Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, May 04, 2005

Krisis air global berpunca dari pengurusan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Laporan Air Sedunia 2000 menyatakan punca krisis air di peringkat global bukannya disebabkan oleh kekurangan air untuk penduduk tetapi oleh
sebab masalah pengurusan air yang kucar-kacir.

Masalah itu diseriuskan oleh sebab faktor-faktor deforestation, peningkatan paras laut, kejatuhan pengeluaran pertanian, kekurangan air, bertambahnya ribut dan banjir, merebaknya penyakit-penyakit atau wabak penyakit, kurangnya populasi ikan dan satu lagi yang serius, konflik antara
manusia, wilayah dan negara.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Devamany a/l S. Krishnasamy telah mengungkap dalam perjumpaan “Johannesburg World Summit on Sustainable Development
2002� yang telah memutuskan setiap negara diperlu membangunkan air dan memetik “Integrated Water Resource Management is a participatory planning and implementation process based on sound science which brings together stakeholders to determine how to meet society’s long term needs for water and coastal resources while maintaining intestinal ecological services and economic benefits�.

Oleh yang demikian Devamany berpendapat negara ini perlukan sati perancangan kecekapan air sebelum 2005.

Menurutnya, terdapat empat punca ketidakupayaan negara menangani pengurusan penawaran air tawar demi pembangunan lestari. Pengurusan air diagihkan di kalangan pelbagai sektor dan
Institusi yakni Jabatan Bekalan Air, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Orang Asli, Tenaga Nasional Berhad dan juga Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Ahli parlimen Cameron Highlands itu memberitahu penggunaan air di Malaysia dan juga di dunia, setiap tahun 12.5 hingga 14 bilion semeter padu warga dunia gunakan, dan pada tahun 1989,dan penggunaan per kapita global sebanyak sembilan ribu meter padu seorang setahun.

Pada 2025, jumlah tersebut akan jatuh kepada 5,100 meter padu akibat dari dua bilion penduduk yang akan bertambah di dunia pada masa itu dan akibat ancaman alam yang begitu dahsyat sekali.

Dalam hujahnya, Devamany berkata, pada tahun 1995, 31 negara menghadapi masalah kekurangan air dan water stress, tekanan air, kerana mereka gunakan air ini untuk banyak tujuan. Dan, seterusnya pada 2025, dianggarkan bahawa 48 negara akan menjadi mangsa dan sekiranya satu dasar yang begitu jelas sekali tidak dibuat, maka kita akan menghadapi satu keadaan yang serius.

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan memberi bidang kuasa kepada kerajaan negeri atas air dan sumber air. Sebanyak 56 empangan bekalan air ada di Malaysia dan 11 empangan tadahan air diadakan.

Maka jumlah ini semakin berkurangan dan semakin diancam oleh sebab pelbagai aktiviti di punca-punca tadahan air ini. 98 peratus daripada air kita adalah daripada surface water resource, dengan izin, maka semakin hari semakin konflik berlaku.

Beliau mengambil contoh di Cameron Highlands, ketika kemarau dan berlaku perselisihan faham di antara petani akibat mahukan sumber air untuk pertanian mereka.

Atas pengalaman itu, kos pemuliharaan ini akan menjadi semakin tinggi.

Cadangan
Devamany mencadangkan supaya pertama, untuk menangani masalah ini penguatkuasaan perundangan yang sedia ada secara berkesan di peringat negeri dan Persekutuan perlu diadakan.

Pengkajian semula pada 1995 Akta Perancangan Bandar 1976 dan perlu diberi mandat kepada Jawatankuasa Pembangunan Negeri perlu diperkasakan.

Kekurangan tenaga dalam proses implementasi dan penguatkuasaan perlu juga ditambah kerana ini menjadi isu serius. Devamany memberi contoh perlaksanaan perundangan di peringkat Cameron Highlands yang sepatutnya perlukan 20 kakitangan, tetapi hanya mengandungi 5 lima orang.

“Dengan ada lima orang ini sahaja, maka kawasan yang begitu luas sekali tidak boleh dipantau atau dijaga dan pelihara,� katanya.

Beliau telah mencadangkan supaya adakan satu rangkaian yang menjaring antara agensi perlu
wujudkan dan diperkasakan.

Lantas, peranan Kementerian Pembangunan Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu lebih agresif dalam merealisasikan matlamat ini.

Selain daripada itu, dalam merealisasikan implementasi integrated water resource management (IWRM) perlu dimantapkan secara berkesan kerana konsep-konsep yang telah dipersetujui di Johannesburg, suatu yang boleh diterima dan konsepnya begitu baik sekali, yang telah dikaji di dunia-dunia ketiga dan dunia sedang membangun.

“Maka saya menggesa kerajaan negeri supaya Green and Park Ordinance ini di mana kelulusan terpaksa diberi oleh Dewan Undangan Negeri bukan oleh EXCO Kerajaan Negeri untuk menjamin kepentingan kawasan-kawasan tadahan dan hutan – park. Maka kawasan-kawasan hutan boleh ditukar menjadi Taman-taman Negara, National Park, di mana ianya tidak akan diusik lagi oleh pihak-pihak yang tidak diingini.�

Beliau juga telah menggesa agar program rehabilitasi sungai yang tercemar perlu diadakan secara besar-besaran.

2 Comments:

At 1:36 am, Blogger Shin said...

Hmm apakah negeri-negeri memang tidak berupaya mengendalikan urusan bekalan air dengan sempoerna ?

Apakah pusat dapat mengatasi segala masalah seperti kadar non revenue water yang tinggi ?

Kalau pusat boleh dapat pinjaman utk menukar paip baru, adakah negeri tidak mampu buat demikian jika pinjaman disalurkan ?

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pun berkaitan dalam ususan air ? Apa pula Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ? :-)

 
At 1:58 pm, Anonymous Anonymous said...

Bukan perkara baru,tapi sejak zaman tunku abdul rahman dah ada.kita memang tak nak berubah ikut zaman.tambahan lagi businessman sekarang nak cepat kaya aje.ahli politik plak nak jadikan jawatan mereka tu jawatan kerturunan mereka aje.bleh blah..

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com