Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, April 14, 2005

Moral itu adalah Hak Milik Tertentu?

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Parlimen hari ini telah membangkitkan isu moral yang kebelakangan ini telah banyak diperkatakan oleh banyak pihak, individu, nahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob telah memlulakan perbincangan dengan memberi pendapat bahawa sekarang ini ada terdapat dua aliran pemikiran mengenai moral; satu mengatakan bahawa soal moral adalah soal peribadi manakala satu lagi aliran pemikiran mengatakan soal moral adalah soal yang melibatkan juga perundangan, iaitu perlu ada undang-undang untuk menyekat keruntuhan moral dan sebagainya.

Menurut ahli Parlimen Jerai, Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin pula, undang-undang itu harus dijaga kerana negara ini, negara Islam.

“Kita tidak boleh tunjuk moral rakyat kita ini begitu teruk sedangkan kita adalah negara Islam.
Jadi, kalau kita kata moral itu adalah hak milik tertentu, jadi kita tidak perlu ada penjara, tidak perlu ada hakim. Ikut sukalah. Kalau orang itu hendak berjalan tidak pakai baju, tidak pakai seluar biar pi kat dialah, itu hal dia. Kita mahukah tengok macam itu? Kita mahukah tengok satu hari nanti lelaki dengan lelaki pegang tangan lembut dok bergolek punggung,� kata Badruddin.

Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pula telah tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dengan mengatakan bahawa era globalisasi IT kita masih menggunakan undang-undang bagi
menguatkuasakan akhlak dan moral individu kita ketinggalan.

“Yang pentingnya adakah Yang Berhormat setuju ialah kekuatan iman dari dalaman bukan sampai hendak adakan undang-undang pergi tangkap orang. Apakah garis panduan kita perlu gunakan, pakaian ini senonoh atau tidak senonoh. Ini bergantung kepada individual. Kita tidak patut menggunakan undang-undang untuk penguatkuasaan sebab setiap seorang pegawai penguat kuasa mempunyai pandangan yang berlainan. Cara saya pakai ini ada yang kata tidak elok,
ada yang kata elok,� kata Fong lagi.

Fong memberi contoh mereka yang memakai pakaian dan juga pegawai yang tidak sensitif
langsung, yang tidak up to date dengan trend orang muda.

Yang penting, menurut Fong, ialah individu diajar bagaimana menjaga maruah diri. Bagaimana berpakaian yang sesuai untuk menghadiri jamuan yang sesuai atau ke tempat yang sesuai.

Berikut ialah perdebatan yang berlaku di kalangan Fong Po Kuan (DAP) dan Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (BN):

Cik Fong Po Kuan: Jadi, Yang Berhormat saya rasa Yang Berhormat ketinggalan dari segi mental dan tidak up to date dengan keperluan generasi muda ini dan tidak sensitif langsung. Jadi Yang Berhormat, saya pohonlah kalau orang muda tidak kira apa kaum pakai yang tidak berlengan sleeveless atau spaghetti straight, apakah pandangan Yang Berhormat mengenai pakaian sedemikian?

Beberapa Ahli: Seksi!
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sudah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sudah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Okay.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Duduk Seputeh!

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, terima kasih.
Cik Fong Po Kuan: So, what is the yardstick?

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sudahlah itu. Okaylah.

Cik Fong Po Kuan: Jadi tidak patutlah ada undang-undang.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat, sudahlah saya sudah bagi peluang.

Cik Fong Po Kuan: Inilah masalah…..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup!

Cik Fong Po Kuan: …..negara tidak boleh maju. Inilah…..

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Menyampuk dalam bahasa Mandarin]

Cik Fong Po Kuan: Ini warga tua ini…..

Seorang Ahli: Woi! Menghina, menghina. Jerai menghina ini.

Seorang Ahli: Siapa yang cakap ini?

Cik Fong Po Kuan: Tadi Yang Berhormat punya rakan pun macam itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh cukup.

Cik Fong Po Kuan: Saya hanya ambil separuh dari masa itu.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Duduklah.

Cik Fong Po Kuan: Ini jagalah…..

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bercakap dalam bahasa Mandarin]

Cik Fong Po Kuan: …..jaga sikaplah. Jaga sikaplah.
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Inilah Tuan Yang di-Pertua, saya bagi peluang pada dia, dia marah sama saya. Inikah budi bahasa?
[Dewan menjadi gamat seketika]
Macam inikah budi bahasa? Saya baik, saya lembut tetapi keras dalam perjuangan.
[Dewan menjadi gamat dengan ketawa]
Jadi Yang Berhormat macam ini, undang-undang peribadi. Okay kalau macam itu Yang Berhormat Batu Gajah kata, kalau kawan itu pergi bunuh anak ataupun adik Yang Berhormat kerana moral dia itu teruk, Yang Berhormat kata ini tidak payah guna
undang-undang.

Cik Fong Po Kuan: Yang Berhormat, mohon penjelasan.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Duduk, duduk. Ini siapa bagi jalan?

