Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, October 30, 2009

Bajet Gula-gula Hancurkan Negara


Edisi sunat baca di sini



Setiap tahun pada September atau Oktober, setiap daripada kita akan tertumpu kepada Bajet (yang bermakna Belanjawan tetapi ditukar istilahnya tanpa bangkangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka). Orang ramai menunggu-nunggu apakah ‘gula-gula’ yang akan disediakan oleh kerajaan; adakah cukai pendapatan kita akan dipotong? Adakah subsidi diteruskan? Adakah rebat cukai jalan disambungkan? Bagi meneruskan legasi pemerintahan, setiap kali pembentangan bajet akan menyifatkan bajet mereka “bajet rakyat” lah, “bajet mesra” lah, “bajet pertumbuhan”lah.

Kita perlu mengetahui dan sesuatu yang menakjubkan apabila meneliti ‘gula-gula’ yang dibentangkan. Kita juga perlu menyedari bahawa apa juga ‘gula-gula’ yang diberikan, jumlah tersebut disumbangkan oleh kita – pembayar cukai. Pembentangan itu dipanggil Bajet kerana kerajaan mempunyai sejumlah wang yang tetap yang perlu diusahakan setiap tahun.

Menurut buku yang baru diterbitkan oleh Research for Social Advancement (REFSA), “The BUDGET: How the Government is spending OUR money”, kerajaan memperolehi wang yang dibelanjakan daripada cukai pendapatan dan korporat. Kerajaan juga mendapat perolehannya dari pelbagai eksais, duti tariff dan sudah tentu dari royalti minyak.

Buku itu juga menerangkan perbelanjaan digunakan untuk membayar kakitangan kerajaan, membiayai penjagaan kesihatan dan pendidikan juga pembangunan nasional dan ‘gula-gula’.

Setiap ringgit dari ‘gula-gula’ yang kita hisap akan dikurangkan dari perbelanjaan yang diperuntukkan. Sebagai contoh, peruntukan dari penjagaan kesihatan atau pendidikan akan dikurangkan untuk diberikan sebagai ‘gula-gula’ yang diumumkan.

Selepas kita melihat laporan media arus perdana, mereka hanya menjurus dan memfokuskan kepada ‘gula-gula’ kerana perkara itu akan mengelak daripada perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu yang lebih mustahak termasuk akauntabiliti dan pilihan. Seperti yang diketahui, media arus perdana akan berat sebelah dalam laporan mereka dengan tidak mengenengahkan bidangan makroekonomik yang dibelanjakan oleh kerajaan berjumlah RM200b setiap tahun itu. Perbelanjaan termasuk penyediaan infrastruktur yang melibatkan pengangkutan, utiliti, penjagaan kesihatan, pendidikan, pertahanan bagi keperluan rakyat dan rangsangan ekonomi.

Antara intipati yang mendapat perhatian media ialah ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010, penyediaan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka serta memperuntukkan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

Menurut buku ini, sistem yang ada di Malaysia tidak cukup kondusif dalam membincangkan bajet yang dibentangkan sungguhpun di dalam Dewan Parlimen. Tidak seperti di Britain dan Australia, kedua negara itu mempunyai jawatankuasa khusus di dalam setiap kementerian yang menjurus kepada perdebatan. Jawatankuasa itu diwakili oleh pelbagai parti politik. Di dalam tempoh perkhidmatan ahli-ahli parlimen ini, mereka diberikan tugasan dalam memperlihatkan kemajuan dan mengkritik peningkatan di dalam kementerian yang mereka tugaskan. Dengan itu, rakyat dan para pengundi dalam melihat bagaimana wakil-wakil rakyat mereka menyumbang dan member khidmat.

Di Malaysia, seluruh ahli-ahl parlimen merupakan jawatankuasa, Mereka mempunyai 18 hari untuk membincangkan 28 kementerian yang ada. AKhirnya, ahli-ahli parlimen tidak mempunyai peluang bagi menunjukkan kepakaran mereka. Amereka tidak dapat membangkitkan perkara-perkara di dalam Dewan sekiranya mereka tidak mampu untuk menarik perhatian Yang Dipertua Dewan untuk bangun dan berucap. Kadangkala persidangan akan berlanjutan sehingga lewat malam yang mengakibatkan ahli-ahli parlimen letih. Semasa perdebatan Bajet 2009 tahun lalu, setiap kementerian hanya diberikan 2-3 jam dan akhirnya hanya 3-4 ahli parlimen dibenarkan member ucapan. Di dalam perspektif yang lebih luas, ahli-ahl parlimen tidak diberikan sumber-sumber yang mencukupi dengan dokumen-dokumen yang berbondong. Mereka juga tidak dibekalkan dengan pembantu-pembantu penyelidik, tidak seperti sistem parlimen yang lain.


Perbelanjaan Operasi dan Subsidi


Kita perlu menyedari bahawa kos perbelanjaan operasi Negara melalui bajet telah meningkat 15% setahun dari 2003 (RM75.2b) hingga 2008 (RM151b). Peruntukan terbesar kepada pemberian subsidi yang meningkat 6 kali lipatan dari 2003 sebanyak RM29b. Kedua, gaji kakitangan dan ketiga tertinggi ialah pembekalan dan perkhidmatan. Mungkin alasan peningkatan tersebut kerana peningkatan populasi Negara. Adakah benar?

Memang benar, subsidi digunakan untuk membantu orang miskin. Sungguhpun banyak yang diperuntukkan, hampir 400,000 isi rumah atau lebih kurang dua juta rakyat di Negara ini masih hidup di bawah garis kemiskinan.

Melalui buku ini juga, dinyatakan bahawa bajet yang selama ini digunapakai hanya memberi manfaat kepada orang yang berada. Sebagai contoh, petrol yang murah lebih menyenangkan pengguna Porche Cayenne berbanding dengan rakyat Malaysia yang hidup sederhana yang memandu Perodua Myvi. Kita perlu menyedari subsidi sedemikian menjadikan kita lemah dan bergantungan. Isu-isu inilah yang diketengahkan oleh buku tulisan The Chi Chang ini.

Buku boleh diperolehi melalui pembelian secara online di sini.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com