Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, March 17, 2010

Kempen-kempen Pemilihan (Raya) “Menuju Puncak”



Kini deman Akademi Fantasia kembali. Selepas lapan tahun Akademi Fantasia bertapak, rancangan realiti tv itu masih mendapat sambutan daripada penonton televisyen terutama sekali dari kalangan remaja dan luar bandar.

Sekiranya dilihat aura musin yang lalu, penonton-penonton dan penggemar rancangan Akademi Fantasia secara majoriti memilih Hafiz atau Mohd Hafiz Bin Mohd Suip (20).

Demam kempen-kempen kemenangan Hafiz amat berbeza permainannya dengan demam kempen-kempen parti politik dalam pilihan raya. Lebih kotor lagi, kempen politik perampasan kuasa yang kononnya menggunakan atas nama proses demokrasi.

Dalam demokrasi, pemilihan dalam mewakili sesebuah kumpulan / daerah / Negara diserahkan kepada orang ramai, tanpa sekatan asalkan mereka layak untuk memilih. Dengan cara ini sahaja suara majoriti dapat kedengaran dan populariti dapat ditingkatkan.

Bagi menjalankan proses demokrasi tersebut, kempen perlu diadakan bagi menyatakan manifesto. Kempen bukan perkara yang mudah. Ia perlu diadakan dengan melibatkan seberapa banyak pihak berkepentingan dan menggalakkan orng yang tidak berkepentingan dalam menjayakan kempen mereka itu. Dalam sesebuah parti komponen yang besara, secara praktikalnya memerlukan jutaan ringgit.
(D.Beetham, Democracy and Human Rights ( 1999).



Penonton Astro menerusi Era dan pendengar radio Era telah membelanjakan lebih kurang RM2.5 juta ringgit atas und isms yang diterima sepanjang 10 minggu (fakta dari pengumpulan data AKademi Fantasia 2009).

Dalam keadaan ekonomi yang merudum, jumlah penerimaan sms berbanding dengan musim sebelum itu (2008) ialah dengan menyaksikan peningkatan 46%. Mungkin banyak faktor yang membawa kepada peningkatan tersebut selain publisiti melampau pihak Astro bagi menggalak pelanggan-pelanggannya mengundi. Namun, atas semangat mahu melihat idola mereka berada di tangga teratas dalam senarai pesain-pesang lain, mereka sanggup melabur untuk tujuan tersebut.

Apa yang paling menarik ialah bagaimana peserta-peserta ini bersaing antara satu sama lain. Di dalam akademi, mereka akan berusaha bersama-sama dan kita di luar berhempas pulas menabur wang kepada Astro. Dalam sessi rakaman yang disiarkan, tidak Nampak langsung perasaan hasad dengki. Malah semasa konsert, mereka sama-sama membantu lawan mereka.

Ianya sungguh berbeza dengan proses kempen-kempen pemilihan.

Dalam kempen pemilihan Timbalan Presiden Umno (sebut parti Melayu baru), mesyuarat-mesuarat Agung bahagian parti tersebut telah memilih pilihan mereka. Berpestalah mereka seantero mesyurat dengan kerusi melayang, dengan wanita-wanitanya menyelak kain merah dan menyingsing baju kurung putih dengan tersembor gelang-gelang emas memerptahankan calon masing-masing. Wang-wang tunai pula berpindak kocek. Janji-janji ditabur.

Setelah nama disenaraipendekkan dan tempoh mengundur diri (dari bertanding) tamat, hanya Ali Rustam (Datuk Seri) dan Muhyiddin Yasin (Tan Sri) bertanding. Pelbagai strategi diatur oleh juru-juru kempen dan calon sendiri.

Jadi, untuk memenangi pertandingan tersebut, Ali Rustam pun dibuka kes rasuah dalaman beliau dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin parti. Selepas siasatan, Ali Rustam didapati bersalah dan ditarik kelayakan untuk bertanding. Parti pembangkang pula mengambil kesempatan agar Suruhanjaya Pencegarahn Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan siasatan sama. Ini tidak bermaksud calon yang satu lagi bersih dari amalan rasuah. Amalan (rasuah) telah menjadi darah daging dalam pemilihan seperti ini.

Maka, Muhyiddin Yasin menang tanpa perlu bertanding, tanpa perlu menyusahkan pengkritik politik mengkaji undi popular dan sebagainya. Sejurus selepas itu, Muhyiddin pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut S. Weir and D.Beetham dalam buku mereka,” Political Power and Democratic Control in Britain (London: Routledge, 1998), salah satu aspek demokrasi dalam pilihan raya ialah bagaimana ianya dapat memperkasakan pengundi-pengundi; berapa banyak pilihan efektif yang ditawarkan di antara calon-calon dan parti, bagaimana ianya dapat standing dengan nilai undi, bagaimana banyak galakan untuk turut serta dalam pilihan raya, bagaimana system ini dapat menyediakan lapangan yang sesuai untuk bersuara.

