Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, November 22, 2005
Ada majistret bersubahat dengan polis
RN Rajah, 41, pengerusi kepada kepada Jawatankuaa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia.Beliau adalah bekas wartawan dan kini seorang ahli perniagaan.
Jawatankuasa itu dibentuk sejak tahun 1999 oleh sekumpulan enam orang individu yang terdiri daripada beberapa peguamkerana mereka mendapati banyak ruang kosong di mana keganasan pihak polis tidak diambil tahu atau tidak ada tindakan diambil oleh sesiapa pun termasuk pihak kerajaan mengenai salahlaku polis.
Apakah kes pertama yang diambil oleh Jawatankuasa ini?
Kes pertama yang kami ambil ialah terhadap seorang ahli keADILan, Anuar Sarip di mana dia ditahan polis. Selepas 10 hari, beliau didapati mati dalam tahanan di Kuala Kubu Bharu.
Sehari selepas Anuar ditahan, isteri beliau pergi ke balai polis untuk mengetahui punca suaminya ditahan. Beliau juga memohon untuk berjumpa dengan suaminya.
Polis dengan kasar tidak membenarkan dan memberitahu bahawa Anuar ditahan reman selama 10 hari. Tetapi, apa yang sebenarnya berlaku adalah Anuar masih belum lagi dibawa ke mahkamah.
Selepas 10 hari beliau berada dalam tahanan, polis datang ke rumah dam meninggalkan notis mengatakan bahawa Anuar sudah meninggal dunia dan mengarahkan ahli keluarga menuntut mayat di hospital.
Sejak dari itu kita sudah menerima banyak aduan dan membawa isu-isu tersebut ke mahkamah.
Daripada statistik yang dibuat oleh saudara, apakah golongan yang paling ramai menjadi mangsa daripada penderaan polis itu?
Sepanjang enam tahun penglibatan saya dalam jawatankuasa ini, kami didapati golongan yang paling ramai adalah dari keturunan India, diikuti dengan Melayu dan kemudiannya Cina.
Dari segi demografik lain, majoriti mangsa adalah mereka yang tidak berpelajaran, tiada pekerjaan tetap, tidak mempunyai kedudukan kukuh dalam masyarakat dan pihak yang tidak berapa mengerti sistem pentadbiran negara.
Golongan ini adalah yang teramai kerana polis tahu sekiranya mereka dianiaya, tidak ada pihak akan membantu mereka.
Seperti yang kita ketahui, kos peguam amat tinggi.
Penderaan polis terhadap orang awam
Bagaimana serius penganiayaan yang berlaku oleh pihak polis terhadap orang awam pada masa sekarang?
Saya boleh katakan bahawa keadaan memang serius. Pois beranggapan bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak. Jadi, mereka merasakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang disukai.
Mereka dilindungi oleh pihak di dalam Polis di Raja Malaysia (PDRM). Cuma ada segelintir sahaja pegawai polis yang ditahan, itupun kerana terlibat dalam rasuah dan selalunya mereka ini tidak sehaluan dengan ketua mereka.
Tetapi dari segi keganasan; seperti kes pukul, rompak, pengakuan tahanan secara paksa, amat kurang tindakan yang diambil terhadap pegawai polis yang terbabit.
Kami mempunyai bukti yang jelas dengan foto kecederaan tahanan atas tingkahlaku polis. Kami juga berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat OKT (Orang Kena Tahan) yang mati selepas enam jam berada dalam tahanan.
Selain itu, kami juga menerima laporan bahawa ada pegawai polis yang mendera OKT dengan menggunakan kejutan elektrik.
Daripada statistik yang dibuat oleh saudara, apakah golongan yang paling ramai menjadi mangsa daripada penderaan polis itu?
Sepanjang enam tahun penglibatan saya dalam jawatankuasa ini, kami didapati golongan yang paling ramai adalah dari keturunan India, diikuti dengan Melayu dan kemudiannya Cina.
