Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, February 23, 2004
16hb Februari 2004
RAFIDAH TIDAK PERLU GERTAK PEMBANGKANG
KAMI ALU-ALU BELIAU MENGAMBIL TINDAKAN
Media hari ini melaporkan bahawa Menteri Datuk Rafidah Aziz memberi amaran beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang yang menuduh beliau terbabit dalam perbuatan korupsi.
Sebagai seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (keADILan) yang disebut oleh beberapa akhbar berhubung hal ini, saya ingin mengulangi bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis perlu segera membuat siasatan dan menghadapkan Rafidah Aziz ke mahkamah setelah bukti terkumpul. Seperti diketahui umum beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya atas tuduhan rasuah.
Saya mengalu-alukan jikalau Rafidah mengambil tindakan ke atas mana-mana ketua pembangkang yang dianggapnya bersalah kerana membuat dakwaan yang tidak betul.
Sehubungan ini saya merasa pelik membaca kenyataan oleh peguam Tan Sri Eric Chia dan Datuk Kasitah Gadam, Datuk Shafie Abdullah, yang meminta supaya jangan diambil tindakan terhadap terlalu ramai menteri, kerana ini boleh memalukan.
Apakah maksud beliau dengan kenyataan yang jauh dari bijaksana ini? Adakah beliau hendak supaya semua kes korupsi yang melibatkan menteri dan tokoh-tokoh politik dan korporat yang besar-besar dibenamkan begitu saja? Dan biarkan korupsi meluas?
Saya ingin mendengar komen Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi tentang perkara ini.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti keADILan Rakyat
0 Comments:
Post a Comment
<< Home