Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, November 01, 2006
Catatan ke Mekah Demokrasi Asia
Alhamdulillah, akhirnya tiba juga aku di sebuah negara di Asia Timur, Korea Selatan.Aku bertolak dari Petaling Jaya dan Aidil Fitri aku ketepikan untuk persediaan terakhir aku membentangkan kertas kerja aku; Media and Democracy: A Malaysian Perspective.
Teksi mengambil aku di rumah dan singgah sebentar di rumah Elizabeth sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
Kami tekun berborak dengan pemandu teksi yang membawa kami ke KLIA. Banyak perkara yang kami bincangkan bersama pemandu teksi yang sudah berada dalam industri pemanduan teksi selama 38 tahun itu; isu rompakan dalam teksi, sikap pihak polis yang enggan mengambil tndakan terhadap penumpang yang tidak mahu membayar tambang. Tidak pula tergamak aku menanya samada beliau pernah berhadapan dengan pasangan yang membuat perlakuan sumbang ketika dalam teksi (ahaks).
Kami tiba awal untuk mengelak beberapa kemungkinan yang tidak mahu dilalui kerana e-tiket yang kami terima hanya satu salinan yang kami perolehi melalui e-mel.
KLIA
Agak terkejut apabila aku melihat bahawa kos pembawaan aku seorang pergi dan balik KRW1739,000 tau RM6350. Adakah aku begitu penting bagi mereka sehingga sanggup melaburkan wang begitu banyak untuk aku membentangkan kertas kerja yang hanya aku buat dalam satu malam?
Sebelum mendaftarkan diri memasuki keretapi transit ke pesawat, aku dan Eli mentekedarah KFC. Aku sempat membuat beberapa panggilan pesanan sepeninggalan aku supaya beberapa pihak ini tidak tercari-cari aku. Aku juga sempat mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya sebelum ianya sudah lewat untuk diucapkan.
Aku belikan 2 karton rokok untuk saudaraku di Gwangju.
Pertama kali aku mengenali perwakilan dari Asian Foundation, Herizal yang turut sama akan berada dengan kami nanti.
Incheon International Hotel
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon tepat pada masa yang dijadualkan. Sorang rakan dari Nepal, Deepak telah pun tiba dan menunggu kumpulan-kumpulan lain yang sepatutnya sampai pada hari yang sama.
Elizabeth kehilangan skarfnya dan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkannya kembali, namun gagal.
Sementara menunggu ketibaan yang lain, aku, Elizabeth, Hezrizal dan rakan dari baru dari Thailand, Sunee makan.
Sudah kuduga, langsung tak sedap dan makanannya sungguh tidak memenuhi citarasa aku.
Kami berlepas ke Gwangju dan perjalanannya memakan masa selama lebih kurang empat jam menaiki bas ekspres.
Bas hanya berhenti sebentar di salah sebuah tempat istirehat selama 15 minit sebelum meneruskan kembali perjalanannya. Aku perhatikan pada lebuhraya, had laju maksima yang dibenarkan hanyalah pada tahap 100 km/jam.
Gwangju, Mekah Demokrasi Asia
Aku ditempatkan ke sebuah hotel berdekatan kerana hotel utama yang menempatkan pewakilan lain sudah pun dipenuhi.
Kira-kira 9 negara seramai lebih kurang 40 perwakilan turut serta yang dalam Persidangan yang diadakan untuk kali kedua ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home