Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, March 10, 2007
Jalan-jalan di Cologne
Cologne ialah 40 minit perjalanan melalui jalan raya dari pekan Gummersbach di mana tempat menginap saya iaitu di Theodor-Heuss Academy.
Seperti biasa, saya tidak membeli apa-apa barang kerana takut menghadapi masalah untuk membawanya pulang. Lagi pun, saya tidak membawa banyak wang dan perlu menyimpan sedikit pada waktu kecemasan. Hanya membeli beberapa barangan kenang-kenangan untuk keluarga dan teman rapat.
Saya menghabiskan waktu untuk melihat tempat-tempat menarik di sekitar Bandar (dengan berjalan kaki). Pada waktu tersebut, pihak Akademi membawa kami I tempat membeli-belah dan cathederal (gereja lama) di tengah-tengah Bandar tersebut.
Di sekitar Cologne, banyak juga buskers (artis-artis jalanan) yang membuat persembahan. Ada juga kumpulan-kumpulan yang meminta simpati akibat daripada kejadian perang yang lampau dan Keadaan yang menimpa Dafur.
Saya hanya menemani rakan-rakan yang membeli belah sakan. Mereka ada menanya kenapa saya tidak membeli apa-apa, saya kira sekiranya saya berpeluang, sudah tentu saya mahukan kamera Carl-Zeiss yang sememangnya berasal dari Jerman. Tapi, apakan daya. Lagi pun, saya mempunyai dua hari melebihi daripada kebanyakan daripada mereka untuk menikmati pemandangan Cologne dan membeli barang keperluan.
Bersama pegawai residen, Martin kami hanya melepak di kafe, melihat gelagat orang ramai dan hisap rokok.
Saya sering mengikuti perkembangan di Malaysia dan berasa sungguh risau dengan Keadaan Tian Chua dan Razak Ismail yang kini menghadapi masalah dengan polis dan pihak berkuasa. Sememangnya, hak asasi mereka tercabul.
2 Comments:
salam.faisal.aku kawan enot kelompok bunga raya, wah seronok kau pergi german,apapun timbala ilmu banyak2 tentang hak asasi manusia di malaysia,jelas kat diaorang betapa teruknya malaysia.aku dgn enot macam biasa.mlm tadi enot pergi karaoke,petang semalam dok bincang pasal halal haram em-pay(statment ustaz zaharudin)panjang lebar enot cerita bab ugama.tapi mala melalak kat karaoke,biasalah kartun,sekarang kat malaysia sebok pasal polis siasat BPR.BPR siasat KDN.pastu BPR siasat Polis.dah jadi macam kong kalikung la malysia ni.ok la aku cau dulu,nanti balik boleh la simbang lama-lama.
btw, cathedral tu pusat pentadbiran sesebuah deocese. tak semestinya gereja tu besar ia adalah catheral/ pusat pentadbiran....
Post a Comment
<< Home