Dari segi demografik lain, majoriti mangsa adalah mereka yang tidak berpelajaran, tiada pekerjaan tetap, tidak mempunyai kedudukan kukuh dalam masyarakat dan pihak yang tidak berapa mengerti sistem pentadbiran negara.
Golongan ini adalah yang teramai kerana polis tahu sekiranya mereka dianiaya, tidak ada pihak akan membantu mereka.
Seperti yang kita ketahui, kos peguam amat tinggi.
Mengikut pengalaman saudara, adakah satu kes yang diambil yang mencabar krebiliti polis sebagai badan yang bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada rakyat?
Salah satu kes yang saya terlibat dari peringkat awal sehingga kini ialah kes mangsa S Tharmarajen pada tahun 2002. Beliau berumur 19 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Beliau ditahan reman selama 81 hari di empat balai. Dituduh terlibat dalam jenayah berat.
Oleh kerana dia berumur 19 tahun, kami persoalkan mengapa dia tidak dibawa terus ke mahkamah. Tempat terakhir dia ditahan ialah di Balai Polis Putrajaya.
Apabila kami mahukan perkembangan tentang siasatan, dia berkata polis belum memulakan siasatan terhadapnya.
Keadaan beliau yang sakit teruk tidak diberi peluang untuk mendapat hak rawatan. Dalam 12 hari pertama, tidak sehari pun yang kenyataan diambil oleh pihak polis. Tharmarajen didapati mendapat virus tibi ketika dia berada di dalam lokap dan akhirnya mati.
Mati dalam tahanan
Mengapa hal ini boleh berlaku sehingga ada yang mati ketika berada dalam tahanan?
Selain daripada bertindak sebagai penguatkuasa, polis di negara ini bertindak sebagai pendakwaraya, juri dan hakim. Ia adalah empat-dalam-satu.
Dengan cara itu, mudah. Tidak payah buka fail dan membawa kes ke mahkamah. Mereka juga tidak perlu memeningkan kepala untuk menempatkan mereka di dalam lokap.
Apa yang saya tahu, siasatan yang dibuat oleh polis adalah tidak lengkap. Kami mempunyai kes yang mengakui bahawa polis mahu pihak tertuduh mengaku supaya dihukum penjara selama enam tahun. Pihak polis juga mengakui bahawa sekiranya OKT itu bekerjasama, mereka tidak akan didera.
Kami berpendapat, setiap dari kita mempunyai hak asasi masing-masing. Seseorang mempunyai hak untuk dibawa ke mahkamah dan dibicarakan.
Apakah hak pihak yang tetap mengatakan bahawa dia tidak bersalah atas pertuduhan yang dibuat? Apakah saluran yang boleh seseorang yang merasakan teraniaya pergi selepas mengalami keadaan sedemikian?
Sekiranya seseorag ditahan, beliau mendapat peluang untuk berjumpa samada ahli keluarga atau peguam.
Di Malaysia, keadaannya unik. Apabila anda ditahan, anda akan didapati bersalah. Sepatutnya seseorang hanya didapati bersalah apabila dia dijatuhkan hukuman di mahkamah.
Di sini, semasa kita ditahan, pihak polis tidak akan memberitahu ahli keluarga di mana dia disimpan dan kesalahan yang dibuat.
Apabila kita minta untuk diberi maklumat, polis sering menjawab bahawa IO (pegawai penyiasat) tidak ada di pejabat atau bercuti.
Apa yang jawatankuasa anda akan lakukan apabila menerima aduan bahawa ahli keluarga mereka mengalami masalah ketika berada dalam tahanan?
Biasanya, kami akan mengumpulkan maklumat yang berkaitan seperti pihak yang membuat tangkapan dan lokasi mangsa itu ditempatkan.
Selepas mendapat maklumat tersebut, kami akan cuba untuk berjumpa dengan ketua balai berkenaan, biasanya berpangkat OCPD.
Perintah reman
Jadi, mengapakah perintah reman diperlukan daripada mahkamah?
