Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, January 13, 2006
ULASAN FILEM / MEMOIRS OF A GEISHA
Singkap tabir primadona JepunAPAKAH seorang geisha itu sama seperti pelayan biasa yang menawarkan khidmat layanan mesra, atau apakah mereka itu tidak ada bezanya dengan khidmatan pelacur yang sering digambarkan Barat selama ini? Bahkan dalam beberapa filem Barat pernah digambarkan geisha sebagai agen perisik Barat.
Bagi menyingkap persepsi longgar yang sering menyamakan layanan geisha itu sama seperti layanan GRO atau pelacur, bagi memahami misteri geisha, Columbia Pictures membawakan ëMemoirs Of A Geishaí yang kini sedang ditayangkan serentak ke seluruh dunia.
Barangkali ëMemoirs Of A Geishaí akan membantu kita memahami serba sedikit misteri wanita geisha yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan rakyat Jepun yang kaya dengan tradisi, seni dan budayanya.
Inilah yang disingkap oleh pengarah Rob Marshall dalam filem terbaru terbitan Steven Spielberg, ëMemoirs Of A Geishaí. Tayangan perdana dunia filem ini telah berlangsung di Tokyo, Jepun pada 29 November lalu, dihadiri 3000 penonton yang memberikan 'standing ovation' ketika filem itu ditayangkan di Ryogoku Kokugikan, sebuah arena sumo. Sehari sebelumnya, pelakon dan karyawannya hadir dalam sidang akhbar yang dihadiri lebih 700 media dari pelbagai pihak dengan 70 kamera video dan 250 jurufoto.
Tayangan perdana di Amerika pula diadakan awal bulan ini di Kodak Theatre of Hollywood manakala di negara kita tayangannya dijadualkan bermula awal Januari depan.
Dipadankan dari novel Arthur Golden yang laris pada tahun 1997, ia dikatakan sebuah novel paling berjaya diangkat ke layar skrin. Selain kostum dan sinematografi, filem ini dibintangi nama-nama besar Asia seperti Gong Li, Ken Watanabe, Ziyi Zhang dan Michelle Yeoh. Ia diarahkan oleh Rob Marshall, sebelum ini menghasilkan kejayaan dalam filem Chicago.
Namun ada setengah pendapat pula mengritik filem ini sebagai filem yang merosakkan dunia seni geisha kerana dilihat dari kacamata Amerika ñ hasilnya tidak ubah seperti kisah 'Dynasty' kecuali pelakonnya hanya berkimono dan tidak berpakaian seksi seperti Joan Collins atau Linda Evans!
Apapun, Memoirs Of A Geisha adalah sebuah kisah epik romantis. Kisah yang diceritakan secara naratif, seorang geisha terkenal Jepun, Sayuri Nitta. Cerita bermula pada 1929, sebelum Perang Dunia Kedua, apabila seorang kanak-kanak miskin Jepun terpisah dari keluarganya untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah geisha.
Budak perempuan itu, Chiyo, lahir dalam keluarga miskin, ayahnya nelayan, ibunya di ambang maut telah dihantar ke sebuah kawasan di Kyoto di mana dia dijual kepada sebuah rumah geisha manakala saudara perempuannya yang kurang cantik dijual di sebuah rumah pelacuran.
Perpisahan itu mendukacitakan Chiyo. Apa lagi di rumah geisha tempat dia menjadi hamba itu, dia tidak disukai oleh Hatsumomo (Gong Li). Seorang geisha terkenal, cantik dan disukai ramai. Hatsumoma yang menjadi primadona di situ, melihat Chiyo sebagai pencabarnya. Dia sedar suatu hari, budak perempuan itu akan mengambil tempatnya, apatah lagi, Hatsumomo sudah semakin berumur.
Lalu dia sentiasa menjadi kesalahan Chiyo dan membuat pelbagai tipu helah untuk memalukan Chiyo.
Suatu hari, tatkala mengenangkan nasib serta perbuatan Hatsumomo yang berhati busuk itu, Chiyo menangis di sebuah jambatan. Tiba-tiba datang seorang lelaki, ditemani beberapa orang geisha.
Lelaki itu, segak dan baik hati menawarkan sehelai sapu tangan dan memujuknya dengan lembut. Terpempan dengan keluhuran dan budi pekerti yang belum pernah ditemui sebelum ini, hati Sayuri sudah terpaut.
Pertemuan dengan lelaki itu mengubah seluruh hidup Chiyo. Dia mendapat suatu kekuatan dan seluruh jiwa raganya dan ingatannya hanya pada lelaki yang baik itu. Lalu, apabila dewasa, meskipun mengalami serangan dan tekanan daripada Hatsumomo, Chiyo tidak lemah.
Malahan, berkat kesabaran dan kebenaran, dia mendapat tunjuk ajar Mameha (Michelle Yeoh) yang mengusahakan sebuah rumah geisha, paling berprestij. Mameha akhirnya melatih Chiyo menjadikan dia geisha paling hebat di Jepun sebelum Perang Dunia Kedua itu, lalu menukar namanya kepada Sayuri.
Sayuri menjadi primadona geisha. Namun, seperti misteri yang tersimpul di sebalik kimono dan solekan tebal yang menyembunyikan wajah sebenar, begitulah Sayuri merahsiakan cintanya. Secara diam, dia menyintai lelaki yang sukar ataupun yang tidak mungkin dimilikinya.
6 Comments:
Abg faisal, merasa lah singgah ke blog carut mak www.peragawati.blogspot.com
Apakah geisha itu yang diibaratkan sebagai artis? Pada pendapat saya , sekirannya berkali-kali dalam wayang ini mereka menekankan bahawa seseorang geisha itu hanya menjual bakat tetapi bukan tubuh badan. Persoalannya kini , sekirannya mereka tidak menjual tubuh dan apa bezanya mereka menjual 'dara' mereka? Mameha dengan harga 10 000 yen dan Sayuri dengan 15 00 yen. Tidakkah ini sama seperti pelacur walaupun bukan pelacur secara langsung dan tidak menjual tubuh pada setiap masa! Apakah itu menjual dara itu juga adalah sejenis bakat dan seni ? Tidakah perbuatan sayuri mandi bogel bersama - sama 3 orang lelaki juga sama dengan maksud dan erti menjual tubuh? Sejauh manakah geisha itu adalah suci dan diibaratkan sebagai artis dan bukannya pelayan mahupun pelacur murahan ??? !!!!!!!!!
"Kesalahan dimusnahkan"
"Kezaliman dihapuskan"
"Kehinaan dihancurkan"
"Keadilan ditegakkan"
"Kebenaran diperjuangkan"
"Kepimpinan diteruskan"
"Kebaikan diutamakan"
shenyeeaun.blogspot.com
Thank you!
[url=http://krwtmopp.com/epax/weej.html]My homepage[/url] | [url=http://envahgso.com/nfnq/oxsz.html]Cool site[/url]
Nice site!
My homepage | Please visit
Well done!
http://krwtmopp.com/epax/weej.html | http://skmfrehy.com/pdfk/nntb.html
louboutin shoes
off white clothing
michael kors handbags
timberland outlet
nike air vapormax
yeezy boost 350
moncler
goyard handbags
coach outlet
red bottom shoes
Post a Comment
<< Home