Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, May 05, 2004
Tanggal 3 Mei setiap tahun, dunia menyambut Hari Kebebasan Media. Di peringkat Malaysia, organisasi yang membuat perangkaan bahawa prestasi media negara ini bertambah baik.
Perangkaan tersebut dirasakan kurangnya penangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kepada media alternatif berbanding dengan tahun lalu. Faktor Abdullah Badawi ternyata berkesan.
Namun, pokoknya, media di negara ini sebenarnya tidak berubah. Terlalu banyak pemotongan media dilakukan. Isu-isu penting tidak dipaparkan pada media arus perdana sungguhpun wartawan berada pada tempat kejadian tertentu untuk membuat liputan.
Sekiranya salah kenyataan ini, mengapa merdeka.com mendapati daripada hasil kajian mereka bahawa kaum Cina didapati lebih mengetahui dengan konsep negara Islam berbanding dengan kaum Melayu yang majoritinya beragama Islam? Bukankah ini hasil daripada pengaruh media?
Semasa pilihanraya umum ke 11 yang baru lalu juga, media menjadi salah satu penyebab kekalahan pembangkang, selain daripada wang dan jentera (dan Mahathir).
Selamat menyambut Hari Kebebasan Media 2004
0 Comments:
Post a Comment
<< Home