Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, April 12, 2004
Minggu lepas agak sibuk sikit. Mungkin ramai yang tertanya apakah tugas-tugas yang saya lakukan semenjak meninggalkan sebuah syarikat yang disegani pada satu masa dahulu.
Minggu lepas merupakan minggu pengumpulan bahan-bahan berita untuk Seruan Keadilan. Kepincangan SPR banyak didedahkan dalam keluaran tersebut. Dan selepas selesai tugas mencetak, tiba pula kerja untuk mencari pasaran.
Tetapi, apa yang hendak diketengahkan dalam penulisan kali ini ialah berita rakan-rakan saya yang digalakkan untuk berhenti kerja; saya kira saya juga tergolong dalam kategori ini sungguhpun saya sudah mempunyai kepentingan lain dalam bidang yang lain.
Salah seorangnya ialah rakan lama yang saya kenali dan mendapat berita bahawa dia mungkin akan menerima nasib yang sama.
Pada mulanya agak terkejut apabila menerima berita tersebut tetapi insya-Allah sekiranya pihak syarikat memberi pampasan yang mengikut undang-undang Akta Pekerjaan, maka bebannya dapat dikurangkan buat beberapa bulan yang mendatang.
Pada minggu sebelum ini juga saya meluangkan masa untuk mengemas barang-barang koleksi lama yakni kaset-kaset lagu. Boleh dikirakan lebih 200 buah kaset berada dalam koleksi saya dan tidak menyangka bahawa fanatiknya saya pada satu masa dahulu dalam industri tersebut.
Justeru, apabila didengari kembali bebarapa album, saya dapati satu lagu lama (1998) dari Sheila Majid menerusi album Warna bertajuk Takkan Sendiri.
Beliau begitu meminati penyanyi ini dan saya kira beliau cukup faham dan dapat menghayati lirik tersebut.
Diharapkan lagu tersebut dalam memberi sedikit semangat buat beliau dalam terus untuk mengejar cita-citanya. Jadikan apa yang akan mendatang nanti sebagai satu dugaan yang diberikan untuk kita supaya menjadi lebih dewasa.
Takkan Sendiri
Pandangan mu yang lembut syahdu
Menembus jauh ke dasar kalbu
Seolah Mencari
Kedamian diri
Seolah menerungi
Kehidupan yang engkau lalui
Banyak yang telah kau beri
Dengan kasih tulus murni
Takkan kau sedari
Sangatlah bererti hidupmu
Ganggamlah tanganku ini
Rasakan getar kasihku
Kan kau menyedari
Ada yang selalu
Memperhatikan dirimu …..
Memperhatikanmu
Hilangkan resah di hatimu
Jangan mengira tiada yang peduli
Untuk kau bersedih
Setiap manusia
Suatu saat semua kan tua
Kau takkan sendiri
Tak pernah sendiri
Kau selalu ada yang menemani
Lagu/Lirik : Indra Lesmana & Mira Lesmana Wati
0 Comments:
Post a Comment
<< Home