

Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!

~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, October 13, 2006
JAM tiup semangat Angkatan Muda Sabah

Program Jentera Angkatan Muda, JAM menjelajah Negeri di Bawah Bayu, Sabah dengan memberi penerangan mengenai persiapan Angkatan Muda dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Sekretariat Pusat diketuai oleh Naib Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan disertai oleh dua exco Angkatan Muda Pusat, Faisal Mustaffa dan Muhammad Gaddafi Kamal.
Seramai 32 ahli dari lapan Bahagian seluruh Sabah hadir dalam siri lawatan JAM di Sabah. Antaranya ialah dari Bahagian Kinabatangan, Kimanis, Semporna, Kudat, Kota Merudu, Beaufort, Sepanggar.

Muhammad Gadafi yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP) pula membentangkan secara umum mengenai Sistem Menang Pilihanraya ke-12 (SISMEP12) buat pertama kali di Sabah.

”Dengan program JAM ini dan seterusnya pemantauan yang dijalankan oleh sekretariat JAM di Pusat akan memperlihatkan satu perkembangan secara berterusan dalam sayap Angkatan Muda,” terang Shamsul sekembalinya dari Sabah.
Sesungguhnya MTK dan SISMEP12 yang diselitkan dalam program JAM itu dapat memberi sedikit sebanyak satu panduan kepada Angkatan Muda untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka di Bahagian masing-masing.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home