tempat duduk tidak dapat memasuki dewan kerana khabarnya dewan sudah pun penuh!
Perarakan Angkatan Muda dihalang
Exco Angkatan Muda yang datang saya arahkan untuk tunggu di luar dewan supaya berarak bersama-sama ke barisan hadapan dewan (seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat persiapan yang diadakan di DBP, dan dipengerusikan oleh Johan Jaafar).
Namun, malangnya, kami dihalang apabila tiba di pertengahan dewan oleh urusetia yang berbaju Umno kerana dikatakan kerusi hadapan telah pun penuh.
Ucapan wakil Ketua Angkatan Muda
Tarikh yang dipersetujui untuk diadakan pada satu tarikh lain, kemudiannya dipinda tanpa dibawa ke sebarang mesyuarat. Ia hanya dimaklumkan kepada Setiausaha Kerja Angkatan Muda yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
Namun, kami tetap komited tentang program tersebut atas janji asal kami dan persetujuan melalui mesyuarat exco Angkatan Muda.
Oleh kerana Ketua Angkatan Muda Pusat, Ezam Mohd Nor tidak dapat hadir pada majlis tersebut, Angkatan Muda diwakili oleh Naibnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mungkin benar, teks ucapan Shamsul sedikit menimbulkan rasa tidak puash hati exco Pemuda Malaysia kerana mengkritik kelemahan Perdana Menteri sekarang kerana lambat dalam membuat tindakan. Perdana Mentei Malaysia juga ialah Presiden kepada OIC.
“Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya Dato Seri Anwar Ibrahim memikul jawatan tersebut,” kata Shamsul dengan diikuti dengan sorakan yang tidak puas hati dari Umno.
Shamsul terus dengan ucapannya kerana masih ada masa yang diperuntukkan untuknya bercakap.
Tiba-tiba, pengerusi majlis (bukan pengerusi acara) mengarahkan untuknya berhenti dan memberi laluan kepada ketua parti lain untuk berucap.
Tindakan ini amat memalukan kerana pengerusi majlis tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, melainkan arahan tersebut datangnya dari Pengerusi Acara, Dato Johan Jaafar.
Datuk Johan dan mana-mana Parti lain juga tidak mempunyai hak untuk Shamsul berhenti dari berucap kerana itu adalah haknya dan itulah pendirian dan matlamat keADILan dan DAP serta PAS mengikut Manifesto 2004 yang lalu.
Shamsul mengambil tempat kembali tetapi masih membawaa kemarahan kepada exco Umno duduk di barisan hadapan, yang sepatutnya tempat exco Angkatan Muda yang memberi kata-kata kesat.
Angkatan Muda juga akur dengan keputusan mesyuarat untuk diadakan Sidang Media bersama selepas majlis tersebut.
Tetapi, Shamsul diterkam oleh Datuk Aziz (Ketua Putera Umno) untuk dibelasahnya. Mujur anggota-anggota Umno yang lain (yang tidak banyak bezanya) memegang beliau dan mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.
Kami di luar dewan juga bertekad sekiranya serangan awal dilakukan oleh Umno kepada Shamsul, kita akan membuat laporan polis, tidak menyerang balas. Kita bertamadun dan kita bermaruah.
Minta teruskan usaha Gabungan
Sehari selepas acara tersebut dijalankan, kami mendapat panggilan telefon daripada wakil Pemuda Umno untuk memanggil satu mesyuarat di Hote; Pan Pacific, Kuala Lumpur. Kmai menjadi bingung terus bertanya untuk agenda pertemuan tersebut.
Menurut mereka, mereka mahu aturkan program-program susulan daripada Gabungan yang ditubuhkan. AGaknya mereka ini tidak faham objektif Gabungan Pemuda Malaysia.
Saya beritahu mereka Gabungan tersebut ditubuhkan untuk acara semalam sahaja dan ianya dikawalselia oleh sebuah badan yang agak bebas.
Apa yang peliknya, Umno faham tetapi mengikut arahan Datuk Hishamuddin Hussein untuk mengadakan majlis seumpama itu.
Dalam hati berkata, adakah saya perlu akur dengan arahan Ketua mereka? Adakah itu masalah saya?
Saya tolak tawaran tersebut dan berhubung dengan DAPSY yang juga mengatakan bahawa mereka tidak akan hadir kerana tidak mahu tertipu kali kedua – kali pertama apabila Umno cuba menunjukkan sikap keperihatinan dengan menubuhkan Malaysia for Peace tetapi akhirnya menjadi sebuah program yang beragendakan kepentingan politik mereka sahaja.
Bagi Angkatan Muda, kami tidak rela menjadi kuda Umno dan kami akan teruskan perjuangan untuk keadilan sosial mengikut cara kami.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home