Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, February 02, 2007

Jawatankuasa Pemantau Polis Boikot Inkues

Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia memulakan boikot terhadap sebarang inkues kes kematian dalam tahanan dan hasil tembakan polis kerana kecewa dengan siasatan yang dijalankan terhadap seorang mangsa, Vikines a/l Vesvanathan pada 24 Januari lalu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa, pihak berkuasa tidak mematuhi Seksyen 329 Acara Kanun Jenayah yang merujuk kepada seseorang yang meninggal dunia akibat daripada sesuatu yang mencurigakan dan kes mayat yang dijumpai tanpa mengetahui punca kematiannya.

P Uthayakumar, Penasihat Undang-undang Jawatankuasa berkata, beliau percaya bahawa dalam hampir semua kes terkandung dalam Seksyen tersebut, pihak polis telah menghalang daripada dibawa ke pengadilan.

“Perkara ini berlaku terutamanya apabila ia melibatkan pihak polis sendiri,” ujar Uthayakumar.

Jawatankuasa tersebut juga mendakwa Peguam Negara tidak serius dalam menjalankan perbicaraan sehingga mengakibatkan orang awam hilang keyakinan terhadap kredibiliti penghakiman.

Mengikut pengalaman yang dipantau oleh jawatankuasa berkenaan, pihak Peguam Negara sengaja memperlewatkan kes-kes sedemikian sehingga enam tahun.

Badan tersebut juga berpendapat Pejabat Peguam Negara tidak mengikuti peraturan yang sepatutnya apabila memanggil saksi yang mana pihak polis, hospital dan pegawai perubatan kerajaan dan pihak yang terlibat kesemuanya bersekongkol dalam menutupi kebenaran .

“Perara ini jelas berlaku dalam Inkues yang berlaku terhadap mendiang Francis Udayappan,” jelas Uthayakumar.



Gambar ketika ibu mendiang Francis Udayappan menyertai Parti Keadilan Rakyat secara rasmi

Uthayakumar yang juga seorang peguam hak asasi berkata, mahkamah gagal untuk memenuhi tanggungjawab mereka yang jelas diperuntukkan dalam Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah yang menyebut bahawa mahkamah sepatutnya mencari punca kematian dan pihak yang terbabit dalam sesuatu jenayah yang berlaku.

Menurut Uthayakumar lagi, sepanjang 13 tahun yang lalu, hanya dua sahaja kes koroner dalam inkues yang mendapati pihak polis sebagai punca kematian iaitu Dr Tai dan Lee Quat Leong.

“Itu pun, pihak polis yang terlibat dalam kes bunuh hanya dihukum penjara beberapa tahun sahaja,” kata Uthayakumar.

Beliau berkata sekiranya perkara sedemikian berlanjutan, keadilan tidak akan ke mana-mana.

Justeru, beliau mendesak agar Peguam Negara untuk menjalankan tugasnya tanpa menghiraukan tekanan yang dialami.

Beliau juga menyeru agar Suruhanjaya Bebas Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan dengan segera.

“Inilah sahaja cara bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” tambahnya lagi.

1 Comments:

At 4:58 pm, Anonymous Anonymous said...

kd 14
kobe shoes
Golden Goose
yeezy 350
supreme new york

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com