Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, January 10, 2006
Polis Panas Bontot
Kehadiran Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua bersama mangsa-mangsa brutaliti polis 14 Disember tahun lalu ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 29 Disember lalu amat menggerunkan pihak polis terutama dari Bukit AMan.Saya hadir di pejabat Suhakam lewat 15 minit. Di luar bangunan, ramai anggota polis berkeliaran di situ termasuk beberapa pegawai-pegawai Cawangan Khas (SB) berada di situ.
Pegawai polis yang didakwa menghentak kepada Tian Chua ke jaringan dawai trak membawa mangsa ke Balai Polis Pudu (dahulu Penjara Pudu) juga diberitahu membuat laporan polis atas alasan Tian Chua 'mengganas'.
Polis buat laporan polis? Takut apa? Tian Chua sendiri yang kepalanya dihentak dari belakang pun sehingga kini tidak membuat sebarang laporan polis.
Menurut kata Tian Chua semasa satu sidang akhbar yang saya hadiri juga, katanya, "kalau nak dikirakan laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda terhadap keganasan polis tujuh tahun lalu, penuh bilik ni," sambil merujuk kepada dewan mesyuarat keADILan yang baru di Brickfields, Kuala Lumpur.
Angkatan Muda menguasai kes-kes yang melibatkan keganasan polis termasuk kes-kes kematian dalam lokap dan penjara.
Tian Chua, dalam sidang akhbar tersebut berkata, alasan beliau tidak membuat laporan polis kerana tidak percaya polis akan menyiasat polis.
Ketika kamera saya dicuri tahun lalu (dicuri buat kali ketiga), saya pun tidak membuat laporan polis. Kit Siang pun enggan buat perkara yang sama apabila komputer ribanya hilang.
Integriti Badan Polis
Bagi beberapa minggu yang lalu, peneyalahgunaan kuasa Polis diRaja Malaysia (PDRM) menjadi perhatian banyak pihak. Integriti badan berkuasa polis jatuh apabila isu ketuk-ketampi dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok.
Dalam pada suruhanjaya bebas belum selesai mengadakan perbicaraan 'senget' mereka, sekali lagi pihak polis buat hal lagi.
Pada 14 Disember lalu, tanpa segan-silu di hadapan media antarabangsa bertindak ganas terhadap orang awam yang cuba berhimpun secara aman dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Deklarasi Sejagat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga memberi jaminan bahawa setiap insan, tidak kira wrganegara mempunyai hak untuk menyatakan pendapat.
Jadi, persoalannya, adakah pegawai-pegawai polis itu faham apa yang mereka lakukan? Jawapan yang sering didengari daripada jawapan mereka ialah, 'kami hanya menurut perintah.'
Ingin sahaja saya berithau kepada mereka-mereka yang kini dipaksa memakai lencana 'Saya anti-Rasuah', apabila diarahkan terjun dari Menara KLCC, jangan tanya mengapa saya perlu terjun tetapi tanya, Dari tingkat berapa saya perlu terjun, Tuan?'
Insiden KLCC
Pada 14 Disember itu, keADILan termasuk sayap Angkatan Muda bercadang untuk mengadakan satu perhimpunan di Taman KLCC sempena Persidangan Kemuncak Asean ke 11 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Inisiatif kami adalah untuk memberitahu kepada para perwakilan Asean yang bersidang selama tiga hari itu telah gagal membincangkan banyak isu-isu penting seperti hak asasi manusia, demokrasi, alam sekitar, migran dan pelarian.
Saya, selaku Ketua Biro Antarabangsa Malaysia bersama Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Asia Tenggara (ATUC), Syed Shahir Mohamud sudah bersiap sedia untuk menyatakan pendirian badan masing-masing mengenai isu-isu tersebut.
Rakan-rakan saya; Ginie Lim, Gan Pei Nie dan Naib Setiausaha Angkatan Muda, Jasmine Ng tiba kira-kira jam 10.45 pagi dengan membawa sepanduk, bendera keADILan dan 60 ekor burung merpati yang dicadangkan untuk dilepaskan pada akhir perkhimpunan itu nanti.
Ketika menuju ke arah kami, mereka dikepung anggota polis berpakaian seragam. Mereka menuntut untuk melihat barangan yang dibawa oleh gadis-gadis itu.
Tetapi, bagaimana hendak ditunjuk isi kandungan kain rentang sekiranya tangan anggota polis itu memegang erat kepada kayu pemegang kain rentang itu? Atau memang bertujuan untuk merampas?
Benar, itulah tujuan mereka. 60 ekor merpati yang dibawa juga diculik anggota-anggota polis.
Nasib Pelarian Burma
Di dalam Pusat Membeli-Belah KLCC, dua warganegara Burma; Kolatt Aung Lwin dan Jadoi (wanita) ditahan ketika insiden perebutan berlaku di taman luar bangunan.
Pihak polis merampas tiga salinan poster kalendar yang berwajahkan Aung San Suu Kyi.
Mereka juga dihumban ke dalam trak polis bersama yang lainnya.
Selepas kami bersurai, 13 warga Burma dikepung dan ditahan oleh pihak polis. 13 warga Burma dihumban dalam trak yang lain dan turut dibawa ke Balai Polis Pudu.
Namun, mereka dibebaskan selepas enam jam ditahan. Semasa dalam tahanan, barangan persendirian mereka dirampas. Di antaranya, baju-t, bendara parti, kertas pelekat, kain rentang, majalah dan lain-lain.
Apa yang dirasai amat tidak profesional ialah sehingga ke saat warkah ini ditulis, tidak ada sebarang pertuduhan dijatuhkan ke atas mereka.
