Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, July 23, 2004
Saya dengan rasminya akan menjadikan laman ini sebagai diari pembikinan buku saya yang pertama. Laman ini diharapkan dapat mencatat perjalanan proses pembikinan buku tersebut.
Hari ini hari rasmi pertama proses pembikinan buku tersebut.
Tenaga kerja telah pun dikenalpasti dan kami semua bekerja separuh masa.
Sumber dana juga telah diberitahu mengenai hal berkaitan dan gembira apabila diberitahu bahawa kami telah mula menjalankan pembikinannya hari ini.
Memandangkan buku ini merupakan kompilasi artikel yang pernah ditulis oleh saya sejak berkecimpung secara serius dalam penulisan, dari dahulu, tidak terfikir untuk menjalankan projek ini.
Sungguh pun telah dinasihati oleh beberapa teman rapat berkenaan mengumpulkan segala artikel hasil tulisan saya, saya masih mempunyai kerisauan dan kebimbangan; takut tidak dapat diterima oleh masyarakat umum. Lebih membimbangkan apabila mengetahui statistik pembaca di negara ini sungguh rendah sekiranya melihat kepada jumlah populasi negara ini.
Tanggungjawab berat saya harus pikul bersama sungguhpun dana telah dikenalpasti untuk menanggung kos perbelanjaannya.
Buat masa ini, tajuk buku ini masih belum dapat diberikan. Elemen-elemen yang dirasakan perlu untuk penilian tajuk ialah nama yang 'catchy' bagi menarik perhatian umum.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home