Audit Demokratik UK telah mengemukakan dua prinsip asas demokrasi dalam analisanya; pertamanya ialah perkayaan dan kawalan secara kolektif di dalam membuat keputusan dan pembuat-pembuat keputusan. Keduanya, kesamaan politik – di mana setiap orang dan suaranya sama-sama diambilkira; sama ada mereka ini pengundi berdaftar, pengguna perkhidmatan awam, penduduk atau dalam aspek-aspek lain dalam kewarganegaraan.
Dalam amalan parlimen Westminister, demokrasi kita berlandaskan pilihan raya melalui undi terbanyak. Berbeza dengan negara seperti Indonesia, pilihan raya mereka diadakan sekali dalam lima tahun dan sekiranya terdapat kekosongan di sesebuah kerusi, maka calon yang mendapat kerusi kedua terbanyak dipilih mengisi kekosongan tersebut. Di Malaysia, kekosongan sesebuah kerusi diselesaikan dengan pilihan raya kecil.

Sejak pilihan raya umum Mac 2008, kita sudah berhadapan dengan enam pilihan raya kecil; Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Batang Ai, Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Penanti . Melalui pilihan raya kecil Penanti, inilah kali kedua Barisan Nasional (BN) yang mempunyai gabungan parti politik terbanyak (14 buah parti) membuat keputusan untuk tidak bertanding. Kali pertama ialah pada tahun 1975 semasa pilihan raya kecil Parlimen Menglembu atas keputusan mahkamah.

Tetapi, pada tahun lepas, Pengerusi BN, Najib Razak (Datuk Seri) mengumumkan tidak mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti atas dua alasan; merugikan dan mengklasifikasikan pilihan raya ini atas masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (keADILan).

Kedua-dua alasan ini tidak dapat diterima sebagai sebuah Negara pengamal demokrasi berparlimen. Pada tahun 1997, Perdana Menteri Dr Mahathir (Tun) yang mahu merealisasikan agenda politiknya dengan membubarkan parlimen Kuala Selangor yang dipegang oleh Datuk Abu Hassan Omar dan mengadakan satu pilihan raya kecil di negeri Selangor hanya mahukan Abu Hassan sebagai Menteri Besar Selangor pada waktu itu.

Bagi agenda tersebut sahaja, kerajaan di bawah BN telah mengadakan dua pilihan raya kecil dan kerugiannya dua kali Penanti (hanya satu DUN).

Keputusan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya kecil Penanti selepas pemegang kerusi tersebut; Fairuz bertindak melepaskan jawatan ADUNnya. Pakatan Rakyat sebenarnya mengambil risiko besar. S ekiranya BN berjaya merampas kembali DUN tersebut, maka Pulau Pinang yang kini diperintah Pakatan Rakyat kini kekurangan satu kerusi dan menghadapi masalah untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Ketua Umum keADILan telah bertindak sedemikian dan memulangkan mandat untuk memilih jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepada pengundi di Penanti.

Melihat kepada kempen yang dijalankan, tidaklah semeriah dan sebersih kempen Akademi Fantasia. Pihak penganjur Astro memberi kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen kecuali di saluran @15 yang menapis perkataan-perkataan kotor. Tidak pernah Astro menggunakan Akta Hasutan, Akta Fitnah dan Akta Universiti dan Kolej Universiti malah mencadangkan kepada kerajaan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas pengundi-pengundi.

Pelbagai ruang forum maya menjadi platform kempen sehingga melibatkan kaum keluarga yang menangis terisak-isak meraih undi simpati. Laman-laman web rasmi dan tidak rasmi tumbuh bagi menyebarkan propaganda masing-masing secara terbuka. Astro juga menganjurkan debat-debat di kalangan pengikut-pengikut peserta secara terbuka dan diulang siaran berkali-kali.

Sewaktu konsert, juru kempen akan menggunakan seberapa banyak kreativiti bag meraih undi pada minit terakhir. Lihat sahaja kepada kain-kain rentang berwarna-warni, pakaian mereka yang jelas mempromosikan peserta-peserta tertentu dan sebagainya.

Dalam pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol dengan BN dalam mengatur strategi kemenangan. Lihat sahaja bekas Pengarah SPR di Kuala Terengganu yang mengerah kakitangan kerajaan untuk mengundi BN. Tarikh penamaan calon dan membuang undi bagi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibiarkan sehingga penghujung tarikh yang dibenarkan untuk BN menyelesaikan perhimpunan agung UMNO mereka (kebetulan atau tidak kebetulan).

SPR juga sering kali menjadi badut apabila mengendalikan pilihan raya. Dari kertas undi hilang di Parlimen Lumut yang terdapat ramai pengundi pos, berdegil tidak mahu melaksanakan dakwat kekal seperti Negara-negara bertamadun yang lain dan senarai pemilih yang kucar-kacir – sehinggakan wang rakyat RM1.2 juta masuk ke dalam longkang, dibakar kerana tarikh luput dakwat tersebut sudah berakhir.

Artikel sunat di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com