Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, October 16, 2006
Sabah Menuju Puncak bersama Jeffrey Kitingan
Pada tanggal 7 Oktober, saya bersama rakan-rakan exco dibawa ke upacara kemuncak lawatan kami ke Sabah; menyaksikan kemasukan beramai-ramai rakyat Sabah ke Parti Keadilan Rakyat dan perasmian buku Keadilan Untuk Sabah oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tambunan memakan masa lebih kurang dua jam. Hujan yang mengiringi perjalanan kami terpaksa mengambil masa yang lebih panjang. Ini adalah kerana jalan menuju ke puncak tidak dapat bergerak dengan lebih laju dan ditambah lagi dengan kabus tebal serta jalan yang sempit.
Kami bersama rakan exco Sabah tiba antara yang awal berbanding dengan rombongan lain dari Kuala Lumpur. Saya mengambil kesempatan untuk melihat ke persekitaran Tambunan Village Resort Centre (TVRC) dan kebetulan pula Datuk Dr Jeffrey sudah tiba dan saya terus memperkenalkan diri dan bersalaman. Itulah kali pertama saya bertemu beliau.
Nama penuh beliau ialah Datuk Dr Jeffrey Gapai Kitingan dan beliau adalah dari keturunan Kadazan-Dusun-Murut atau singkatannya KDM.
Ahli politik yang lahir pada tahun 1948 ini merupakan adik kepada Pairin Kitingan.
Jeffrey dan Pairin merupakan pengasas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pernah menempah kejayaan menumbangkan Kerajaan Berjaya di bawah pimpinan Haris Salleh pada tahun 1985 dahulu.
Beliau memperolehi pendidikan lanjutan dari Perth, Australia dalam Ijazah Pentadbiran Awam pada tahun 1975.
Jeffrey kemudiannya melanjutkan pembelajarannya dalam kedoktoran di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Sebelum beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1990 selama 30 bulan, beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Yayasan Sabah (Pengurus Besar – 1984, Pengarah - 1985), dan Pengarah urusan bagi Innoprise Corporation.
Pada tahun 1993, Jeffrey menjadi calon dalam Pilihanraya Negeri di bawah tiket Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Beliau cuba memenangi pilihanraya hanya pada 1998 di Bingkor dengan majoriti besar dan kemudiannya PBRS menyertai semula Barisan Nasiosnal sebagai salah sebuah parti komponennya.
Rakyat Sabah masuk KeADILan
Seramai 17,876 dari sembilan bahagian seluruh Sabah menghantar borang keahliannya ke Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti.
Yang aku peliknya, bagaimana Suara Keadilan boleh melaporkan seramai 18,770 borang diterima. Sepanjang aku berada di Tambunan, tidak kelihatan pun kelibat wartawan dari Suara Keadilan yang membuat liputan.
Kalau dibezakan, lebih kurang 1000 bezanya dari laporan Suara Keadilan dengan angka sebenar.
Pihak Ibu pejabat KeADILan juga memberitahu, tiada wakil dari Suara Keadilan yang menelefon mereka untuk mendapatkan pengesahan.
Kami kemudiannya berbuka di dewan makan TVRC. Sungguhpun nasi kawah, saya makan dengan selera. Tan Sri Khalid tidak dapat berada lama bersama peminat-peminatnya kerana terpaksa pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga.
Kami dengan menaiki van NAZA Ria pulang ke Kota Kinabalu dan singgah sebentar di Rumah Anak Yatim Islam di Tambunan untuk mengerjakan solat Maghrib.
1 Comments:
This is a bold move by Keadilan for trying to enter Sabah politic. Do the Keadilan leaders know what they want to achive in Sabah. What is the plan? if there is any?
Post a Comment
<< Home