Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, January 30, 2010

MUALLAF: Perlukah kita bersifat dendam?


Aku melihat filem ini banyak memperbincangkan sifat-sifat negatif manusia. Sifat iri hati, makan rasuah, tikam belakang, fitnah-memfitnah dan mencuri harta orang lain tidak menjadi suatu yang dilakukan secara terbuka.

Semuanya berlingkar di dalam benak hati manusia. Filem ini membawa setiap orang yang menonontonnya ‘mencerminkan diri mereka sendiri; adakah mereka juga bersifat demikian?”

Allah melalui firman-firmannya di dalam al-Quran banyak mengingatkan umat manusia supaya tidak bersifat dendam. Salah satu ayat yang dibentangkan di dalam Muallaf ialah ayat 4:43 dari ayat An-Nisaa yang menyebut;

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami kerjakan sembahyang, ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakana dan jangan pula sedang junub (sudah campur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamus akit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang di antara kamu dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tiada memperoleh air, maka hendaklah kamu tayamum dengan tanah yang bersih; maka sapulah mukami dan kedua tangan mu dengan kedua tanganmu (dengan tanah itu). Sesungguhnya Allah pemaaf lagi pengampun.”

Menurut Tafsir Quran Karim (Prof Dr H. Mahmud Yunus, 1973), Allah mengingatkan umatnya untuk banyak bersabar dalam menangani sesuatu masalah. Ia harus dimulakan dengan nsihat dengan perkataan yang lemah lembut. Sekiranya ianya tidak memberikan hasil, maka tinggalkan dia di tempat yang membolehkan dia berehat keseorangan. Kalau hal itu tidak berhasil juga, boleh dipukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan badannya. Alternatif terakhir yang membawa bertambahnya keras kepala, maka akhirnya boleh diambil jalan penyelesaian dengan perceraian.

Bagi menerangkan persepsi pengarah mengenai unsur ini, Yasmin Ahmad menggunakan Brian (lakonan Brian Yap) yang memberontak (secara tidak langsung) atas apa yang pernah berlaku terhadap dirinya semasa kecil. Perbuatan seperti mengeluarkan mani dengan sengaja (sebut melancap)….. menjadi satu sifat negatif di dalam ajaran agama. Mungkin sifat sebegini secara fizikal dan saintifiknya normal bagi seorang lelaki yang mula baligh, tetapi apa sekiranya perbuatan di dalam bilik air itu terbongkar?

Di dalam cerita ini, ibubapa Brian mempunyai pegangan agama kuat terhadap kepercayaan katolik. Penganut katolik percaya perbuatan seperti melancap itu perbuatan yang membawa kepada dosa. Brian didapati ditangkap sedang membelek majalah lucah yang memaparkan model-model wanita yang memperagakan bahagian tubuh sulit mereka sambil memperagakan seolah-olah biarawati. Maka, Brian dihukum dengan ditelanjangkan di khalayak ramai dan dibiarkan pulang bersendirian dengan telanjang bulat. Brian pada waktu itu berusia Sembilan tahun.

Perisitwa hitam itu sudah semestinya tersemat di dalam fikirannya. Selepas bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, tidak bergantung kepada keluarga, Brian sudah mula mahukan pembalasan. Beberapa babak melalui perbualan telefon dengan ibunya, menunjukkan sikap mahu membalas dendam atau menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keluarganya.




Babak yang paling ketara ialah apabila Mrs. Siva menyebat Rohana hanya kerana lukisannya ialah gambar bunga sedangkan tugasan yang sepatutnya ialah gambar gajah. Mungkin tindakan Mrs DSiva telah mengembalikan titik hitam pengalamannya dengan kuat sehingga berani (sebagai guru baru bertugas) 'menghalang' Mrs. Siva dari melakukan 'hukuman' yang sama seperti bapanya dahulu dimana kali ini dia mampu untuk bertindak balas.

Tetapi adakah pilihannya untuk mempelajari Islam sebagai alternatif kepada Katolik juga sebagai unsur membalas dendam? Di sini, Brian tidak bertukar agama.

