Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, February 23, 2007

Filem Amir Muhammad Diharamkan Lagi


Selepas filem Lelaki Komunis Terakhir diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia, sebuah lagi filem usaha pengarah Amir Muhammad, Apa Khabar Orang Kampung diharamkan.
Filem tersebut dihantar ke Lembaga Penapisan pada 18 Januari lalu dan keputusan pengharaman tersebut diberikan pada 12 Februari yang baru lalu.

Sungguhpun demikian, Amir mempunyai tempoh sehingga 10 Mac 2007 untuk merayu atas pengharaman tersebut.

Berikut ialah antara sebab-sebab filem tersebut diharamkan:

1. Tema filem ini cuba menggambarkan seolah-olah perjuangan Barisan Bersatu Komunis di Semenanjung Tanah Melayu dahulu adalah satu perjuangan yang murni dan patut mendapat penghargaan. Dengan itu mesej filem ini lebih kepada usaha pihak tersebut terutamanya ke atas anggota komunis berbangsa Melayu.

2. Filem ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak berlaku adil kerana tidak menghargai perjuangan mereka.

3. Filem in lebih kepada menyuarakan pendapat atau cerita di pihak komunis itu sahaja tentang pendirian dan matlamat perjuangan mereka supaya masyarakat bersimpati dan menghargai sumbangan mereka.

4. Kritikan-kritikan terhadap Kerajaan Malaysia jelas ditunjukkan dalam filem ini kerana menawarkan skim pemulihan yang tidak dapat diterima berbanding dengan kerajaan Thailand yang sedia memberikan tanah, rumah dan kemudahan asas bagi membolehkan mereka meneruskan hidup setelah berhenti dari menjadi komunis. Di samping kritikan terhadap kerajaan, institusi kesultanan dana (sic) penghinaan terhadap orang Melayu juga ditunjukkan.

5. Filem ini juga cuba memperlekehkan YM Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai orang yang menyebabkan 'BALING TALK' menemui kegagalan sedangkan fakta yang sebenarnya ialah pihak Komunis tidak bersetuju meletakkan senjata.

6. Bekas anggota-anggota komunis itu menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu yang mementang pemerintahan British seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dato' Maharaja Lela, Tok Janggut dan lain-lain. Ini memesongkan fakta sejarah.

7. Filem ini tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum kerana fakta-fakta yang tepat (sic) di samping menyentuh sensitiviti dan kenangan pahit bekas anggota keselamatan dan orang awam yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunis.

(Merujuk kepada Amir, sebab ke 7 di mana maksud 'tidak tepat' sepatutnya 'tepat'!)

Sumber: http://www.lastcomm unist.blogspot. com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com