Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, April 14, 2005

Jadikan isu Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam satu pengajaran

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Kes pemusnahan alam sekitar seperti yang berlaku di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam baru-baru ini diharapkan tidak berulang dan menjadi pengajaran pahit kepada semua pentadbir dan semua jabatan.

Tindakan atau langkah-langkah yang drastik untuk mengubah sikap mestilah diambil dan juga
pemaju-pemaju yang didapati bersalah mestilah disenaraihitamkan dan tidak ada tolak
ansur dalam hal ini.

Ahli Parlimen Segambut, Dato’ Dr. Tan Kee Kwong memberitahu, sungguhpun cadangan itu baik tetapi syarat-syarat itu sangat ketat dan negara sudah pun mempunyai cukup banyak garis panduan dan arahan.

“Apa yang mustahak ialah kawalan yang baik dan kita tidak perlu tambah banyak syarat lagi,� katanya.

Tan Kee Wong berpendapat sebarang pembangunan mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Mineral dan Geo Sains serta Jabatan Alam Sekitar dan juga meminda Undang-Undang Alam Sekitar yang lapuk dengan mengenakan hukuman penjara bukan sahaja saman, tetapi hukuman penjara kepada pemaju-pemaju yang melanggar peraturan dan menghentikan semua kontrak kerajaan yang telah diwartakan.

“Seperti contoh, saya ingat sekarang kalau katakan rumah teres dua tingkat di kawasan Lembah Klang boleh dijual lebih kurang 400 ribu dan kalau you denda dia, RM50 ribu sebuah rumah, pemaju boleh untung RM200 ribu. Kalau you denda dia RM50 ribu, “Tidak ada apa-apa masalah� tetapi you bagi peluang dan siapa yang bersalah, director-director yang berkenaan masuk penjara, itu yang dia takut,� tambah Tan.

Apa yang menyedihkan, menurut Tan ialah taman itu telah diluluskan oleh Kabinet untuk dijadikan Taman Botani Negara. Taman agro perhutanan tersebut di dunia menjelang tahun 2007 kini menghadapi kesan alam sekitar yang dahsyat.

Sebab-sebab utama perkara ini terjadi ialah pemberian tanah yang telah dipecah-pecahkan kepada 35 pemaju swasta itu akan mewujudkan pembangunan yang tidak terancang, teratur dan kesan alam sekitar yang tidak terkawal.

Berdasarkan penyiasatan Utusan Malaysia, beberapa maklumat berjaya dikumpulkan seperti berikut;
• pembangunan dijalankan sesuka hati,
• tidak ada perancangan yang bersatu padu antara 35 pemaju yang
diberi hak milik ke atas tanah-tanah itu,
• pemaju-pemaju hartanah menjalankan kerja tanpa kelulusan
daripada Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar, EIA;
• tanah dan bukit dipotong untuk memaksimumkan pembangunan
dan keuntungan;
• tanah kecerunan melebihi 35 darjah turut dipotong sedangkan ia
tidak boleh dibangunkan - tindakan yang boleh mengenai
kemusnahan ekologi.


Tan telah meminta agar siasatan dan hukuman mesti diambil ke atas sesiapa yang didapati menjejaskan alam sekitar.

Beliau telah menyentuh peruntukkan greenland seluas 90 ekar yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk didirikan Pusat Penyiaran Asia (Asian Broadcasting Centr) sebagai persediaan untuk Sukan Komanwel 1998.

Pusat Penyiaran yang kini merupakan ‘gajah putih’ itu telah didirikan berdekatan Angkasapuri yang berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan.

Tan telah menggesa agar Kerajaan Pusat mengambil semula tanah seluas 96 ekar ini dan menjadikannya sebagai tanah lapang atau (greenland) untuk generasi yang akan datang.

“Sebagai bekas Timbalan Menteri Tanah, saya mengetahui bahawa kerajaan telah memperuntukkan ini dengan tujuan tertentu dan sudah semestinya tanah ini digunakan untuk tujuan yang telah ditentukan oleh kerajaan,� ujarnya.

“Selepas lebih kurang sepuluh tahun, tanah ini sudah tidak diperlukan untuk pembinaan Pusat Penyiaran maka kerajaan berhak mengambil semula tanah yang telah diperuntukkan ini,� tambahnya lagi.

Perkara ini dianggap terlalu serius sehingga wakil Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh telah mencadangkan kepada Dewan Rakyat supaya memperketatkan
undang-undang bersabit dengan alam sekitar.

Marcus menerangkan keadaan di Sabah di mana kebanyakan tanah perhutanan di situ mempunyai beberapa kampung dan penduduk desa yang mengusahakan tanah-tanah pertanian secara berpindah-randah.

“Kebanyakan daripada mereka itu tinggal di bukit-bukau yang mengusahakan tanah-tanah mereka
Di lereng bukit yang ditegah oleh beberapa jabatan kerajaan, misalnya bukit yang berstruktur lebih daripada 30% ketinggian,� kata Marcus pula.

Mereka ini, menurut Marcus hanya berharap kepada hasil pertanian.

Memandangkan mereka ini orang-orang miskin, petani-petani ini mengharapkan kepada hasil pertanian sahaja. Mereka ini telah ditinggalkan, dibakar dan didiskriminasi.
.

Menurut jawapan Dato’ Dr. Tan Kee Kwong, siapa yang menjejaskan alam
sekitarnya, mesti disiasat dahulu dan dihukum sebab tanah atau hutan itu satu harta
yang diharapkan generasi yang akan datang dapat manfaatnya.

1 Comments:

At 2:01 pm, Anonymous Anonymous said...

takan tak tau yg hutan perlu di pelihara bukan digondolkan sewenang2nya.Semakin pandai semakin buas pulak nafsunya.Apa masa belajar dulu tak belajar ke nak memajukan Malaysia.Atau belajar nak melingkupkan saje.Buang duit biasiswa anta anak2 blajar tinggi pas tu hampeh..

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com