Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, April 14, 2005
Wan Azizah tidak diberi peluang berhujah balas mengenai isu PATI
Oleh: Faisal MustaffaDEWAN RAKYAT 30 Mac – Ahli Parlimen Papar, Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin telah mengambil kesempatan di Dewan Rakyat untuk menyerang Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas kenyataan beliau yang mengatakan perbuatan ini adalah akibat kesombongan pemimpin kita dan beliau pergi lebih jauh lagi dengan mengatakan laungan yang sama akan berkumandang jika pemimpin-pemimpin kita meneruskan perbuatan mereka.
Rosnah menambah, “Kita hulurkan tangan, lapangkan hati dan luangkan pendengaran dengan
ikhlas, atas naluri dan nama kemanusiaan atau apa saja asalkan itu dapat memberi kelegaan kepada derita dan jerih mereka. Tetapi belum pun air mata kita kering untuk rakyat Indonesia di Aceh, kita tersebak pula dengan gelagat angkuh rakyat Indonesia di Jakarta dan Sulawesi. Bukan sahaja bendera kita dirobek dibakar, malah kita dimomokkan dengan laungan ‘Ganyang Malaysia’, iaitu teriakan yang mengimbau memori pahit dan detik hitam yang telah melihat darah mengalir di sempadan Malaysia -Indonesia di Sabah, sekitar waktu pembentukan Malaysia.�
Berikut adalah situasi yang berlaku:
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: [Bangun]
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua, terasakan seolah-olah masih hangat lagi tangan kita selepas memaut seseorang yang hampir lemas, kepala kita pula dipukul oleh ahli keluarga si mangsa.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat. Yang Berhormat Permatang Pauh, bangun.
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Silakan.
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Terima kasih, ya. Saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar bahawa setengah pekerja-pekerja yang datang, yang telah bekerja dan apabila tarikh tempoh habis, dikategorikan sebagai pekerja tanpa izin dan telah disebat dan mereka kalau dalam masa disebat itu pergi bertemu dengan bekas banduan dan memohon kerana mencari rezeki yang halal di sini, mereka telah disebat. Yalah memang kategorinya mereka adalah pendatang tanpa izin tetapi sebelum dikategorikan pendatang tanpa izin, mereka adalah pekerja. Apabila tempoh habis mereka dikategorikan sebagai pendatang
atau PATI. Tetapi dengan sebatan itu, Malaysialah sahaja negara yang sebat mereka.
Jadi, kalau orang Malaysia pergi sebagai pendatang tanpa izin di negeri lain, bila ditangkap disebat, itu adalah salah satu daripada reason, sebab, kenapa saya katakan
mereka sombong. Okey?
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Jika, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh menyuarakan ketidakadilan dari segi pelaksanaan undang-undang negara kita, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah hanya kerana ini, wajarkah Yang Berhormat menghukum dengan mengatakan pemimpin-pemimpin kita sombong dengan cara mereka mengendalikan kes perhubungan Indonesia dan Malaysia ini, dengan mengatakan bahawa Yang Berhormat saya lihat telah menghukum pemimpin-pemimpin kita dengan hanya menyaksikan satu kes yang berkecuali seperti ini.
Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun]
Timbalan Menteri Pertahanan [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tangga Batu.
Timbalan Menteri Pertahanan [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: : Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan. Saya ingin memberi penerangan sedikit, ya.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, saya ingat jangan kita kelirukan penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh kerana saya waktu dalam Kementerian Dalam Negeri, saya tahu proses ini. Pendatang tanpa izin ini memang dia masuk ke dalam negara kita tidak ada izin. Bukan setelah di izin kemudian menjadi pendatang tanpa izin. Itu satu, daripada awal dia tidak ada izin dan dia memang tidak mendapat keizinan. Maka dia melakukan pekerjaan atau pun kebenaran tinggal adalah tidak ada, maka dia menjadi pendatang tanpa izin. Undang undang yang dijatuhkan kepada pendatang tanpa izin telah dibentangkan dalam sini, iaitu dengan
undang-undang yang dijatuhkan di mahkamah, bukan setelah ditangkap terus disebat, itu peraturan yang ada.
Dan, undang-undang ini tidak di buat oleh pemimpin, seperti kata, hujah dalam ucapan oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Penonjolan fakta ini adalah tidak benar kerana semua undang-undang setelah kita bentang dalam Dewan ini dipersetujui, sama ada rakyat dalam negeri ini atau pun rakyat asing, pendatang yang berizin, pendatang tanpa izin adalah dengan peraturan yang ada. Jangan jadikan hujah sebagai satu yang mengelirukan, yang menjadikan negara ini lebih buruk daripada jangkaan orang, kerana cakapan daripada rakyat dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya perkara ini tidak ditimbulkan kerana peraturan yang kita buat adalah halal.
Beberapa Ahli: [Tepuk]
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Pematang Pauh.
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan ucapan saya dengan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun barangkali ada pihak yang mengatakan bahawa ini adalah dua isu yang berbeza dan perlu dipisahkan...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua Ahli Yang Berhormat bangun.
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya ingin meneruskan ucapan
saya...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Permatang Pauh dengan.....
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: ...dan kita harus akur dengan pulangan yang disediakan oleh Indonesia kepada kita tetapi sebagai manusia yang punya perasaan, rakyat Malaysia mempunyai sebab untuk merasa terguris dan tersinggung. Alhamdulillah sebagai rakyat yang rasional kita tidak memberi reaksi balas yang bersifat api dengan api dan inilah pendekatan kerajaan kita yang harus dipuji.
Memang benar permohonan maaf telah disampaikan oleh salah seorang wakil Kerajaan Indonesia walaupun wakil tersebut mengisytiharkan di hadapan Parlimen Indonesia bahawa tindakan memohon maaf tersebut tidak lebih daripada sekadar dengan maksud diplomatik.
Wakil tersebut sehingga membuat perbandingan dengan berkata bahawa di ambang Amerika terlibat dengan...
Dato’ Ghazali bin Ibrahim: [Bangun]
Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin:...Perang Dunia Kedua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Padang Terap dan Yang Berhormat bagi Tangga Batu.
Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya ingin meneruskan ucapan saya. …….
Rosnah telah mengabaikan arahan Timbalan Yang di-Pertua untuk memberi laluan kepada Wan Azizah utuk membidas kembali kenyataan tersebut tetapi Ahli Parlimen Papar itu terus berhujah ke isu yang lain.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home