Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, March 23, 2007

Pembinaan Semula Dresdner Frauenkirche – Simbol Komitmen Penduduk Dresden

Tugas membina semula Dresdner Frauenkirche (sebut Church of Our Lady) siap pada 30 Oktober 2005 dengan majlis gilang-gemilang.

Kejayaan tersebut adalah dari titik peluh hasil usaha penduduk Dresden melalui semangat, dedikasi, pengorbanan sehingga mendapat perhatian dari seluruh dunia bagi mendirikan semula gereja tersebut.

Pada 11 Mac, Sebelum pergi melawat sendiri Dresdner Frauenkirche, kami diberi taklimat oleh jurutera awam yang bertanggungjawab dalam pembinaan semula gereja tersebut; Dr –Ing. Hans-Joachim. Kami juga disajikan dengan dokumentari bagaimana bangunan tersebut dibina semula dan bagaimana seluruh penduduk di Dresden turun bersama menggembeling tenaga dan bagi mencapai cita-cita mereka bagi mengekalkan warisan mereka.

Apabila niat untuk membina semula bangunan yang mula dibina pada penghujung kurun ke 10 mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak yang mengatakan bahawa tugas tersebut sia-sia dan membazir, ia memberi kekuatan yang leb

ih kepada orang yang memberi cadangan tersebut; Prof Ludwig Guttler, seorang ahli muzik.

Dresdner Frauenkirche runtuh pada 15 Februari 1945 akibat Perang Dunia Kedua. Pada masa pengeboman tersebut selama tujuh tahun, seluruh gereja punah gejala hampir seratus bom batu dilemparkan dan menusuk ke bangunan tersebut. Namun, dom tersebut kukuh seolah-olah ianya dibina untuk selama-lamanya.

Usaha untuk mendirikan semula bangunan yang roboh itu sebenarnya bermula pada tahun 1946 tetapi usaha-usaha tersebut kebanyakannya gagal. Tetapi, bermula November 1989 apabila mulanya revolusi aman menentang GDR (German Democratic Reforms), inisiatif untuk mendirikan semula membuak di kalangan penduduk.

Setiap ketulan batu yang berkecai dikutip dan dilabelkan dan kemudiannya disatukan – begitu teliti.

Berkaitan dengan pimbinaan dan memulihara warisan – aku tak begitu terpegun tapi aku teruja dengan semangat yang tidak putus asa dengan usaha-usaha yang gagal atas kepercayaan mengenai prinsip yang mereka pegang.

Bagi mereka Church of Our Lady ialah symbol kemegahan rakyat dan harus dipelihara.

Selepas selesai dibawa mengelilingi bandar Desden, aku lepak sambil menikmati kopi Jerman d sebuah restoran sebelah Churh Of Our Lady.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com