Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, March 27, 2007

PDRM 200 tahun, Tapi 30 Tahun ke Belakang

Gambar dirakamkan ketika pihak polis merobohkan tempat ibadat umat Islam di Kg berembang secra ganas pada November 2006 lalu


Pada tanggal 25hb Mac yang lalu Polis di Raja Malaysia (PDRM) atau dengan sinisnya beberapa golongan menggelar mereka Polis Raja di Malaysia merayakan ulangtahun ke-200.

Melalui temuramah media bersama Ketua Polis Negara, banyak disentuh mengenai tuntutan anggota polis dari segi kenaikan dalam tangga gaji dan penambahan anggota mereka.

Gambar di atas dirakamkan pada 13hb Mac, 2007 ketika penulis melawat lokap polis di Ibu Pejabat Polis di Erfurt, Jerman yang jauh lebih baik daripada lokap di Malaysia. Kami diberitahu lokap tersebut hanya dibenarkan seorang pesalah dikurung pada satu masa dan dibenarkan membuat satu panggilan kepada peguam atau ahli keluarga.

Penguasaan Terhadap Hak Asasi Manusia

Tidak perlu kita melihat 200 tahun yang lampau. Kita hanya toleh insiden yang berlaku sejak tahun lalu yang jelas menunjukkan bahawa pDRM bertindak tanpa penguasaan terhadap hak asasi manusia.

Pada 2005, rakyat dikejutkan dengan peristiwa Ketuk-ketampi Bogel , dimana seorang wanita dibogelkan oleh anggota polis semasa berada dalam tahanan dan dipaksa membuat ketuk-ketampi.

Pada Mei 2006, satu perhimpunan aman memprotes kenaikan 30 peratus dalam harga minyak domestik di KLCC disuraikan dengan kekerasan oleh polis bersenjata lengkap dengan kayu cotar, perisai dan air pemedih mata. Beberapa orang dilaporkan mengalami kecederaan. Insiden tersebut lebih popular dengan gelaran ‘Bloody Sunday’.

Apakah sebenarya penguasaan berasaskan Hak Asasi Manusia?


Penulis bergambar dengan Pengarah Ibu Pejabat Polis Erfurt, Jerman, Mr Raymond Walk dan seorang pengarah jabatan di bdan tersebut pada 13hb Mac, 2007.

Pertubuhan Bangsa-bangsaa Bersatu telah mengemukakan tiga teras utama yang mana menjadi piawai asas kepada penguasaan berasaskan hak asasi manusia.

Menjadi wakil – Sebuah agensi polis mestilah mewakili masyarakat seluruhnya termasuk masyarakat minoriti

Bertanggungjawab – Satu perkhidmatan polis yang secara asli bertanggungjawab dan komited bagi memperkukuhkan masalah dan kerjasama masyarakat yang mereka mahu sebuah badan lakukan secara berkesan

Telus – Pihak polis, secara undang-undang mestilah telus ke arah mekanisme yang transparen dan bebas secara konsisten di bawah piawai hak asasi manusia disamping bersikap telus secara demokratik terhadap pihak berkuasa demokratik dan juga masyarakat seluruhnya.


Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi ketika mengumumkan Suruhanjaya Polis di Raja Malaysia, 2004 berkata, “Pihak Polis Mestilah Peka Kepada Hak Asasi Apabila Menjalankan Tugas-tugas Mereka dan Berurusan dengan orang Awam. Keganasan Polis, Perkidmatan Teruk, Rasuah dan Layanan yang Negatif mestilah Dihapuskan”

Apakah ini ditekankan ketika polis polis merayakan sambutan ulan gtahun mereka?

“Undang-undang Pencegahan” dan penguasaan

Wujudnya badan “Undang-undang Pencegahan” di Malaysia seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Kanun Darurat & Akta Dadah Merbahaya memberi kesan kepada budaya dalaman dan cara penguasaan pihak polis. Di bawah undang-undang ini, polis tidak perlu menyerahkan sebarang bukti melalui saksi kepada majistret bagi mendapatkan perintah reman lantas menghalang tahanan-tahanan daripada peluang untuk menyatakan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.


Sahr Muhammed Ally yang menjalankan kajian mengenai penahanan tanpa bicara dan undang-undang Kanun Darurat (EO) dan membukukannya, Convicted Before Trial - Indefinite Detention Under Malaysia's Emergency Ordinance yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch pada ogos 2006 yang lalu.

Tahanan-tahanan tidak diberikan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan guaman mahupun doktor-doktor persendirian. Kaum keluarga juga tidak dibernarkan menemui tahanan.. Undang-undang ini bercanggah dengan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan menjurus kepada pencabulan hak asasi manusia, termasuk penderaan dan rawatan kesakitan. Ia membawa kepada satu keadaan di mana polis kebal daripada hukuman.

Pencabulan Hak Asasi Manusia dan penguasaan.

Keadaan semasa dalam penguasaan sering dijelaskan sebagai ”Tahan Dulu, Siasat Kemudian”-di mana tahanan dilakukan berdasarkan kepada “kecurigaan’ yang banyak tandatanya hatta membawa kepada perlakuan jenayah terutamanya ketika operasi-operasi polis dan di dalam konteks penahanan beramai-ramai atas pertuduhan serta dikaitkan secara longgar dengan jenayah berprofail tinggi.

