Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, February 12, 2007

PKR Kelana Jaya calon Azmin jawatan timbalan presiden

Muda Mohd Noor(Malaysiakini)

Feb 12, 07 -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kelana Jaya telah mencalonkan Naib Presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Kongres Nasional parti itu di Seremban, Mei ini.

Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencalonkan Naib Presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Kongres Nasional parti itu di Seremban, Mei ini.

Beliau mendapat undi terbanyak bagi menewaskan pencalonan bagi penyandang jawatan itu sekarang, Dr Syed Husin Ali, dalam mesyuarat bahagian itu malam tadi.

Setiausaha PKR bahagian itu, Faisal Mustafa ketika dihubungi hari ini berkata, seramai 72 ahli mengundi dalam pemilihan tersebut semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu jumlah undi yang diperolehi Azmin tetapi menyatakan beliau menang dengan `majoriti besar.’

Berikutan kekalahan Syed Husin itu, bahagian PKR Kelana Jaya telah mencalonkan beliau bagi jawatan penasihat parti.

Untuk jawatan presiden, beliau berkata, bahagian itu mencalonkan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwat Ibrahim untuk menggantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dicalonkan sebagai penasihat kehormat parti.

Kehendak akar umbi

Mesyuarat PKR Kelana Jaya telah dirasmikan oleh Naib Presiden, Mustafa Kamil Ayub. Bahagian itu diketuai oleh Syed Shahir Mohamud, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).,.

Faisal berkata, kemenangan Azmin itu merupakan kehendak peringkat akar umbi ahli PKR Bahagian Kelana Jaya.

“Saya memberi jaminan bahawa pertandingan yang diadakan itu berjalan dengan bersih dan bebas daripada rasuah dan unsur-unsur yang tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, PKR Selangor, dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat badan perhubungan negeri telah memutuskan sebulat untuk mencalonkan Anwar untuk jawatan presiden dan Syed Husin sebagai timbalan presiden.

Menurut Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli, PKR Selangor juga meminta bahagian-bahagian di seluruh Selangor supaya mencalonkan Anwar dan Syed Husin untuk kedua-dua jawatan tertinggi tersebut.

Ketika dihubungi malaysiakini untuk mengulas mengenai keputusan pemilihan bahagian Kelana Jaya itu, beliau berkata, bagaimanapun, terpulang kepada bahagian untuk memilih calon lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com