Tidak semua tahanan Burma dibebaskan atas jaminan polis pada jam 5 petang itu. Kham Khua Thawn, Hau Khan Tuang, Jacop Tung Thang, Ni Sang dan Soe Hla Tun ditahan di bawah keslahan Imigresen kerana gagal menyerahkan sebarang dokumen sah.
Selain 20 yang ditahan pada 17 Februari tahun lalu, 68 warga Burma juga pernah ditahan pada 16 Jun kerana berhimpun secara aman di hadapan pejabat Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang, di sini dalam usaha memberi tekanan kepada kerajaan tentera Junta membebaskan pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi.
Tuntutan
Mangsa keganasan polis menuntut agar Suhakam dan pihak Polis diRaja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat perkara yang berlaku.
Tian Chua yang mengetuai penghantaran memorandum itu berkata, sungguhpun Suhakam pernah mengeluarkan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak polis ketika mengawal sebarang perhimpunan, pihak polis masih lagi gagal untuk menghormati peraturan yang dikeluarkan.
“Kami mahu Suhakam untuk memainkan peranan yang lebih serius untuk memberi tekanan kepada pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk meghormati hak asasi manusia,” jelas Tian Chua kepada pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam.
Menurut Siva selepas mendengar penerangan daripada aktivis yang hadir, sejak peristiwa hitam di Lebuhraya Kesas pada tahun 1999, Suhakam beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung dengan hak berhimpun dan tanggungjawab pihak berkuasa dalam mengawal situasi.
“Saya akan pastikan laporan hari ini diambilkira dalam mesyuarat lembaga pesuruhjaya bersama Pengerusi (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman,” kata Siva.
5 Comments:
Mengapakah Tian Chua yang memperjuangkan hak asasi manusia pula dihentak oleh pihak polis? Tian Chua dikatakan mengganas? Adakah dia membawa senjata? benda tajam? Adakah dia mampu untuk mencederakan mana-mana pihak polis? Tidakah kalian berasa pelik polis yang bersenjata pula perlu takut pada seseorang yang tidak bersenjata? Lebih-lebih lagi Tian Chua bukannya tahu mana-mana seni mempertahankan diri. Di manakah letaknya integriti pihak polis negara kita? Adakah perbezaan antara mereka dengan samseng-samseng jalanan? Bolehkah mereka diibaratkan dengan golongonn remeja yang melakukan kes buli yang pada suatu ketika dahulu menjadi isu hangat? tidakah mereka menyalahgunakan kuasa? Jika mereka tidak berasa bersalah ataupun takut , mengapakah pula mereka perlu menghentikan Tian Chua daripada memperjuangkan hak asasi manusia? Adakah ini yang dikatakan "siapa yang makan cili dia yang terasa pedas" ? Nampakanya , mungkin pihak polis sudah makan cili dan sudah terasa pedasnya di lidah. Kini , penawar untuk kepedasan itu ialah menghentikan tian chua daripada memedaskan mereka. Sesungguhpun demikian , kalau nak menghentikan pun tidak perlu untuk menghetak kepala insan yang tidak berdosa? siapakah mereka untuk berbuat demikian? Sekirannya mereka ialah samseng-samseng jalanan dan pembuli maka saya mungkin tahu mengapakah kepala Tian Chua perlu dihetak. Persoalannya kini , mereka ialah individu yang diamanahkan untuk menjamin dan menjaga keamanan negara!
Malaysia merupakan antara sebuah negara yang paling selamat di rantau ini. Keselamatan dari segi bencana alam , perpaduan kaum dan keadaan yang aman dan harmoni. Dalam pada itu , laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2002- 2004 berkaitan dengan kes-kes kematian dalam lokap secara langsung telah mencabar hak asasi seseorang manusia untuk terus hidup dan dihadapkan ke mahkamah untuk pengadilan yang sewajarnya. Persoalannya kini , adakah Malaysia hanya selamat dari segi luaran sahaja? Kita
mungkin selamat dari segala bencana alam tetapi secara dalaman kita mungkin akan mati di dalam penjara kita
sendiri! Di manakah keadilan? "......." sepatutnya ukur baju di sendiri dahulu sebelum jaga tepi kain orang.Jangan "mereka" hanya sibuk mengkiritik penceborohan dan kekejaman tentera Amerika Syarikat sedangkan dalam negara sendiri tidak terurus.
shenyeeaun.blogspot.com
Kawan, jangan marah semua polis. Ada juga polis yang bagus. Saya setuju dengan pandangan penulis berkenaan lencana putih itu, tapi mana polis mahu terjun sebab kalau mati siapa mahu kasih makan anak bini? Kalau marah polis pun tolong cakap baik baik sikit. Kekalkan interigiti anda sebagai penulis berani dan bebas. Teruskan usaha anda untuk rakyat. Ingat, kalau isteri atau anak anda mati kena tembak, bukannya Bomba atau Kastam etc yang akan sibuk menyiasat atau angkat mayat, tapi polis yang kamu hina itu...tiada pilihan. MASIH ada polis yang menanggis dalam diri kerana mereka polis yang bagus. Yang jahat itu bolehlah dihumban dari menara KLCC. Selamat berjuang.
Well done!
[url=http://dxhqickw.com/kdcd/vygv.html]My homepage[/url] | [url=http://tnyzomcd.com/xueu/xdtb.html]Cool site[/url]
Well done!
http://dxhqickw.com/kdcd/vygv.html | http://zpwkprvk.com/mzpg/sqoi.html
Bagi beberapa minggu yang lalu, peneyalahgunaan kuasa Polis diRaja Malaysia (PDRM) menjadi perhatian banyak pihak. Integriti badan berkuasa polis jatuh apabila isu ketuk-ketampi dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok.
cannon sheets ,
teddy bear fitted sheet ,
Post a Comment
<< Home