Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, April 25, 2005
Pakar cadangkan supaya kaum Melayu hantar anak-anak mereka ke Sekolah Cina
Pakar cadangkan supaya kaum Melayu hantar anak-anak mereka ke Sekolah CinaOleh: Faisal Mustaffa
DEWAN RAKYAT 30 Mac – Mata pelajaran Sains dan Matematik merupakan subjek yang memerlukan pemahaman konsep. Sekiranya kedua-dua mata pelajaran konsep ini
disampaikan oleh guru melalui bahasa Inggeris yang tidak difahami oleh murid-murid, maka
ia akan menjejaskan fahaman murid-murid terhadap kedua-dua mata pelajaran
tersebut.
Oleh yang demikian, lebih kurang 80% atau setengah juta pelajar Melayu akan keciciran dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut jika ia diteruskan.
Menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Koh Suh Sim, Kenyataan Kongres Pendidikan Melayu telah mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan di mana Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengkaji pandangan Kongres Pendidikan Melayu tersebut.
“Sebenarnya adalah sangat susah bagi guru-guru di sekolah rendah untuk mengajar Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris khususnya bagi guru-guru yang sendirinya kurang fasih dalam bahasa Inggeris. Guru-guru mengadu bahawa mereka tidak tahu sama ada mereka mengajar bahasa Inggeris, Sains atau Matematik kerana murid-murid ini langsung tidak faham bahasa pengajaran mereka kerana ramai murid kecil ini baru belajar alphabet A, B, C dalam Darjah Satu,� hujah Teresa.
Teresa memberitahu, sebelum dasar itu dilaksanakan, Dong Ziao Jong dan juga pakar pendidikan
cina dan masyarakat Cina, mereka sangat bimbang dan mereka membantah keras tentang dasar tersebut kerana mereka rasa ini adalah tidak praktikal dan tidak akan membantu murid-murid kecil untuk belajar Sains dan juga Matematik.
Menurut Teresa lagi, cara meningkatkan sesuatu bahasa bukan melalui pembelajaran Sains dan Matematik tetapi melalui kelas bahasa Inggeris yang mengajar tatabahasa ataupun grammar dan
perkataan baru.
Katanya, kerajaan China, Jepun dan Korea banyak menggalakkan rakyatnya belajar bahasa Inggeris tetapi mereka tidak melakukannya dengan memaksa murid-murid darjah satu untuk belajar Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris. Pendidikan merupakan asas untuk membela bangsa dan negara. Dasar pendidikan yang salah akan menjejaskan masa hadapan anak-anak kita dan menyebabkan generasi yang akan datang itu menjadi kurang kompetitif. Saya menyeru
kerajaan supaya mengambil langkah yang tegas dan pantas untuk meratifikasikan kesalahan pengajaran kita sekarang. Sebagai langkah untuk menyelamatkan masa hadapan generasi muda kita.
Beliau juga telah menarik perhatian Dewan dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh seorang pakar pendidikan Melayu, Profesor Datuk Ishak yang terkenal di Kongres Pendidikan Melayu Kedua.
Datuk Ishak telah mencadangkan supaya kaum Melayu menghantar anak-anak mereka untuk belajar di Sekolah Rendah Cina demi menjamin masa hadapan mereka.
Beliau melaporkan dan berkata bahawa cara pengajaran guru-guru di Sekolah Rendah
Cina adalah lebih bersesuaian dengan murid-murid yang mempunyai kebolehan dan
kefahaman yang berlainan.
Semakin ramai ibu bapa Melayu kini menghantar anak-anak mereka belajar di Sekolah Rendah Cina tetapi Kementerian Pelajaran dan ahli politik Barisan Nasional masih enggan mengiktiraf fakta ini dan masih melaksanakan dasar yang didiskriminasikan terhadap Sekolah Rendah Cina dengan tidak memberi peruntukan dan latihan guru yang cukup kepada mereka.
“Sekiranya dasar ketidakadilan ini diteruskan maka akhirnya murid-murid Melayu yang belajar di
Sekolah Rendah Cina pun akan menjadi mangsa dalam dasar yang berunsur diskriminasi ini,� jelas Teresa lagi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home