Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, November 16, 2005
Lintas Langsung (12)
Perjumpaan keluarga Dr. Azahari di JakartaBani Yamin dan polis dari Kedutaan telah mengenalpasti jenazah Dr. Azahari melalui gambar yang telah ditunjukkan pada satu tanda yang ada pada tubuh mayat adalah sama dengan tanda yang terdapat pada tubuh Dr. Azahari.
Gambar tersebut telah diambil semasa proses bedah siasat di Surabaya.
Pengenalan adalah secara informal dan dijangka beliau akan diberi kebenaran untuk mengenalpasti jenazah secara fizikal dalam sedikit masa lagi.
Sekiranya benar mayat tersebut adalah mayat Dr. Azahari, pihak keluarga akan menulis surat pengesahan yang ditujukan kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta. Selanjutnya, pihak Kedutaan Malaysia akan melanjutkan pengesahan tersebut kepada Kedutaan Indonesia di sini.
Selanjutnya, mereka akan memohon agar jenazah tersebut diserahkan kepada keluarganya melalui Kedutaan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home