Saya juga amat kecewa dengan sikap majistret yang bersubahat dengan polis. Apabila dibawa sahaja sesuatu kes, permohonan reman akan terus diluluskan.
Begitu juga berlaku kepada satu lagi mangsa, S Ragupathy, 22 tahun yang menghidap penyakit jantung.
Apabila pihak polis memohon untuk mendapat perintah reman, mangsa tersebut merayu kerana atas sebab kesihatan an terpaksa mengambil ubat setiap hari.
Alasan itu tidak diendahkan. Ragupathy koma dalam lokap. Apabila dibawa ke hospital, beberapa jam selepas itu dia mati.
Keadaan lokap luar negara
Saya difahamkan, saudara ada membuat kunjungan dan pertemuan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di luar negara mengenai isu salahlaku polis. Bagaimana perbandingan kita dengan negara luar dan bagaimana mereka menangani isu seperti ini?
Pertama, perlantikan Ketua Polis Negara dilakukan oleh rakyat. Bermakna, rakyat memilih siapa yang layak memegang jawatan Ketua Polis Negara, bukannya pemilihan dari segi politik.
Di negara ini, Ketua Polis Negara dilpilih oleh Perdana Menteri.
Kedua, setiap rungutan mestilah didengar oleh pihak polis. Bermakna, Ketua Polis Daerah (OCPD) tidak mempunyai halangan untuk berjumpa dengan orang ramai. Orang ramai patut diberi hak untuk mengadu terus dengan OCPD.
Keadaan di Malaysia pula berbeza. OCPD selalunya tidak berada di pejabat. Sekiranya ada pun, sistem birokrasi yang kita amalkan amat menysahkan orang ramai.
Ketiga, mereka memberi pengiktirafan kepada NGO yang menjalankan usaha pemantauan polis. Bukan itu sahaja, mereka juga memberi peluang kepada badan-badan ini untuk mengemukakan laporan.
Di sini, keadaan berbeza. Kerajaan menganggap jawatankuasa kami ini sebagai trouble-makers.
Ada juga pendapat bahawa kita patut bersyukur keadaan sekarang kerana tempat lain di negara luar mempunyai keadaan yang lebih teruk. Apa penndapat saudara?
Saya, sebagai rakyat Malaysia mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling aman diduduki.
Tetapi, apabila kita bangunkan negara mestilah selaras dengan pembangunan mentaliti rakyatnya.
Seperti di penjara Abu Ghraib di Iraq, tindakan diambil terhadap pegawai-pegawai polis yang bertanggungjawab dalam melakukan penderaan. Mereka sudah pun dikenakan hukuman penjara tiga tahun. Ada juga yang dipecat. Berita keganasan di Iraq diketahui seluruh dunia. Tetapi di Malaysia tiada ketelusan.
Di Washington, baru-baru ini, saya berkesempatan melawat salah satu lokap dan terkejut apabila mendapati setiap lokap terdapat kemudahan telefon. Saya merujuk kepada tempat di mana seseorang itu ditahan.
Berlainan di sini, semasa ditahan, mereka tidak dibenarkan menghubungi sesiapa pun. Sepatutnya mereka diberikan hak untuk memberitahu ahli keluarga terdekat atau pun peguam mengenai penahanan mereka.
Di Amerika Syarikat juga, seseorang yang ditahan untuk disoalsiasat hanya selama enam jam sahaja. Sebelum penangkapan dibuat pula pihak penyiasat sudah membuat penyiasatan yang mendalam. Reman pula akan dimohon selama dua hari sahaja.
Di Malaysia, peraturan membenarkan seseorang itu ditahan dalam masa 24 jam. Kemudiannya, pihak polis mesti memohon ke majistret untuk menahan reman sehingga maksimum 15 hari, di bawah Kanun Acara Jenayah 117. Akta tersebut jelas menyebut bahawa reman tidak perlu dikeluarkan kecuali dalam keadaan tertentu sahaja.