Amalan ini menunjukkan bahawa polis gagal untuk menjalankan siasatan yang betul sebelum sebarang penahanan dibuat lantas mengakibatkan penahanan yang salah terhadap pihak-pihak yang tidak bersalah.

Saksi-saksi juga tidak dimaklumkan secara rutin mengenai alasan penahanan mereka, dan menafikan hak kunci semasa dalam tahanan termasuk mendapat akses kepada wakil guaman, lawatan ahli keluarga dan rawatan perubatan.

Terdapat laporan-laporan yang tidak henti-henti berkaitan dengan penggunaan kekerasan semasa perhimpunan-perhimpunan aman, kecelakaan akibat daripada tembakan senjata, penyalahguna peraturan-peraturan reman, penderaan, memperlaku secara kejam dan kematian dalam tahanan.

Polis Cawangan Khas

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya diRaja Polis, Pegawai Polis dari Cawangan Khas (SB) beroperasi dengan tahap kerahsiaan yang tinggi dan melaporkan hasil siasatan mereka bahawa terdapat pertuduhan penyeksaan dan tindakan yang mengaibkan. Laporan tersebut juga melaporkan bahawa terdapat perbuatan yang menyebabkan kecederaan terhadap tahanan-tahanan ISA. Terdapat juga kerisauan bahawa SB dimanipulasikan oleh parti politik yang berkuasa bagi tujuan politik,

Kematian Dalam Tahanan

Kuasa untuk menyiasat kematian dalam tahanan juga di bawah penguasaan polis dan terdapat kekangan dari sudut tatacara dan pengawasan. Dalam sistem yang dijalankan di UK, sebaik sahaja terdapat laporan berkaitan dengan kematian ketika berada dalam tahanan, balai polis akan menjadikan kawasan tersebut kawasan larangan sebagai kawasan jenayah. Satu badan bebas penyiasat akan diarahkan untuk membuat siasatan termasuk menggantung sementara pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjagaselia lokap tersebut.

Ahli keluarga yang mati di dalam tahanan polis atau selepas menuduh terlibat dalam tembak-menembak turut memberitahu bahawa pihak polis juga mengganggu proses pengaduan dengan menyembunyikan atau menahan bukti, atau bersubahat dengan kakitangan hospital atau pegawai-pegawai perubatan untuk menangguh dan menghalang kerjasama mereka dengan ahli-ahli keluarga atau peguam yang memerlukan bukti perubatan mengenai penderaan fizikal atau kegagalan dalam tugas pihak berkuasa.

Reformasi dan Suruhanjaya diRaja Polis

Pada Disember 2003, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembentukan Suruhanjaya diRaja Bagi Membaikpulih Operasi dan Pengurusan Polis diRaja Malaysia untuk memeriksa perjalanan dan pengurusan pihak polis. Tindakan tersebut dibuat sebagai respon kepada laporan-laporan terhadap corak pencabulan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai polis, termasuk penembakan sehingga mengakibatkan kematian, penggunaan kekerasan melampau dan penderaan sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian semasa berada dalam tahanan. Perkara-perkara tersebut diketengahkan oleh kumpulan-kumpulan yang berperihatin dan Suhakam.


Kempen yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan menggesa Kerajaan menutup kem Kemunting yang menempatkan tahanan-tahanan tanpa perbicaraan. (Ogos 2006)

Pada Jun 2005, sebuah badan Gerak Khas yang diketuai oleh Perdana Menteri ditu

buhkan untuk mengkaji laporan Suruhanjaya dan mengenalpasti turutan keutamaan dalam pelaksanaan cadangan-cadangan yang dikemukakan.


(Gambar kanan) Penulis bersama Naib Presiden Akademi Polis di Rothenburg, Jerman pada 12hb Mac, 2007 ketika menyerahkan vcd keganasan polis terhadap golongan minoriti di Malaysia.



Malangnya sehingga hari ini pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan orang awam masih tertanya-tanya berkaitan dengan status terperinci badan itu sungguhpun terdapat tarikh pelaksanaan yang perlu dibuat yang jelas dalam laporan Suruhanjaya itu.

Tatacara untuk Undang-undang Penguatkuasaan Pertubuhan Badan-badan Bersatu jelas menyatakan bahawa Polis bertanggungjawab kepada pihak yang diberi khidmat. Rakyat mendekati polis dengan isu-isu dengan harapan agar mereka dapat hidup dengan suasana yang selamat. Selalunya, hubungan ini hanya boleh dicapai sekiranya orang awam mempunyai kepercayaan kepada agensi polis sebagai dan yakin atas apa yang mereka lakukan.


Sumber: Amnesty International (Malaysia)

1 Comments:

At 3:06 pm, Blogger Unknown said...

Terima kasih pengundimuar.

Untuk pengetahuan umum, saya dan dua jurugambar bebas akan mengadakan pameran fotografi yang mempamerkan pergerakan rakyat pada 11-18hb April 2007 akan datang.

Tunggu akan kehadiran kami!

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com