Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, May 26, 2010
Bandar Baru Karbon Sifar – Kenapa Perlu Tunggu Dana?
Selepas meneliti keluahan yang dirangka di dalam memorandum Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standard Users) pada 3 Februari 2010, ianya agak menarik untuk membincangkan mengenai pendirian kerajaan Melaysia melalui Perdana Menterinya mengenai matlamat dalam mencapai ‘Bandar Baru Karbon Sifar’.Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pulang dari Copenhagen pada Disember tahun lalu, beliau telah memberi komitmen bahawa Malaysia akan menurunkan pengeluaran karbon sebanyak 40% berbanding 2005 asalkan dana yang mencukupi sebanyak USD800 bilion diperolehi.
Semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Rio di Janeiro, Brazil pada 1992, ahli-ahli Negara yang hadir bersetuju agar Negara-negara maju menghulurkan bantuan kewangan dan teknologi kepada Negara-negara membangun dan yang miskin untuk memulihkan situasi kemiskinan dan masalah alam sekitar dan membangunkan ekonomi Negara mereka atas dasar pembangunan lestari.
Wall Street Journal keluaran Mac009 melaporkan, “tidak dapat disangkal keperluan bantuan kemanusiaan atau derma contohnya ketika tsunami 2004 di Asia. Walau bagaimanapun, bantuan kemanusiaan dan derma hanya memberikan penyelesaian jangka pendek. Bantuan tersebut tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mencari penyelesaian jangkamasa panjang untuk sesuatu masalah kemanusiaan seperti kemiskinan teras, ekosistem dan kekurangan infrastruktur awam dan lain-lain”.
Dana Kewangan Antarabangsa atau IMF pada 2005 telah menerbitkan laporan bertajuk “Aid Will Not Lift Growth in Africa” (atau bantuan tidak dapat meningkatkan pembangunan di Afrika). Salah satu kritikan terbesar terhadap bantuan kepada Negara-negara miskin ialah bagaimana bantuan tersebut menyokong peningkatan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan dan ahli-ahli politik. Laporan Kesatuan Afrika 2002 pula memberikan anggaran kos rasuah sebanyak USD 150 billion dan penyumbang antarabangsa tidak mengendahkan fakta bahawa wang bantuan mereka dengan tidak sengaja menyumbang kepada peningkatan kadar rasuah.
Dengan kegagalan mencapai perjanjian yang mengikat semua pihak melalui undang-undang di Copenhagen pada 2009, adalah sukar untuk mendapatkan komitmen Negara-negara maju dalam memperuntukkan dana yang dipohjon oleh Perdana Menteri Malaysia itu.
Ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menunjukkan bahawa Negara-negara yang memohon ini tidak serius dalam menangani masalah perubahan iklim walaupun bukti-bukti sains telah dibentangkan oleh Panel Antara-Kerajaan untuk Perubahan Iklim (IPCC) kepada Persidangan Rangka-Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC), bahawa bumi memang mengalami perubahn iklim dan pemanasan global.
Usul NGO
Standard Users sebagai salah sebuah badan yang telah mencuba untuk berbincang dengan wakil dari Jabatan ALam Sekitar sebelum Persidangan Copenhagen telah mengusulkan beberapa pemasalahan tersebut dan mendapati bahawa kerajaan perlu ,engkaji semula semua dasar ddan menyelaraskan matlamat isu-isu sosial dan ekonomi. Isu-isu asas seperti apakah ciri-ciri yang melayakkan sesuatu teknologi dikatakan sebagai teknologi hijau dan definisi teknologi hijau harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengorak langkah membangunkan strategi dan hala tuju Malaysia dalam era perubahan iklim.
Dana bukanlah kekangan utama dalam usaha mengurangkan kadar karbon. Peluang-peluang keemasan untuk tujuan tersebut sebenarnya telah sedia ada. Ini termasuklah menggunakan langkah-langkah awal yang boleh diambil untuk mengurangkan pengeluaran karbon dengan signifikan. Satu lagi peluang adalah dengan mewajikan skim GBI (Indeks Bangunan Hijau – Green Building Index) untuk semua projek pembinaan – rumah ataupun premis komersial yang baru.
Agensi-agensi kerajaan juga boleh menbangunkan skim insentif ekonomi bagi industri kecil dan sederhana untuk menggalakkan penjimatan penggunaan tenaga dan air. Ia boleh dilaksanakan melalui geran dan bantuan teknikal industri (ITAF) oleh SME Corp Malaysia.
Prasarana sistem pengangkutan awam juga memerlukan perancangan yang teliti dan serius. Peningkatan bilangan kereta persendirian sudah mencekik sistem jalan raya di Malaysia dan menyebabkan kehilangan masa kerja yang sangat bernilai – terutamanya dalam kegawatan ekonomi. Penambahan bilangan bas dan kekerapan perkhidmatan sehaja tidak dapat mengatasi masalah sektor pengangkutan awam. Tindakan mendesak pengguna kereta persendirian awam (melalui pendekatan ekonomi dan kesenangan), penyediaan ruang jalan khas untuk bas dan pengangkutan awam sahaja (sepanjang perjalanan ), serta kos penggunaan pengangkutan awam yang kompetitif dapat menyelesaikan masalah sistem pengangutan awam untuk jangkamasa panjang.
Standard Users juga telah menggariskan aspek-aspek sosio-ekonomi seperti keselamtan dan jaminan bekalan makanan pula memerlukan keluaran makanan tempatan dan mengurangkan (meminimumkan) kebergantungan terhadap makanan import. Perubahan iklim telah mulai menggugat kesinambungan hasil pertanian terutamanya di delta Sungai Mekong (Asia Tenggara), Ganges (di India), Brahmaputra (di Bangladesh) dan sungai-sungai besar seperti Hwang Ho dan Yang-Tze Kiang (di Negara China). Perubahan iklim juga mengancam sektor pemternakan dan pertanian di Australia. Malaysia mengimport beras dari kebanyakan kawasan / Negara tersebut dan produk tenusu dan daging dari Australian dan New Zealand. Apakah status jaminan bekalan makanan kita di Malaysia untuk temph 10, 20 atau pun 50 tahun akan datang?
Kita juga perlu melihat kesan perundangan berkaitan alam sekitar dan perubahan iklim Negara-negara lain ke atas industri eksport Malaysia. Kesatuan Eropah telah menambah senarai bahan kimia dalam REACH baru-baru ini untuk meminimumkan kesan bahan kimia berbahaya terhadap alam sekitar manakala Amerika Syarikat pula dalam proses meluluskan undang-undang berkiatan penggunaan tenaga dan jaminan bekalan tenaga. Salah satu unsur perundangan AS adalah pelabelan kecekapan tenaga. Apakah kesan perundangan tersebut terhadap industry elektrik dan elektronik di Malaysia?
Nampaknya asas ekonomi Negara perlu berganjak kepada menyahut cabaran revolusi hijau. Jelas sekali sumber manusia, sistem pendidikan sekolah dan pengajian tinggi harus diselaraskan untuk menggalakkan inovasi dan memenuhi keperluan “pekerjaan hijau” (green jobs). Kita perlu mencapai Generasi Y – belia sekarang yang merupakan pemimpin masa depan dan mendidik mereka kea rah memenuhi keperluan pembangunan lestari dan juga tanggungjawab sosial.
Edisi sunat di sini.
Labels: najib tun razak
0 Comments:
Post a Comment
<< Home