Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, January 28, 2004

Kenyataan Akhbar
21 Januari 2004

KEPUTUSAN MAHKAMAH ZALIM

Keputusan yang dibuat hari ini oleh Mahkamah Rayuan di „Palace of Justice‰ (atau Istana Keadilan), adalah sangat zalim. Tiga orang hakim, diketuai oleh Datuk Pajan Singh Gill, sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk dibebaskan dengan ikat jamin bagi membolehkannya mendapat rawatan perubatan di luar negara. Pajan Singh baru-baru ini dinaikkan pangkat mungkin kerana khidmat yang baik kepada kehendak bekas pucuk
pemimpin pemerintahan UMNO-BN.

Tidak ada sebab rayuan Anwar ditolak. Ada kes lebih serius, seperti membunuh pun telah dibenarkan ikat jamin. Hakim semacam sengaja telah berlengah-lengah selama lebih lapan bulan sebelum membuat keputusan ini. Pada hal keputusan rayuan ikat jamin boleh diselesaikan dalam tempoh dua tiga hari saja. Hakim terpaksa berjanji membuat keputusan hari ini selepas didesak oleh peguam-peguam, Anwar sendiri dan juga masyarakat.

Keputusan zalim ini memang telah saya duga, walaupun ramai mengharapkan PM Datuk Seri Abdullah Badawi akan menggalakkan agar keadilan serta kewibawaan kehakiman dapat diberi peluang untuk berkembang. Adakah secara kebetulan keputusan mahkamah ini dibuat di sebelah petang, selepas masyarakat kabinet diadakan sebelah pagi?

Saya dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa isu ikat jamin Anwar ini telah dibawa kepada kabinet untuk Abdullah mendapatkan sokongan dari para menteri terhadap apa yang telah diikrarkannnya kepada Tun Dr
Mahathir Mohamad. Ada asas untuk banyak pihak mempercayai bahawa Abdullah telah berikrar kepada Mahathir tidak akan mengubah arahan yang telah beliau buat ke atas mahkamah mengenai kes Anwar.

Tidak boleh dinafikan bahawa keputusan yang dibuat oleh para hakim hari ini adalah berasaskaan kehendak politik. Sekiranya ia berasaskan lunas undang-undang yang adil, sudah tentu Anwar akan dibebaskan. Malangnya tiada
keadilan dari istana indah di Putrajaya itu. Kini perjuangan politik perlu diperhebatkan di kalangan rakyat untuk menegakkan keadilan.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com