Tetapi, apa yang berlaku, majistret akan sewenang-wenangnya mengeluarkan tahanan reman seperti yang dipohon oleh pihak polis dan mereka akan melanjutkannya lagi jika penyiasatan itu tidak dapat dihabiskan.
Semasa di Amerika, saya meminta izin daripada OCPD untuk melawat lokap, beliau memohon daripada pegawai yang bertugas kerana katanya, itu menjadi hak tahanan.
Di Malaysia pula keadaan lokap amat teruk, seperti di kandang kerbau. Lokap di Malaysia juga adalah tempat untuk pembiakan penyakit.
Cuba anda bayangkan tandas yang tidak dicuci. Di sebelah mangkuk tandas itulah tahanan tidur. Baju yang dibekalkan tidak dicuci dan diberikan baju peninggalan tahanan sebelum itu yang tidak dicuci kepada tahanan yang baru.
Polis di sini menyumbatkan sehingga 30 orang dalam satu masa sungguhpun sel itu hanya untuk empat orang sahaja.
Peranan Suruhanjaya Pembaikan Polis
Bagaimanakan anda membezakan Jawatankuasa Pemantau Polis dengan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Polis?
Kami mengambil sesuatu kes itu hingga ke peringkat mahkamah. Suruhanjaya hanya membuat cadangan kepada kerajaan. Itu sahaja tugas mereka.
Apabila seseorang mendesak ketua negara, Perdana Menteri berkenaan dengan sesuatu kes, Perdana Menteri akan memberitahu untuk bersabar sehingga pihak suruhanjaya menjalankan siasatan. Dan Perdana mMenteri akan membuat tindakan selepas menerima laporan daripada pihak berkenaan.
Apabila laporan suruhanjaya dikeluarkan, pengerusinya Tun Dzaiddin selalunya akan melepaskan tanggungjawab dengan mengatakan mereka hanya memberi cadangan dan kerajaan yang membuat keputusan.
Bagi pihak kami, kami tidak membuat sebarang cadangan, kami membuat tindakan dengan menggunakan segala kuasa perundangan yang ada.
Bagaimana keberkesanan Suruhanjaya diRaja sejak penubuhannya sehingga sekarang?
Sejak Suruhanjaya ditubuhkan pada tahun 2003, saya merasa agak kecewa.
Tetapi, penubuhannya memberi sedikit ruang. Mengikut Suruhanjaya, negara ini perlukan Akta Kanun Jenayah. Contohnya, seseorang itu boleh ditahan tujuh hari dan sebagainya. Mereka mengatakan mesti terdapat satu badan khas untuk menyiasat tingkahlaku polis semasa tahanan reman itu.
Sehingga sekarang, perkara itu belum lagi dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.
Jadi, Jawatankuasa kita ini memberi sedikit sebanyak tekanan kepada pihak kerajaan.
Satu lagi contoh, apabila suruhanjaya itu memberi laporan bahawa badan polis di negara ini adalah satu badan yang terlibat dalam rasuah. Tetapi, mereka tidak mempunyai sumber maklumat tersebut.
Suruhanjaya itu pula tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkan isu salahlaku polis terus kepada Polis di Raja Malaysia (PDRM).
Suruhanjaya juga tidak mempunyai pasukan untuk memastikan cadangan yang dikemukakan itu dibuat.
Saya dan rakan-rakan saya di Jawatankuasa Pemantau Polis adalah kumpulan pertama yang bertemu dengan Suruhanjaya apabila diumumkan penubuhannya.
Pada masa itu, Tun Dzaiddin Abdullah bertanya kepada kami, apakah cadangan yang dibuat. Menurutnya, beliau tidak ada masa untuk mendengar kes-kes penderaan polis.
Bagaimana pula penggunaan Akta Polis 1957 yang banyak pertikaian di mana ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?
Akta Polis diwujudkan semasa darurat sekitar tahun 1948 dimana ia memberi kuasa kepada pihak polis membuat penangkapan tanpa sebarang waran.
Tetapi, ianya sudah tidak relevan lagi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home