Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, December 24, 2009

2010 Bermula dengan Filem Pari-Pari?





Oleh: Esan Samat dan Faisal Mustaffa

Banyak filem dikeluarkan pada tahun 2009. Atas sokongan dari Filem Nasional Berhad (Finas), sumber kewangan dapat diatasi dan penggiat filem dapat bernafas. Dengan sekatan filem luar dan arahan wajib tayang kepada filem tempatan menjadikan orang tempatan tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa menonoton filem melayu di pawagam.

Pernah waktu dulu sewaktu menuntut di universiti, kami gemar untuk menonont wayang di hujung minggu dan sering melihat apakah cerita-cerita baru untuk ditonton. Kami hanya akan menonton filem Melayu hanya apabila tiada lagi filem luar yang belum ditonton. Alasan teman-teman, “tunggu Raya tahun depan mesti keluar tv”.

Aku agak sedih dan terkilan apabila filem tempatan, Karaoke tidak mendapat layanan yang sama dengan filem-filem yang lain seperti dianaktirikan. Karaoke hanya dibenarkan di pawagam selama tujuh hari dan hanya di satu pawagam; GSC Mid Valley. Pulak tu, filem tersebut ditayangkan di International Screen.

Adakah hanya kerana filem tempatan ini menang d Pesta Filem Cannes dan Cakgary, lucut statusnya sebagai filem tempatan?

Aku begitu berharap dengan filem-filem tempatan akan meningkat maju di tahun mendatang. Tetapi kita bermula lebaran baru ini dengan sebuah filem yang mencampur-adukkan Bewitched, Aladdin dan Beauty and The Beast. Filem Duhai Si Pari-pari keluaran Tayangan Unggul menjadi penutup untuk filem Melayu pada tahun 2009 dan merupakan pembukaan tahun 2010.

Persoalannya, adakah sekiranya kita bercakap soal pari–pari, ia hanya berkisar di ruang lingkup yang sama saja?

Duhai Si Pari – Pari arahan Azmi Mohd Hatta mengisahkan Saydon, seorang jejaka yang lurus bendul menganggap hidupnya telah sempurna dengan kehadiran Mala. Pada masa yang sama, Mala hanyalah mempergunakan Saydon (laknan Que Haidar) untuk kepentingan dirinya dan kekasihnya, Budi.

Kemudian, bermulalah kisah teko ajaib yang ada pari-pari yang mampu memakbulkan apa sahaja imipian. Jadi, apa yang lainnya dengan “I Dream of Ginie?” Bahasa?

Jadi, adakah tidak adil sekiranya kita mengambil Duhai Si Pari-pari ini sebagai contoh filem Melayu yang gemar menciplak filem luar? Di zaman 80an juga kita dapat saksikan filem sebegini ang lebih teruk keadaannya; Bujang Selamat lakonan Faizal Hussein yang serupa dengan Karate Kid. Mujur Bujang Selamat tidak ke panggung antarabangsa. Kalau tidak, sudah tentu Bujang Senang dapat surat saman. Finas tidak akan terkecuali.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran selepas menonton filem ini ialah, mestikah menggunakan nama watak yang lawak untuk naskah yang bergenre komedi? Ataupun telah termaktub yang skrip komedi sewajibnya menggunakan nama–nama watak yang lawak juga? Kadang kala nama–nama watak yang sebegitu akan menyentuh sensitiviti sesetengah manusia.

Mungkin tarikan kepada filem ini ialah kepada pelakonnya. Filem narrator komedi ini menelan belanja RM1.4 juta dilakonkan oleh Que Haidar , Liyana Jasmay, Harun Salim Bachik.

Lakonan Presiden Seniman yang baru,iaitu Harun Salim Bachik agak mengkagumkan. Karisma beliau sebagai pelakon sangat terserlah. Lakonan bersahaja beliau telah menenggelamkan para pelakon utama untuk filem Duhai Si Pari–Pari ini.

Liyana Jasmay sebagai Pelakon Wanita Terbai Festival Filem Malaysia 2008 tidaklah membanggakan. Ditambah lagi dengan beberapa kesan khas ( CGI ) yang kurang menarik dan kurang berkesan sedikit sebanyak telah merencatkan fokus penonton.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com