Cik Fong Po Kuan: Yang Berhormat jangan bagi ekstrem. Bunuh itu adalah jenayah.
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya tidak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh, Seputeh dia tidak bagi.

Cik Fong Po Kuan: Sekarang saya kata pakaian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah dia tidak bagi, tidak bagi. Sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang saya pertikaikan…..

Cik Fong Po Kuan: [Terus bercakap tanpa menggunakan mikrofon]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah kena ikut peraturan. Batu Gajah sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Okay duduk Yang Berhormat. Kemudian kita hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, negara kita negara Islam.

Tuan Mohamad Shahrum bin Osman: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Lipis, Lipis bangun Yang Berhormat.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sat, sat. Bagi saya habis geram dahulu.

Tuan Mohamad Shahrum bin Osman: [Ketawa]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Negara kita negara Islam. Dalam Islam tidak boleh lelaki dan perempuan bukan mahram berpegang-pegang tangan, berjalan-jalan begitu haram dari segi Islam. Kita gunakan yang ini al-Quran kata! Dalam al-Quran mengatakan haram. Tidak boleh kalau bukan mahram kita pegang-pegang dan berpeluk-peluk. Jadi, yang ini undang-undang Islam yang kita kena buat dan kita kena jaga akhlak umat Islam di negara kita. Saya tidak kacau kalau Batu Gajah hendak pakai bikini, pakailah. You punya pasal, saya tidak marah. Kalau saya geram, saya tengok tempat lain saya tidak tengok Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Habis cerita kerana budi bahasa dan moral saya baik. Tetapi adakah kita bermoral kalau anak muda yang sepatutnya ada di rumah pukul tiga, empat pagi mabuk dengan dadah dan sebagainya, dan kerajaan hendak biarkan benda ini? Ini salah. Kerajaan bertanggungjawab, kalau kerajaan biarkan walaupun tanggungjawab moral adalah tanggungjawab ibu bapa dan tanggungjawab individu itu sendiri. [Tepuk] Sebab itulah kita ada Dewan Rakyat, Parlimen dan Dewan Negara untuk gubal undang-undang bagi memastikan rakyat kita jangan jadi barbarian, rakyat kita jangan jadi orang hutan, jangan jadi orang zaman batu dulu tidak pakai baju,
tidak pakai seluar. Saya tidak kisah, apa salah .... dia orang kata itu kompelin fasal pergi tangkap tiga orang model yang membuat fashion show, apa cakap fasal moral kalau dia sendiri boleh naik atas pentas, tunjuk punggung, tunjuk dada kepada orang. Moralkah itu? Apabila pegawai penguat kuasa .... okay, mungkin cara tangkapan itu agak silap tetapi itu pentadbiran, boleh diperbetulkan. Tetapi pada hakikatnya, tidak boleh kita pinda undang-undang Allah, undang-undang Al-Quran untuk menyesuaikan dengan zaman pada hari ini. Yang itu, no way yang kita boleh ubah. Saya pertahankan yang itu fasal kita kena pertahankan kerana kalau tidak teruk di akhirat kelak. [Ketawa]

Tuan Haji Ismail bin Noh: Duduk, saya bangun.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Pasir Mas.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Saya setuju lebih daripada 100 peratus saya setuju.
[Tepuk]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat bagi Pasir Mas, terima kasih.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Tetapi dengan syaratnya biar sungguh-sungguh.
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Anak-anak tak adakah?
[Ketawa] Banyak ceritanya. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Pasir Mas, sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Jadi, penguatkuasaan ini, tidak mengapalah, kita train. Saya minta pegawai-pegawai penguat kuasa kerajaan latihkan. Depa sudah buat kerja elok dah, kadang-kadang pegawai tidak cukup dan sebagainya.

Cik Fong Po Kuan: Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah, apa lagi Batu Gajah?

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya. Tak kan minta jalan macam ini dengan saya. Tidak boleh, macam ini.
[Menunjukkan gaya kepada Yang Berhormat Batu Gajah] Duduk Yang Berhormat, duduk. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah, dia tidak bagi Batu Gajah, sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya bukan marah. Yang datang jumpa kita baru-baru ini, dia tidak ditrain. Tidak mengapa, benda tidak betul, rujuk. Kalau hal Islam, rujuk kepada mufti-mufti, rujuk kepada badan-badan Islam, badan-badan agama yang ada, rujuk sebelum kita buat sesuatu tindakan. Kita tidak mahu anasir-anasir luar memperalatkan organisasi-organisasi, NGO dalam negara kita ini untuk mencapai matlamat mereka. [Tepuk] Pada zaman sekarang ini, macam-macam boleh berlaku, dia boleh berlaku macam-macam. Bukan kita memandang serong tetapi kita hendak beri tahu kepada mereka supaya mereka jangan terperangkap di dalam agenda-agenda yang cuba hendak memecahbelahkan umat Islam dan rakyat majmuk di dalam negara kita ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com