Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, April 22, 2005
Seri Angkasa memalukan
Oleh: Faisal MustaffaDEWAN RAKYAT 20 Mac – Acara ‘Malam Anugerah Seri Angkasa’telah dikritik di Parlimen hari ini kerana dianggap amat memalukan dan mencemarkan jati diri dan budaya kita. Acara yang dipersembahkan itud dikatakan tidak melambangkan kebudayaan masyarakat Malaysia.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Gerik, Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh yang mengatakan acara tersebut yang tidak ubah seperti pameran di sebuah kelab malam di Los Angeles ataupun di Las Vegas dengan pakaian yang tidak sopan.
Wan Hashim berpendapat acara tersebut sepatutnya mempamerkan budaya negara ini seraya memberitahu bahawa negara ini sepatutnya membanggakan tarian seperti Zapin, Inang, Joget, Kuda Kepang, Ulit Mayang, Dabus, Sumazau, Canggung dan banyak lagi.
Beliau juga menyentuh mengenai tarian-tarian daripada filem lama yang sepatutnya dikenangkan terutama dalam acara sedemikian seperti dalam filem Tualang Tiga, Tudung Periuk, Mak Inang, Sirih Pinang, Sekapur Sirih Seulas Pinang, Mantera Semerah Padi, Joget Tari Lenggang dan sebagainya.
Wan Hashim telah memuji usaha yang dilakukan oleh artis Siti Nurhaliza dan Kerajaan Negeri Johor,khususnya kepada Yayasan Warisan Johor yang memperagakan seni budaya zapin dan Kuda Kepang di Royal Albert Hal.
Perkara ini, kata Wan Hashim sepatutnya selaras dengan pemupukan budaya tinggi, nilai murni dan bersopan santun ataupun ringkasnya pembinaan jati diri bangsa Malaysia. Kempen tersebut seolah-olah dibebankan ke atas bahu sebuah kementerian sahaja, iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Beliau berpendapat perkara tersebut harus dipikul dan menjadi tanggungjawab bersama termasuk kementerian-kementerian lain juga, seperti Kementerian Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan dan terutama sekali Kementerian Penerangan yang mempunyai kedudukan yang istimewa untuk menyampaikan segala mesej secara terus kepada rakyat jelata.
Justeru, beliau telah menyarankan agar saluran 1 RTM itu diberi fungsi yang khusus dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan memikul tugas utama untuk memupuk budaya dan jati diri kebangsaan ataupun nasional termasuk aspek seni budaya, sukuan, para warga Malaysia lainnya.
“RTM 1 sepatutnya tidak jadi wahana untuk menyiarkan siaran-siaran yang disponsor oleh para iklan yang lebih mengutamakan keuntungan daripada apa yang dipamerkan. Tentunya kita akan ingin melihat theater yang mempunyai ciri-ciri patriotisme seni tari kita, theater novel, lagu-lagu puisi dan begitu juga siri-siri perjuangan seperti insurgency malah sebuah skrip Kanang anak Langkau yang hari ini terbiar kenapa kita tidak membuatnya sebagai satu siri,� ujarnya lagi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home