Sekadar berkongsi pengalaman, ramai pelajar freshies di IPTA didera oleh pelajar senior selepas induksi. Kegiatan seperti royal flush (pelajar freshie disuruh meletakkan kepalanya di dalam jamban dan pelajar senior akan flush jamban tersebut), helicopter (zakar freshies diikat dengan benang kepada kipas siling) menjadi kelaziman. Alasan berbuat demikian ialah untuk melekaskan proses kemesraan di antara freshies dan seniors. Mungkin aktiviti tersebut menghiburkan senior dan orang yang menyaksikannya tetapi bagaimana kita yang menjadi badut penderaan? Jawapan mereka mudah; “nanti bila kau dah senior, kau buat freshies pulak”. Dan sikap membalas dendam itu menjadi tradisi.

Tetapi ada juga segelintir yang didera teruk semasa proses induksi tidak sanggup ianya berlaku kepada orang yang lain dan pengalaman itu biar padam. Justeru, dihalangnya daripada teman-teman senior melakukan perbuatan tersebut. Adakah sikap ini luar biasa?

Perkara yang sama berlaku kepada Rohani (lakonan Sharifah Amani) yang diaibkan bapanya dengan mencukur kepala. Rohani membawa adiknya lari ke Ipoh. Apabila bapanya (lakonan Rahim Razali) terlantar sakit di rumah sakit, Rohani dengan penuh kasih sayang pulang dan menjaga bapanya.

Tindakan lari dri rumah itu tidak dipaparkan sebagai tindakan memberontak seperti di dalam defines Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sebagai jalan untuk mencari perlindungan. Ia disampuk oleh Rohana (lakonan Sharifah Aleysha) dengan membacakan ayat 16:41 (ayat An-Nahl) yang menyebut;

“Orang-orang yang berhijrah dalam keredhaan Allah, sesudah mereka teraniaya, sesungguhnya Kami tempatkan mereka di dunia di negeri yang baik. Sesungguhnya pahala akhirat lebih besar, jika merka ketahui.”

Muallaf adalah cerita tentang sebuah " Perjalanan "; seperti ungkapan kata Brother Anthony (lakonan Tony Savarimuthu), “setiap orang sedang mencari Tuhan dalam caranya sendiri".

Daripada seorang individualis (seperti kebanyakan daripada kita), keras kepala kepada seorang yang bertanggungjawab, belas kasihan dan suka menolong.

Perkenalan Brian-Rohani lebih banyak membawa kesan kepada ‘perjalanan perubahan’ kepada diri Brian secara peribadi. Brian yang tidak menyukai haiwan peliharaan cuba melawan sifat tersebut dengan memastikan Uncle (nama kucing peliharaan Rohani dan Rohana) tidak kebulur. Rutin Rohani dan Rohana menjaga seorang pesakit koma yang mereka sendiri tidak mengenalinya di hospital berdekatan juga seolah-olah membawa perubahan kepada Brian.

Rohani juga berjaya melembutkan hati Brian terhadap ibunya. Perbandingan hubungan anak-ibu Rohani dengan Brian-ibunya menyedarkan Brian bahawa dia lebih beruntung dari Rohani kerana masih memiliki seorang ibu. Akhirnya Brian kembali ke pangkuan ibunya sebagai tanda bahawa perwatakan Brian sudah sepenuhnya bulat balik ke titik asal-usulnya.

Unsur lain yang menarik perhatian saya dalam mengulas filem ini ialah gelagat umat Islam. Mereka meminum arak tanpa segan-silu di khalayak ramai tetapi takut memegang anjing. Ada juga (sebagai tambahan di luar filem) yang tidak memakan babi kerana haram tetapi berani melakukan zina. Ada yang yang tidak menjalankan rukun Islam tetapi mengaku penganut agama Islam!

Artikel ini disiarkan di di MERDEWKAREVIEW.

2 Comments:

At 12:24 pm, Blogger Goldman said...

We're a gold dealer.

Anyone genuinely interested to buy pure cast 999.9 gold bar , PAMP Suisse brand ( our specialty brand ) 100 gm with certificate or other types of gold , platinum custom order etc. etc. are welcome to contact us goldman999.9@hotmail.com.

Internationally recognised. Instant rebate off RM 1000 to RM 1500 for each bar compared to other dealers.

Simple as that and better than usual.

Best buy back offer.

Make a smart and secured purchase.


Thank you.

 
At 8:34 pm, Blogger jasonbob said...

nike sb
supreme hoodie
jordan 1
kevin durant shoes
off white hoodie
golden goose superstar
golden goose slide
golden goose outlet
off white
moncler outlet

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com