Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, April 18, 2004

Buli: Satu lagi hipotesis ‘Broken Window’ akibat tahi ayam kerajaan

Tajuk filem ini sesungguhnya menarik perhatian penggemar wayang untuk menontonnya. Buli, satu tajuk yang begitu kena dan cocok dengan budaya Malaysia. Tidak dapat dinafikan buli dan gangsterisme juga terdapat di negara-negara lain. Namun, kematian Allahyarham Farid Ibrahim, 16, pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan sangat memilukan.

Buli menceritakan kisaran kehidupan Nordin, seorang professional yang tipikal dalam metropolitan KL, bekerja di sebuah syarikat komputer, Michaelsoft. Beliau membina keyakinan apabila titik peluhnya dihargai oleh keadaan persekitaran. Nordin juga seorang yang rendah diri. Malangnya, susuk tubuhnya yang gemuk telah membawanya kepada satu simptom yang digelar inferiority complex.

Sejarah perkembangan Nordin semasa kecil telah menjadikannya kurang yakin paa diri sendiri. Nordin sering menjadi mangsa buli rakan-rakannya terutama sekali Roy (Hans Isaac).

Paradigma telah nampak berubah bagi diri Nordin apabila mula memasuki era pekerjaan. Malangnya, Roy tiba-tiba muncul kembali dan teruskan buliannya terhadap Nordin.

Perkara biasa yang berlaku dalam organisasi; mencuri nukilan rakan sekerja berlaku kepada Nordin bilamana Roy mencari nama atas hasil titik peluh Nordin sehinggakan Nordin telah dibuang kerja.

Pada masa itulah Nordin telah berjumpa dengan Dr Ika (Nasha Aziz), seorang doktor jiwa. Dengan bimbingan Dr Ika, Nordin berjaya mengembalikan kepercayaan diri.

Diharap agar rakyat tidak melupai kes yang berlaku beberapa tahun lalu di Sekolah Menengah Teknik Cheras yang telah mencederakan seorang pelajar akibat orientasi (sebut gangsterisme).

Jadi, tepuk dada tanya selera, adakah kerajaan telah menjalankan tanggungjawab mereka? Tidak belajarkah daripada kesilapan sehingga kematian berulang?

Seperti biasa, pihak kerajaan akan mengeluarkan beberapa kenyataan seolah-olah pemantauan sedang dilakukan "sehingga akar umbi". Tahi ayam seperti talian bebas tol 1-800-884774 akhirnya akan menjadi dorman dengan sendirinya. Talian akan disambung ke beberapa pihak sebelum laporan betul dapat dilaksanakan. Dan selalunya, x-files.

Suka sekiranya dicedok dari tinjauan teori epidemik hasil kajian Malcolm Gladwell dari bukunya, The Tipping Point.

Hipotesis ‘tingkap pecah’ atau (broken window) digunakan bagi menjustifikasikan kejatuhan kualiti jenayah seperti vandalisme di Amerika Syarikat. Jangan gantikan satu tingkap pecah dan hasilnya tingkap-tingkap yang lainnya akan turut pecah.

Bangunan tanpa tingkap akan menjadi isyarat kepada pihak yang melakukan kesilapan bahawa kawasan itulah yang mempunyai kacau bilau.

Penyelidikan itu memberitahu bahawa sesebuah kekacauan yang berlaku sekiranya dibiarkan akan berlaku lebih banyak lagi.

Jadi, adakah buli terdapat di mana-mana? Ya, jelas, saya diorientasi teruk semasa menuntut di ITM. Rakan saya juga mempunyai nasib yang sama di UM.

Tidak perlu rasanya didedahkan hasil kajian UPSI yang mengesahkan buli sememangnya wujud di sekolah.

Peserta Program Khidmat Negara juga dibelasah di Seri Iskandar 1 April lepas.

Kesan inferiority complex menjadi akibat kepada mereka ini. Tidak mempunyai keyakinan dan akhirnya lihatlah mentaliti mereka ini.

Kisah Nordin nampaknya mengimbau kisah-kisah kita yang lampau dan isu ini masih berlaku di sehingga sekarang sehingga boleh dibikinkan filem humor.

Buli berjaya mnelecongkan andaian pertama penonton dengan menganggap bahawa filem ini berkisar tentang sifat mengambil kesempatan terhadap yang lemah tetapi sebenarnya mengambil keadaan fizikal gemuk sebagai subjeknya.

Filem ini juga menceritakan perebutan perisian yang mengaku hasil kerja masing-masing. Semuanya dilakukan dalam bentuk humor dan mudah difahami.

Filem sebegini patut diberikan pujian akan temanya dan tidak hairan sekiranya dapat perhatian penonton tanpa elemen cinta ringan bosanan.

Artikel ini telah disiarkan di Suara PRM keluaran 50, 1 Mei 2004

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com