Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, December 10, 2006

DEKLARASI PESTA HAK RAKYAT 2006

Hari ini merupakan ulangtahun ke-59 sejak satu Deklarasi Hak Asasi Sedunia ditandatangani pada 10 Disember 1948 oleh negara-negara sedunia. Negara-negara anggota dalam piagam ini telah berikrar untuk menghormati dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi sejagat. Deklarasi ini telah sekali lagi didukung pada tahun 1993 setelah semua negara menyatakan sokongan terhadap deklarasi ini dalam persidangan sedunia hak asasi manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, tahun ini sudah memasuki tahun ketiga sejak Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih pentadbiran negara daripada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad. Abdullah Badawi yang kononya telah membawa dirinya sebagai " Mr.Clean" dan Perdana Menteri berjiwa rakyat malangnya gagal untuk membanteras rasuah, memperbaharui pasukan polis, mengurangkan birokrasi dalam kerajaan dan lain-lain lepada rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang demokrasi dan maju, ternyata merupakan janji-janji kosong.

RAKYAT MALAYSIA TERUS DITINDAS !!!!!

Pekerja Malaysia yang telah menjadi tulang belakang pembangunan negara, amat tertekan dan sering ditindas di oleh sebab sistem demokrasi yang semakin terhakis. Setelah 49 tahun merdeka, pemerintah di Malaysia yang sepatutnya berjuang untuk menjamin kebajikan rakyat dari segi politik, ekonomi dan sosial tetapi tidak diamalkan sama sekali.

RAKYAT MALAYSIA TERUS DITINDAS !!!!!

Hak perumahan rakyat di Malaysia turut dinafikan. Polisi 'Setinggan Sifar' digunakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk melakukan kekejaman terhadap Masyarakat Peneroka Bandar dan Ladang apabila kekerasan digunakan untuk menghalau keluar penduduk dari tempat mereka tanpa sebarang perikemanusiaan.

RAKYAT MALAYSIA TERUS DITINDAS !!!!!

Di tempat kerja, para pekerja ditindas dan kehilangan hak pekerja dan hak berkesatuan buruh. Akibatnya, para pekerja masih terpaksa perjuangkan hak mereka. Gaji minima masih tidak dilaksanakan oleh kerajaan.

RAKYAT MALAYSIA TERUS DITINDAS !!!!!

Akta-akta zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri atau (ISA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta Akta Rahsia Rasmi (OSA) masih terus digunakan di Malaysia sehingga hari ini.

RAKYAT MALAYSIA TERUS DITINDAS !!!!!

Peringkat nasional pula, hak bersuara, hak berpersatuan dan berhimpun terus dinafikan atas alasan keselamatan negara. Tambahan pula, pasukan polis yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat berubah menjadi boneka pihak pemerintah dan kapitalis untuk menekan pekerja dan rakyat.

RAKYAT MALAYSIA TERUS DITINDAS !!!!!

Institusi kehakiman negara sebagai sebuah badan yang berkecuali, berwibawa dan adil terus terjejas sejak krisis kehakiman pada tahun 1988 dimana tiga orang hakim mahkamah tertinggi, termasuk Ketua Hakim Tun Salleah Abas dipecat. Pengendalian kes-kes terutamanya kes politik oleh mahkamah amat terpengaruh oleh kepentingan dan kehendak pihak pemerintah.

RAKYAT MALAYSIA TERUS DITINDAS !!!!!

Hak rakyat untuk memilih kerajaan pilihan masih dirampas dengan manipulasi dan tipu-helah yang dilakukan, seperti pengundi hantu, pembahagian kawasan pilihanraya yang tidak seimbang, politik wang dan rasuah berleluasa, penafian akses oleh parti pembangkang kepada media arus perdana dan lain-lain.

Kesan daripada kehilangan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini kerana sistem yang menindas rakyat maka, KAMI RAKYAT MALAYSIA PADA HARI HAK ASASI SEDUNIA INI MENUNTUT KEPADA KERAJAAN:

MENGGUBAL AKTA GAJI MINIMA SEKARANG

MENGHAPUSKAN SEGALA UNDANG-UNDANG YANG MENDISKRIMINASI RAKYAT SEPERTI ISA, AUKU, PPA DAN OSA

MENJAMIN HAK PERUMAHAN YANG SELESA UNNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, PENEROKA BANDAR DAN PEKERJA LADANG

MENUBUH DENGAN SEGERA SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAHLAKU POLIS (IPCMC) UNTUK MENGAWAL SALAHLAKU POLIS

MENJAMIN PILIHAN RAYA YANG BEBAS, BERSIH DDAN ADIL

MENGHAPUS SEGALA BENTUK RASUAH, KRONISME DAN PENYELEWENGAN

MERATIFIKASI PERSETUJUAN ANTARABANGSA HAK SIVIL DAN POLITIK, PERSETUJUAN ANTARABANGSA HAK EKONOMI, SOSIAL DAN BUDAYA DAN KONVENSI ANTARABANGSA UNTUK MENGHAPUSKAN LAYANAN PENDERAAN, PENGHINAAN DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com