Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, October 15, 2006

Selamat tinggal Seha

Norseha Abu Bakar, 44 telah pulang ke rahmatullah pada 12 Oktober lalu akibat sakit barah paru-paru. Pada satu waktu dahulu, beliau merupakan penyanyi kepada kumpulan Freedom dan berjaya menghasilkan dua buah album. Seha juga sempat melahirkan dia buah album solo.

Seha lah tulang belakang kepada Anugerah Industi Muzik (AIM). Seha juga pernah menceburi dalam menerbitkan rancangan hiburan Muzik TV.

Beliau juga membuka Kelab Matahari yang memberi laluan kepada bakat-bakat baru membuat persembahan. Bahkan; Awie, Anuar Zain dan Hattan pernah diundang menyanyi di Matahari.

Berita kematian Seha aku terima dan rasa terkejut sewaktu pulang dari menyaksikan satu forum blogger anjuran DAP bertajuk ’How To Set Pak Lah Free’. Dalam kereta pukul 1.30am aku terfikir-fikir apa nak makan untuk sahur.

Aku berhentikan kereta aku di 7-Eleven Kajang sebab ada jual burger di kawasan berdekatan. Akhbar Malay Mail menayangkan wajah Seha dengan besar bertajuk ’I Miss Her Already’. Tolehan kedua aku kepada dada akhbar itu untuk melihat perkembangan mutakhir Seha dan terbeliak apabila mengetahui bahawa dia sudah meninggal dunia jam 8.15 pagi yang sama.

Sekitar tahun 1987, aku bersama sepupu-sepupu aku sering menyaksikan Freedom membuat persembahan. Pada waktu itu, Freedom mengikat kontrak bersama PJ Hilton dan khabarnya kontrak mereka disambung beberapa kali. Setiap kali kami bercadang untuk menyaksikan Freedom, kami terpaksa membuat reservation dengan pihak PJ Hilton kerana lounge hotel sering penuh. Bukan kaum Melayu muda sahaja yang sering memenuhi lounge hotel tetapi juga dari pelbagai bangsa dan keturunan.

Setiap kali kami mengunjungi lounge PJ Hilton untuk menyaksikan persembahan Freedom, kami sering menerima ucapan selamat datang oleh Seha dan kami sering dilabel sebagai The Waltons sebab kami hadir dalam jumlah yang besar dan dua lapis generasi.

Bukan Seha sahaja, ahli-ahli Freedom lain; Gomez, Ghani dan Shuib juga kenal dengan kami.

Pada sambutan Krismas 1998 lalu, aku simpan wang untuk membuat tempahan bagi menyaksikan Freedom dalam persembahan khas mereka di PJ Hilton.

Apa yang menarik dengan Seha dan Freedom ialah aku sering tertarik dengan gaya persembahan mereka.

Sewaktu dalam Kelab Interact, Kajang High School, aku gunakan persembahan Mulanya Di Sini sebagai persembahan kami; Zul Karnain, Vincent, Alfashni dan aku sendiri sebagai pengarah persembahan.

Semasa Annual Dinner International Business Students Association, ITM Shah Alam di sebuah hotel terkemuka di Shah ALam juga, aku menyanyikan lagu Seha secara live dalam album solonya yang terbaru sehingga kaset minus-one Seha itu hilang dan tidak jumpa sehingga kini. Hanya kotaknya sahaja yang ada dengan aku.

Sesungguhnya, industri hiburan tanahair akan kehilangan sebuah bintang. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau. Dan sesungguhnya, aku akan merindui lagu-lagu kreatif Seha.

Al-Fatihah

2 Comments:

At 2:05 pm, Blogger yanmaneee said...

coach bags sale
kd 12
balenciaga shoes
nike air vapormax
retro jordans
curry shoes
christian louboutin outlet
air max 97
cheap jordans
balenciaga shoes

 
At 6:22 pm, Anonymous 100 cotton percale sheets said...

Sewaktu dalam Kelab Interact, Kajang High School, aku gunakan persembahan Mulanya Di Sini sebagai persembahan kami; Zul Karnain, Vincent, Alfashni dan aku sendiri sebagai pengarah persembahan.
black color salwar suit ,
black and golden salwar suit ,

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com