Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, January 22, 2007

Malam Reformis Dalam Kenangan

26 Jan 2007 (jumaat), 8:30 malam, Dewan Perhimpunan Cina Selangor


Gelombang Reformasi yang melanda negara bermula tahun 1998 adalah salah satu detik yang penting dalam sejarah perjuangan rakyat.

Gelombang Reformasi tidak akan wujud tanpa titisan keringat insan pencinta demokrasi dan kebebasan.

Dalam memperjuangkan reformasi, tidak kurang yang telah pergi meninggalkan kita. Antaranya ialah Omar Tan, Mgg Pillai, Hajjah Ning, Ustaz Fadzil Noor, Haji Taib, Cikgu Non dan lain-lain.

Cetusan idea "Malam Reformis Dalam Kenangan" lahir daripada kesedaran pentingnya untuk kita memperingati mereka - Reformis Tulen, yang telah meninggalkan kita dengan sumbangan masing-masing, justeru dijadikan teladan dan dijanakan sebagai tenaga penggerak untuk terus mara ke depan.


Dengan ini ingin kami menjemput saudara/saudari untuk hadir ke "Malam Reformis Dalam Kenangan" pada 26 Jan (Jumaat), jam 8:30pm, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Dato Seri Anwar Ibrahim, penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) juga akan hadir sebagai salah seorang pemidato pada malam tersebut. Program selainnya adalah termasuk nyanyian, sajak dan pengkisahan yang mengisahkan pengorbanan perjuangan aktivis reformasi.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi setiausaha jawatankuasa "Malam Reformis Dalam Kenangan", saudari Ginie Lim 012-6693453 atau Nasir Isa 0193999744.

2 Comments:

At 7:14 pm, Blogger Amin Iskandar said...

Tahniah kerana menganjurkan program untuk memperingati pejuang-pejuang yang telah pergi. Ini adalah satu usaha yang murni.

Aku cadangkan kita juga harus memperingati pejuang-pejuang kemerdekaan tulen yang telah lama dilupakan oleh rakyat arus perdana seperti Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Rashid Maidin dan ramai lagi yang tak mungkin aku dapat sebutkan disini. Apa kata nanti aku balik, kita plan untuk anjurkan sempena Hari Kemerdekaan?

 
At 7:17 pm, Blogger Unknown said...

cadangan baik.... Aku cadangkan program tersebut diselitkan dalam Majlis Makan Malam Perdana Hari Keadilan Rakyat pada 3 Ogos di Kelana Jaya.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com