Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, April 18, 2005

IPTA tidak mahu berikan program mereka ke IPTS

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini dikatakan tidak mahu menawarkan program-program sarjana muda mereka kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyebabkan program-program pembelajaran dari negara-negara luar tumbuh dengan banyaknya.

Dato' Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan mengkritik Kementerian Pengajian Tinggi mengenai polisi yang digunapakai yang mempromosikan ataupun menawarkan ijazah-ijazah luar negara.

“Jika ini berterusan bermakna Malaysia menjadi pusat untuk memiliki pendidikan murah kerana untuk mendapatkan ijazah daripada Universiti Nottingham jika ianya di UK mungkin kita akan berbelanja beratus-ribu ringgit. Tetapi jika dibuat di Malaysia mungkin kosnya tidak sampai separuh daripada apa yang hendak kita belanjakan,� ujarnya.

Beliau berpendapat jika persepsi ini berterusan, usaha negara ini untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan global nampaknya tidak akan menjadi reality kerana pada fahamannya, negara ini patut mempromosikan ijazah-ijazah daripada Universiti Malaysia, UMS, UUM dan sebagainya untuk pelajar-pelajar yang datang daripada luar
negeri kerana mengiktiraf ijazah-ijazah ataupun sistem pendidikan kita yang sedia ada.


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar bin Radin juga bersetuju dengan cadangan tersebut dengan berhujah bahawa beliau tidak pernah melihat negara ini memfrancaiskan sekolah pendidikan kita seperti Universiti Kebangsaan atau Universiti Malaya di luar negara, bahkan kita sentiasa mengimport dari negara-negara luar, sedangkan kualiti pendidikan universiti-universiti ini begitu berkualiti.

“Saya juga bimbang pada hari-hari kebelakangan ini saya melihat terlalu mudalah
untuk mendapat ijazah diploma ini, tiga bulan boleh dapat ijazah! Saya pun tidak faham
daripada sekolah mana dia menerima ijazah ini. Saya minta Kementerian Pendidikan
supaya meneliti sebab ini amat memudaratkan dan memalukan negara kita sehingga seorang keluar negara selama tiga bulan apabila balik dapat degree. Saya tidak tahu
apa jenis pelajaran yang dia pelajari,� katanya lagi.

Bung Moktar juga menyentuh mengenai mempertimbangkan umur saraan professor dari 56 tahun dilanjutkan seperti hakim ke 60 tahun, kerana menurut beliau pesara-pesara yang berumur 56 tahun ini masih lagi muda.

Dato' Suhaili bin Abdul Rahman menyambut sokongan tersebut dengan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menasihatkan universiti-universiti tempatan mempromosikan lebih degree-degree mereka kepada IPTS-IPTS yang ada di negara ini.

“Saya pernah berbincang dengan beberapa orang yang pada hari ini telah diupgrade menjadi kolej universiti, mereka kata mereka hendak buat degree untuk UM, UUM, Universiti Sains dan sebagainya, tetapi mereka kata universiti-universiti tidak mahu menawarkan degree-degree mereka dibuat. Tetapi bagaimana pula dengan universiti lain daripada luar negara yang masuk macam cendawan satu demi satu setiap tahun. Itu tidak termasuk lagi universiti-universiti yang
cuma pakai daftar di Amerika dan di Ireland dan sebagainya mempromosikan Masters
satu Malaysia ini.�

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com