Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, November 26, 2006
Polis, MPAJ Hanya Ikut Arahan
Pada kali ini, aku cuba interpretasikan pemerhatian yang aku alami pagi semalam sewaktu pegawai-pegawai MPAJ dan polis merobohkan surau.
Apabila orang kampung memberitahu supaya hormat tempat ibadat, antara jawapannya ialah mereka hanya menjalankan tugas.
Aku terfikir adakah mereka ini terlintas arahan yang diterima itu beretika atau pun tidak.
Adakah mereka ini keturunan Hang Tuah? ie aku tidak kata Hang Jebat itu betul.
Kalau beginilah jawapannya, kalau Ketuanya suruh terjun menara Petronas yang dibangga-banggakan oleh mereka ini, jangan tanya kenapa saya perlu terjun.
Tanyalah,"Tuan, dari tingkat berapa saya perlu terjun?"
Itukah piawainya tahap pemikiran pegawai-pegawai ini. Ada juga yang saya perhatikan pegawai-pegawai ini memakai tudung (untuk tutup aurat).
Selepas 10 hari MPAJ meranapkan rumah 51 orang penduduk Kg. Berembang, Ampang pagi ini (30 November) MPAJ yang didalangi oleh pihak polis dan Light Strike Force merobohkan surau Kg. Berembang. Khemah yang didirikan oleh penduduk turut menjadi
sasaran kerakusan MPAJ.
Aku sudah buat rancangan untuk melihat sendiri perobohan yang dilakukan oleh pihak-ihak tersebut.
Aku tiba lebih kurang jam 11 pagi kerana perlu selesaikan tugas lain. Orang kampung baru sahaja selesai tunaikan solat hajat dan berzikir.
Atas arahan daripada beberapa pegawai, mereka mula memotong pagar. Orang kampung dan beberapa aktivis mula bertindak cuba menghalang pihak yang tidak berapa berkuasa (kerana Allah lebih berkuasa) merobohkan tempat ibadat yang didirikan sendiri oleh penduduk kampung tersebut.
Pada mulanya pihak polis diketuai oleh Tuan Fauzi, Timbalan OCPD Daerah Ampang bersama-sama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cuba memujuk penduduk supaya membenarkan MPAJ merobohkan surau tersebut.
Konrad Arutchelvan dari PSM yang turut berada bersama penduduk mempertikaikan
tindakan ini dan mengatakan tiada notis yang diberikan untuk perobohan
surau. Sebelum ini notis hanya diberikan untuk perobohan rumah-rumah sahaja.
Jadi apa-apa tindakan perobohan adalah haram.
Dalam surau khabarnya, terdapat ramai kanak-kanak dan wanita yang cuba
mempertahankan surau tersebut. Dari luar kelihatan anggota MPAJ bertindak
ganas dan memukul wanita dan kanak-kanak ini.
Seorang wanita memberitahu, dia nampak MPAJ mengambil sebuah meja dan membaling terhadap wanita dan kanak-kanak. Ramai juga yang ditendang dan dipijak.
Dengan kekerasan ini, MPAJ merobohkan surau tersebut yang merupakan
satu-satu tempat orang berteduh selepas rumah mereka dirobohkan. Tidak cukup
dengan itu, MPAJ terus merobohkan khemah yang didirikan oleh penduduk.
Kereta penduduk yang menghalang operasi rakus ini, diangkut dengan trak
angkut.
Pada waktu yang sama, sedih melihat keadaan beberapa remaja yang digari kerana cuba menghalang polis merobohkan surau Kampungnya.
Aku tak mampu berbuat apa-apa.
Kechik ditahan
Aku mula naik bengang dan marah yang membuak-buak apabila temanku, Kechik dipukul. Aku mula merapatkan diri dengan polis dan mengugut untuk menahan aku pula sekiranya cuba untuk menghalang tugas polis.
Aku nampak mereka terajang dan memukul Kechik. Mereka cuba menggarinya tapi aku tenangkan pihak polis supaya tidak menggari temanku itu.
