Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, May 06, 2004

DEKLARASI 1 MEI


1. DEMOKRASI DALAM RUMAH TANGGA

´ Penghapusan segala bentuk undang –undang dan amalan yang berbentuk diskriminasi dan membeza-bezakan pekerja mengikut jantina dan umur

2. DEMOKRASI DI TEMPAT KERJA

´ Demokrasi yang memastikan pekerja tidak hanya sekadar menjadi suatu mesin produksi tetapi sebagai manusia yang mempunyai maruah dan harga diri
´ Menjamin hak penubuhan kesatuan sekerja. Kembalikan hak menubuhkan kesatuan kebangsaan pekerja elektronik .
´ Gubal akta gaji minima untuk semua pekerja malaysia yang selaras dengan taraf kehidupan, inflasi semasa dan pendapatan per capita negara .
´ Mansuhkan segala undang-undang yang mencabul hak asasi pekerja /rakyat, seperti ISA, OSA, Akta Petubuhan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan lain-lain.
´ Hak saksama pekerja asing tanpa penganiyaan oleh majikan, polis dan imigresen.

3. DEMOKRASI KERAJAAN TEMPATAN

´ Pembangunan Batu-bata tidak bererti pembangunan rakyat. Sejak tahun 1964, rakyat Malaysia ditegah daripada memilih kerajaan tempatan mereka. Ini adalah satu penafian hak demokrasi yang paling serius dimana pemimpin peringkat tempatan dan kerajaan tempatan adalah dilantik, dan tidak dipilih orang setempat .
´ Apabila hak asasi ini dinafikan, maka segala pembangunan yang cuba dibawa biasanya tidak menguntungkan masyarakat setempat.
´ Kami menuntut suatu model pembangunan yang saksama yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat. Segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dirancang bersama orang setempat dan dipersetujui oleh semua.
´ Kami menuntut diperkenalkan semula pilihanraya Kerajaan tempatan.

4. DEMOKRASI PERINGKAT NASIONAL – NEGARA

´ Implementasikan suatu sistem kerajaan yang benar –benar telus, bersih dan kredible
´ Rombak semula tatacara fungsi dan polisi-polisi jentera kerajaan supaya ianya bebas dari segala bentuk rasuah , kronisme dan pemyelewengan .
´ Hak perumahan yang selesa untuk golongan berpendapatan rendah
´ Kepentingan kepada sektor pertanian, dengan peruntukkan tanah dan subsidi yang cukup, demi menjamin produktiviti dalam negara yang mampu menampung keperluan makanan asas rakyat .Elakkan pengkopratan sektor pertanian, galakan sistem koperasi petani .
´ Pastikan pemuliharaan sistem alam sekitar yang menyeluruh. Kami membantah apajua usaha menswastakan sumber alam semula jadi. Sistem ekologi mestilah dipelihara tanpa motif keuntungan dan komersial.
´ Kepentingan rakyat dan pekerja mesti dipelihara daripada ditindas oleh kesan –kesan globalisasi yang sedang menular dalam segala bidang dan urusan negara

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com