Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, February 27, 2007

Ezam Dedah Rasuah Ketua Pengarah BPR

(Dari kiri) Badrul Hisham, Ezam Mohd Nor dan Mahfuz Omar


Saya berkesempatan untuk menghadiri satu sidang media yang dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (Gerak) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Nor.

Beliau mendedahkan perlakuan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato Seri Zulkifly Mat Noor yang dikatakan terlibat dengan palbagai kegiatan rasuah dan mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau.

Beliau juga menuntut agar sebuah Suruhanjaya diRaja dan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kegiatan rasuah oleh Zulkifly sepertimana yang dilaporkan oleh oleh Pegawai Siasatan Gred 54 BPR kepada Bukit Aman, Mohamad Ramli Manan.

Zulkifly yang pada awalnya memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada April 2001 dan kemudiannya kontrak beliau disambung sebanyak dua kali selama dua tahun.

Jenayah Rogol

Zulkifly didakwa terlibat dalam jenayah rogol seorang suri rumahtangga dan kes tersebut telah dilaporkan kepada polis. Berhubung dengan kes yang sama, mangsa rogol juga telah membuat tiga laporan polis yang didakwa menerima tekanan dan Zulkifly yang pada ketika itu Ketua Polis Johor telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk menutup kes tersebut.

Harta Komersil

Zulkifly juga memiliki beberapa harta komersil seperti Stesen Minyak Mobil di Bahau dan Pagoh serta memiliki enam buah rumah di Pagoh.

Zulkifly juga dikatakan telah menyalahgunakan kenderaan rasmi Kerajaan untuk menjalankan perniagaan peribadinya di stesyen-stesyen minyaknya.

Kontrak Pembinaan

Pada tahun 1997 hingga 1998, Zulkifly bersama Pegawai Polis Daerah Segamat, Hj Ithnin Hj Taha telah berpakat untuk berkongsi keuntungan RM1 juta hasil daripada kontrak pembinaan Kuarters Polis di Segamat yang bernilai RM18 juta dengan membatalkan kontrak pembinaan kepada kontraktor asal. Kontrak tersebut kemudiannya diserahkan kepada seorang gangster yang dikenali sebagai Michael.

Cuti Luar Negara Setiap Bulan

Laporan Mohamad Ramli juga mendedahkan bahawa sungguhpun Zulkifly menyandang jawatan Ketua Pengarah BPR, beliau masih menjalankan kegiatan rasuah beliau dengan menghabiskan masa cutinya ke luar negara setiap bulan dengan menggunakan Dana Perkhidmatan Rahsia BPR.

“Pada Disember 2004, Zulkifly didapati membawa teman wanitanya ke Australia yang mana kos perbelanjaan tersebut ditanggung sepenuhnya.”

Kesalahan-kesalahan yang direkodkan terhadap Zulkifly tersebut termaktub di bawah kesalahan undang-undang seksyen 217 dan 218 Kanun Keseksaan dan seksyen 15 APR 1997.

Untuk mendengar audio kesimpulan sidang media tersebut, sila klik di sini.

1 Comments:

At 5:35 pm, Blogger Najwan Halimi said...

perasuah jaga badan pencegah rasuah..elok la tu..!

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com