Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, March 10, 2010
GLAMOROUSLY FEMINIST: Bukan Bersaing Mahupun Menguji Kemampuan
Kesaksamaan gender menjadi jeritan pejuang-pejuang hak asasi manusia yang mahukan hak kaum hawa diberi ruang yang lebih dalam apa jua bidang yang menyumbang dalam pembangunan Negara.
Feminisme sudah tentu mempunyai pendekatan tersendiri dalam merangka rencana, menangani masalah mahupun menggubal undang-undang.
Feminisme merupakan produk sampingan pasca-modernisme. Pasca-modernisme itu sendiri telah mendualiti segala konsep binari, feminine-maskulin dan buruk-cantik. Teori-teori feminisme ini juga didasari daripada pengaruh Marxisme, psikoanalisis, semiotik dan juga pasca-strukturalisme.
Kita bukan sahaja berbicara mengenai sumbangan wanita di dalam pembangunan Negara di dalam bidang sen. Di dalam apa jua bidang termasuk hak asasi manusia, wanita juga sering di dalam beberapa penulisan merujuk kepada golongan ini sebagai golongan terpinggir.
Di dalam memartabatkan wanita di dalam bidang akademik, kita perlihatkan Siti Zainon yang begitu lantang pada era 60an dan 70an dalam mendesak wanita dihantar ke sekolah dan menimba ilmu.
Pada abad ke 21 ini pula kita melihat kumpulan yang perjuangkan hak asasi wanita seperti Sisters in Islam sehingga mereka dianugerahkan Tokoh Hak Asasi Manusia 2008 oleh Kumpulan Masyarakat Sivil.
Semasa berpeluang merantau ke Negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE), bandar Abu Dhabi dan Dubai merobah kebanyakan wanita-wanitanya kepada ciri-ciri wanita yang tidak lagi feminine.
Kalau kita sering menganggap wanita-wanita UAE berpurdah, tinggal di rumah menanti kepulangan suami dan menjaga anak-anak yang membesar, wanita UAE sudah mula berdandan dan berpakaian denim. Mereka berkerjaya dan juga memenuhi lorong-lorong hitam.
Mungkin dahulu semasa zaman jahiliyah, wanita dijadikan pelayan-pelayan dan menghiburkan hati para pedagang dan hartawan dengan tarian-tarian gelek. Tidak ubah seperti profesion geisya di Jepun.
Sejarawan Linda Nochlin menyebut di dalam perbincangan maya, bersetuju gaya bygone seni feminis telah ditenggelami zaman. Menurutnya, feminisme itu sendiri telah melalui transformasi di dalam praktis-praktis masakini. Ahli-ahli politik feminis (kerana ada juga wanita yang tidak bersifat kewanitaan) mempunyai banyak elemen ‘kesedaran’ yang dibawa dan telah melalui satu anjakan. Selain itu, kemunculan feminis Peranchis pada tahun 1968, Po et Psych pula telah menolak dokongan feminis yang menuntut keserataan.
Gerakan seni feminis pula merujuk kepada pencapaian dan usaha peminis secara internasional bagi menghasilkan seni yang memberi refleksi kepada pengalaman dan cara hidup wanita, dan pada masa yang sama untuk mengubah dasar penerimaan dan prejudis dalam seni kontemporari. Pada tahun 1970, Judy Chicago yang terkenal dengan karya The Dinner Party (1974-1979) telsah terlibat dalam perangkaan strategi perintis gerakan seni feminis ini.
Pengkarya wanita feminis menterjemahkan pengalaman feminine mereka, mengeksplorasi imajan vaginal dengan beraninya, dan bergaya tanpa baju sebagai radikaliti dahulu, sewaktu gerakan ini mula meledak.
Perkembangan sebegini telah menarik minat pemilik RA Fine Arts Gallery, Raja Ahmad Aminullah untuk mengajak lima pelukis wanita muda bagi menjayakan pameran lukisan “Glamorously Feminist” yang berlangsung pada 2-16 Februari 2010 lalu.
Bzgi artiks Deyanna Deraman, 27, karyanya yang mengenengahkan perasaan dan emosi melalui raut atau mimik muka, warna dan imej. Baginya, imej-imej ini refleksi dari kehidupan dan memusingkannya kepada fantasi dan imaginasi, dan landskap yang rumit.
Nor Suraya Johari, 25 pula berbicara mengenai kesan psikologi ke atas kanak-kanak melalui lukisannya. Beliau mengekspresikan keadaan keluarga yang berpendapatan rendah dan pada masa yang sama terpaksa menanggung keluarga yang besar ayang mana anak-anak di kelompok ini terdedah kepda pencabulan fizikal, emosi dan seks.
Pameran tersebut sememangnya tidak mampu untuk menghakis pemikiran denan kaedah dan material dan beradikal dengan perjuangan. Namun, usakan laungan yang biar pun tidak keras dan agak perlahan mampu memberi sedikit gemerlapan pada dunia seni Malaysia yang banyak didominasi lelaki.
Apa yang diharapkan bukannya persaingan di antara lelaki-perempuan di dalam sesuatu industri tetapi bagai penterjemahan dilakukan oleh golongan feminisme ini di dalam kerja-kerja mereka.
Edisi sunat di sini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home