Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, January 31, 2007

Polis Cadang Gunakan EO terhadap Along

Pada 30hb Januari, Polis diRaja Malaysia telah mengeluarkan usulan kepada Kerajaan supaya Ordinan Kecemasan (EO) dan akta seumpama itu digunakan terhadap along.

Badan Hak Asasi Manusia, Amnesty International Malaysia (AI Malaysia) mendapati penggunaan EO terhadap syarikat atau pemberi pinjaman secara haram boleh membawa akibat buruk kepada Negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AI Malaysia hari ini, penggunaan undang-undang yang dicadangkan oleh Polis diRaja Malaysia terhadap mereka yang didapati memberi pinjaman secara haram akan memberi kekebalan dan seterusnya menggalakkan lagi amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota-anggota polis dalam menangani jenayah tersebut.

Undang-undang tersebut memberi kuasa yang tiada had kepada pihak polis dan tahap kerahsiaan yang tinggi dalam hasil siasatan mereka (polis).

Menurut kenyataan Josef Roy, Pengarah Eksekutif bagi AI Malaysia, beliau melihat kesan buruk yang akan dialami oleh peminjam dari syarikat-syarikat tersebut bilamana kes-kes ugutan mereka dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa.

“Perkara ini bercanggah dengan peranan utama pihak polis yakni menjaga keselamatan orang awam,” kata Josef.

“Kami bimbang bahawa jika perkara ini digunapakai, ia akan memberi sekatan kepada pihak yang teraniaya daripada membuat laporan kepada pihak polis.”

Bagi AI Malaysia, pihak polis sepatutnya mewakili dan memberi respon kepada masalah-masalah awam bukannya mengambil tindakan sesuka hati.

Justeru, AI Malaysia menggesa agar pihak kerajaan membuat penilaian sepenuhnya yang juga melibatkan pendapat orang awam dan badan-badan bukan kerajaan.
Bagi mana-mana yang berfikiran sempit dan mahu jalan mudah dalam membendung gejala along, inilah cara terbaik. Tetapi, apakah implikasinya terhadap orang awam dan anggota polis tidak dihalusi.

Mereka harus tahu bahawa lencana “Saya Anti Rasuah” tidak membawa apa-apa makna kepada anggota polis.

Amalan rasuah adalah satu amalan pihak polis dalam semua peringkat. Dan ini adalah ‘open secret”.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com