Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, March 30, 2007

Shabery Didakwa Tidak Tahu Sistem Negara dan Hak Asasi Manusia

Oleh: Faisal Mustaffa (Malaysia Today)

KUALA LUMPUR 29 Mac – Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek didakwa tidak memahami undang-undang dan tidak peka kepada perkembangan isu hak asasi manusia yang melanda Malaysia.



Gambar di atas ialah pamplet yang dikeluarkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mendesak penutupan Kem Tahanan Kemunting yang jelas bercanggah dengan hak asasi manusia.

Dalam ucapan balas kepada usul yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Shabery berkata Pusat Tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba tidak boleh disamakan dengan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga menyeru agar Amerika Syarikat melalui Kedutaan Malaysia di Washingto DC memastikan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Teluk Guantanamo mendapat perbicaraan yang adil.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) bertarikh 30 Mac, mereka berpendirian bahawa Shabery Cheek memutarbelitan kata-kata yang amat jelas bertentangan dengan keadaan sebenar tentang pencabulan hak asasi dan desakan pemansuhan undang-undang tersebut.

(Buku Dari UIA ke

ISA adalah hasil tulisan Dr Badrulamin hasil pengalamannya ketika ditahan dibawah ISA. Berminat boleh layari TOKOBUKU).

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda, Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman, pencabulan hak asasi yang paling mencolok dalam undang-undang ISA ialah hak seseorang untuk dibicarakan.

“Hak manusia untuk membela diri atas apa juga pendakwaan yang dilemparkan adalah asas utama yang jelas dan terang tidak diguna pakai dalam perlaksanaan undang-undang ISA.”

“ Memang ianya berbeza dengan Guatanamo kerana isunya bagi mereka ialah tidak mendapat perbicaraan yang adil. Tetapi di Malaysia langsung tidak dibicarakan,” kata Sharifah.

Amnesty International (Malaysia) juga percaya bahawa tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, Mohd Farik Amin and Mohammed Nazir Lep tidak akan mendapat perbicaraan yang adil berdasarkan piawai antrabangsa sungguhpun Kerajaan Malaysia membuat desakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh badan hak asasi manusia antarabangsa itu, Shabery tidak faham bahawa Akta Suruhanjaya Tentera (MCA) gagal mengikuti piawai antarabangsa yang menjurus kepada perbicaraan yang bebas dan adil.

Menurut Pengarah Eksekutif Amnesty International (Malaysia), Josef Roy Benedict, akta yang digunapakai melalui MCA pihak tertuduh tidak boleh merujuk kepada undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, Konvensyen Geneva dan Perlembagaan Amerika Syarikat bagi mendapat perlindungan.

Menurut beliau, suruhanjaya ketenteraan dipaten yang membawa kepada kezaliman dan tidak berperi kemanusiaan.

Sharifah juga bersetuju bahawa MCA tidak membenarkan seseorang yang dituduh mendapat hak untuk berhubung dengan mana-mana peguam. Sama seperti di Malaysia.

“Beliau (Shabery) konon ingin mendesak perbicaraan yang bebas dan adil bagi rakyat Malaysia di Guantanamo tetapi tidak tahu bahawa rakyat Malaysia di Kem Kemunting juga mengalami tekanan yang serupa”, tambah Sharifah lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com