Tapi, tiba-tiba ada rakan yang menelefon tanya samada aku sudah dibebaskan oleh polis.
Tiba-tiba aje aku jadi hero..... Aku perbetulkan mereka dan mengarakan Kechik lah hero hebat. Gua tabik sama lu beb!
6 Comments:
Apakah pengajaran yang dapat disimpulkan daripada kejadian ini? Mengeluh dan menyalahkan sesiapa yang terlibat tidak akan merubah apa-apa..... Apakah yang boleh dilakukan agar perkara yang sama tidak berulang? Adakah yang sebarang tindakan susulan yang sedang dirancang bagi membantu para penduduk yang terlibat?..Mengapa memperbesarkan Surau yang diroboh? bukankan kesejahteraan para penduduk yang terlibat lebih penting daripada itu.....
Walaikumsalam kepada anonymous,
Jika soalan tersebut diutuskan kepada saya, maka jawapan saya ialah menuntut agar pihak yang terlibat mengembalikan hak penduduk kampung.
Perkara yang sama tidak akan berulang sekiranya pihak berkuasa mematuhi undang-undang dan perintah mahkamah serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat.
Isu pembesaran surau, saya kira adalah kerana penduduk tersebut sudah berada di Kg tersebut dalam beberapa generasi, maka sudah tentu populasi bertambah, dan keperluannya pun meningkat.
Jawapan terakhir...kesejahteraan para penduduk lebih penting daripada perbesarkan surau....kita boleh usulkan kepada Tuhan di akhirat.
Salam takziah buat penduduk Kg Berembang.
Sejahtera atas kamu jua,
It's really easier said than done kan...?..menuntut supaya hak penduduk Kg. Berembang dikembalikan....Mereka ( penduduk Kg. Berembang) boleh menuntut..tapi adakah permintaan itu akan dilayan? Apakah tindakan pro-active lain yang boleh di usahakan..?...ada berapa lagi "Kg. Berembang" lain yang telah dikenalpasti?.....bukankah lebih baik mengenalpasti kawasan tersebut dan membuat persediaan preventive...selain "bila terhantuk baru tergadah"?
Kita semua serba maklum tiada apa yang boleh diharapkan daripada PBT, (PBT hanya mengikut arahan...,)PBT tidak akan memperdulikan undang2 ( I doubt if the PBT is well verse with the law themself..) :)
Mungkin tak related sangat, or tak related lansung.. but, hepi to share sumting..
http://akubetul.blogspot.com/2006/12/shahrizat-atau-nik-aziz.html
Salam sejahtera kepada anonymous (walaupun masih mahu merahsiakan identiti beliau)...
Saya bersetuju dengan pendapat saudara bahawa penuntutan itu tidak akan dilayan.
Itu bukan menjadi agenda penduduk kg. Mereka percaya bahawa dari segi perundangan mahupun etika, mereka berada pada pihak yg benar.
Baru2 ini, penduduk kg telah menghantar laporan ke BPR mendakwa MPAJ menerima rasuah dari pihak pemaju dalam merobohkan Kg Berembang.
BPR juga mungkin tidak membuat apa2 tetapi penduduk kg mesti berbuat sesuatu dalam kapasiti hak perundangan warganegara yg mereka miliki.
Bagi kes2 yg lain (Kg Gombak Utara dan estet Bukit Jelutong), mereka berjaya dalam mendapat pampasan atas perobohan dan pengusiran paksa. Mereka lakukan bertahun2.
Bagi kes2 mendatang, saya bersetuju agar peneroka bandar perlu mempunyai injunksi. Masalahnya, mahkamah mengambil masa yg begitu lama untuk memberikan injunksi dan pihak berkuasa mengambil kesempatan daripada itu untuk mengusir mereka.
Pada Ahad ini (10Disember), akan diadakan Malam kebudayaan di Kg Berembang. Sila datang dan saudara akan berasa amat simpati atas perjuangan mereka.
off white
jordan outlet
palm angels clothing
kobe shoes
supreme outlet
Post a Comment
<< Home