Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, February 20, 2004

John Q: Payung Transformasi Attitud

Oleh: Faisal Mustaffa

Filem John Q yang ditayangkan pada tahun 2000 ini telah mendedahkan kelembapan pihak kerajaan Amerika dalam menguruskan sistem insurans nyawa, hak pekerja kolar biru, eksploitasi media, perjalanan penguatkuasaan undang-undang dan pembayaran pakar-pakar perubatan secara melampau.

John Q mengisahkan John Quincy Archibald (Denzel Washington), yang lebih dikenali sebagai John Q dan isterinya Denise lakonan Kimberly Elise yang berhempas pulas cuba menjelaskan kesemua bil rumah sambil mengekalkan kebahagian keluarga mereka. Anak mereka, Mike (Daniel E. Smith) kanak-kanak pintar bercita-cita untuk menjadi seorang ahli bina badan.

Semasa berada dalam salah satu pertandingan besbal, Mike telah jatuh tidak sedarkan diri. Hospital mendapati jantung Mike bersaiz tiga kali ganda daripada normal. Cara untuk menyelamatkannya ialah dengan mengadakan perpindahan jantung (transplant).

Pihak hospital mengkehendaki John Q untuk membayar USD 75 ribu sebagai pendahuluan bagi pembedahan tersebut. Bukan hanya ibu bapa tersebut telah menggadai harta benda mereka tetapi juga telah cuba untuk mendapat simpati pihak kebajikan tetapi gagal hanya kerana mereka berdua bekerja.

John Q telah mengambil tindakan drastik dengan menjadikan doktor, kakitangan hospital dan beberapa pesakit di hospital berkenaan sebagai orang tebusan, hanya untuk menyelamatkan anaknya yang pihak hospital enggan menjalankan pembedahan kerana tidak dapat menyediakan kos perbelanjaan pembedahan tersebut. Pihak hospital telah memulangkan anaknya yang sebelum itu dari unit ICU.

Filem John Q menjadi satu produk impresif dari pengarahan Nick Cassavetes yang berjaya memberi mesej yang kuat bagaimana seseorang itu perlu membuat perkara yang salah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Beliau juga telah berjaya menunjukkan bagaimana seseorang perlu menyalahgunakan perundangan setelah cara lain menemui kebuntuan. Cassavetes menginginkan penonton melihat sendiri bagaimana sesebuah institusi itu tidak selalunya berpihak kepada si nazak. Jadi, salahkan John Q bertindak di luar bidang perundangan?

Orang yang bertanggungjawab dalam menerapkan keinsafan dalam jiwa penonton ialah James Kearns. Penulisan skrip Kearns telah dapat menambat jiwa rakyat Amerika yang telah dikaburkan dengan ekonomi dan pentadbirangolongan kapitalis yang hanya mementingkan material sahaja.

Isu moral menjadi intipati cerita dengan sikap hiprokit pihak berkuasa berkaitan dengan isu pengurusan pentadbiran kebajikan terutama sekali dari aspek perubatan.

Denzel Washington pula telah menunjukkan persembahan yang lebih berkesan berbanding dengan Training Day dan Antwone Fisher.

Persoalan di sini apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anak anda sedang nazak di hospital dan mengkehendaki anda menyediakan USD 25 ribu bagi menyelamatkan nyawanya?

Andaikata anda seorang yang tidak berada dan seorang pesakit lagi yang lebih mampu dapat melepasi pintu pembedahan hanya kerana dapat "membeli"nya?

Selain daripada itu, kita perlu bertanya kepada diri sendiri adakah konsep permintaan dan penawaran undang-undang mulia? Masyarakat bagaimanakah yang kita perlukan? Bolehkan kita berbangga dengan demokrasi dalam sistem ekonomi dan politik sekiranya hak untuk hidup tidak serupa di antara si kaya dan si miskin? Persoalan terakhir, perlukah seorang bapa yang hampir berputus asa menyelesaikan masalahnya bersendirian tanpa mendapat bantuan daripada para tebusan lain, dan apakah kemungkinan-kemungkinan yang kita akan menjurus ke arah ‘happy ending’? Bagi Hollywood, ‘happy end’ ialah semulia undang-undang pasaran kapitalis.

Lihatlah begitu dalamnya kasih seorang bapa kepada anaknya. Dari seorang pekerja rutin yang tidak pernah memegang senjata, hanya bermodalkan sebuah pistol kecil, mampu menawan satu bahagian hospital, menggempakkan pihak polis Chicago yang mengugut untuk membunuh orang-orang tidak berdosa.

Dalam satu keratan akhbar (Malay Mail 12 Ogos 2003) telah mempaparkan seorang ibu berbangsa Venezuela sanggup menjual salah satu daripada buah pinggangnya untuk USD150 ribu bagi membiayai perbelanjaan pendidikan anaknya.

Bil perubatan tempatan juga ada perkaitan dengan filem ini. Kesatuan Majikan Malaysia (MEF) telah mengumumkan faktor kenaikan kos perubatan kini menjadi salah satu punca para pekerja mula mendapatkan perkhidmatan Ah Long.

Kenyataan presidennya Jafar Carrim pada 7 Januari 2003 menjelaskan para pekerja terpaksa meminta bantuan dari Ah Long kerana memerlukan wang yang banyak dengan segera untuk menampung kos perubatan keluarga.

Bagaimana pula dengan kos pendidikan sekarang? OECD telah melaporkan bahawa kos pendidikan seorang pelajar pda tahun 2000 di Amerika Syarikat ialah RM77,360 setahun.

Begitu sekali polisi insurans telah menawan cara kehidupan kita masakini. Bantuan kebajikan dari kerajaan ada peruntukan dan penjelasan memakan masa berbulan malah bertahun. Pada masa yang sama, pihak institusi kewangan telah mengenakan faedah yang tidak terkata.


Artikel ini telah disiarkan di Suara PRM 01 Mac 2004

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com