Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, February 20, 2004

Neon: Inilah Globalisasi

Oleh Faisal Mustaffa

Dunia tanpa sepadan, produk homegenus, menceritakan kriteria globalisasi. Apakah kesannya? Baik atau buruk?

Neon atau ingin dikenali dengan Kisah Satu Malam dengan secara sedar atau tidak telah berjaya memancarkan cahaya globalisasi. Lihatlah warga Kuala Lumpur kesan globalisasi.

Kemisikinan bandar kerana tertindas. Kesan daripadanya, kita dapati penyeluk saku, vandalisme, rendah moral akibat tahap pendidikan cetek, pelacuran, gangsterisme, street fight, kutu rayau dan tidak ketinggalan dadah. Sungguhpun telah banyak papan iklan kesedaran mengenai "musuh No 1 Negara" itu, tangkapan demi tangkapan sering dijalankan. Bermakna, ianya masih boleh diperolehi!

Semuanya ada dipaparkan dalam vcd ini.

Oleh kerana jurang antara miskin dan kaya di negara kita semakin melebar, filem ini tidak ketinggalan memaparkan golongan si kaya: Korupsi, gangguan seks, lumba haram dari kalangan motor berkuasa tinggi serta mata duitan juga menjadi pilihan pengarah filem ini, Mohamed Feroz Abdul Kader Shahib. Profesion GRO sebenar juga ada ditunjukkan dalam telefilem ini.

Neon berkisar tentang Hafiz lakonan Faizal Yusup pada mulanya dipecat dari syarikat menjual kereta mewah tanpa alasan kukuh dan terus jatuh ditimpa tangga satu persatu. Semuanya diceritakan dalam satu malam! Dan satu malam itu jugalah kebanyakan kehidupan Kuala Lumpur sebenar dipaparkan disebalik pokok-pokok DBKL dan menara Petronas.

Trend orang Kuala Lumpur yang sentiasa panas baran, tidak malu bertutur dalam Broken English, pergaduhan kedua pasnagan (sah mahupun tidak) di khalayak, ego, pentingkan diri sendiri, bateri telefon yang kehabisan, prepaid sudah sampai had, kad kredit digantung dan sebagainya. Inilah cara hidup Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan kehidupan transeksual dan homoseksual juga menjadi perhatian penulis skrip ini.

Adakalanya perkara sekecil menukar wang syilling, kehabisan prepaid, bateri kong, kad kredit digantung kita anggap sebagai satu perkara yang tidak penting. Tetapi sebenarnya perkara sekecil itu akan memberikan kesan yang besar dalam hidup seseorang.

Bagaimana pula dengan sikap Melayu yang terlalu pemaaf seperti yang digambarkan oleh watak Hafiz. Hafiz dengan mudah memaafkan Topa yang telah menyeluk sakunya dan menjadi punca masalah yang bertimpa-timpa yang berlaku ke atasnya.

Kenapa Topa mencuri ? Untuk membeli sedikit makanan buat ibunya yang sedang sakit. Topa walaupun kelihatan jahat, sebenarnya seorang yang berhati mulia dan seorang yang sopan dan hormatkan orang tua. Itulah realitinya.


Dunia gay hanya dipaparkan di dalam tandas, satu interpretasi pengarah yang disifatkan amat cetek. Dunia ini amat luas merangkumi dunia intelektual, politik juga keagamaan bukan hanya seks di dalam tandas. Tetapi benarkah tandas awam di Kuala Lumpur bersih seperti yang dipaparkan ?

Juga, apa yang menarik perhatian ramai ialah sikap pihak polis, Neon telah menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi. Tetapi benarkan mereka berpegang dengan moto Mesra, Cepat, Betul itu?

Hafiz kurang percaya dengan janji-janji polis walaupun datang dari yang berpangkat tinggi. Beliau cuba untuk mengambil jalan mudah dengan membuang kad nama pegawai polis yang mulia itu yang memberi gambaran imej orang Kuala Lumpur yang hidupnya hanya tahu berdiri tanpa orang lain. Layanan polis semasa soal siasat jelas bertentangan dengan Neon.

Sudah pasti kita masih ingat adegan filem Spinning Gasing bila mana salah satu watak membaling keluar surat khabar dari kereta dan mengenai patung polis di tepi.

Selain daripada itu juga sekarang kita sering berhadapan dengan masalah kereta pancit, penumpang teksi tak bayar, teksi tidak paparkan meter, kecurian kereta, langgar lari dan penjaga-penjaga kereta yang haram (terdiri daripada penagih-penagih dadah).

Mesej telefilem ini jelas, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Secara jujur, ia memaparkan realiti kehidupan di Kuala Lumpur. Pengarahnya dengan berani menceritakan segala kejelekan dan realiti rencam hidup di Kuala Lumpur dengan jujur.

Namun, ada beberapa lagi cara kehidupan kini yang tertinggal seperti masalah bohsia, pengkik (perempuan berlagak seperti lelaki atau tomboy), lesbian serta disko yang menjurus kepada masalah pil exstasy.

Tarikan filem ini pada mulanya berjaya mengumpulkan lebih 60 artis tempatan ternama untuk berlakon dalam telefilem ini sehingga berjaya menempah nama dalam Malaysia Book of Records, tetapi hakikat sebenarnya filem ini benar-benar berkualiti.

Sesungguhnya telefilem ini bukan salah satu daripada kebanyakan filem Melayu tetapi filem rakyat Malaysia yang dihanyut arus globalisasi.

Artikel ini dsiarkan di Seruan Keadilan 15 Februari 2004

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com