Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, May 24, 2005

Ahli Parlimen Jerai menghina di Dewan

Ahli Parlimen Jerai menghina di Dewan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT – Kejian dan permainkan Peraturan Mesyuarat oleh ahli-ahli parlimen untuk memberi kenyataan menghina

Dalam Peraturan Mesyuarat 36(9) menyatakan:-
“ Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai ahli Parlimen atau pegawai kerajaan�.

Semasa sidang parlimen 30 Mac, ahli parlimen Jerai mengungkapkan, “Saya hendak tanya Yang Berhormat bagi Kota Melaka yang arif pasal ceraiberai. Kalau dengan Yang Berhormat bagi Batu Gajah, berapa lama suami boleh tahan dengan dia�.

Dalam persidangan keesokan harinya, Ahli Parlimen tersebut, Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengambil salah anggapan terhadap pandangan beliau.

Dia berkata, “pandangan saya terhadap Yang Berhormat bagi Batu Gajah bukan tidak elok - elok. Semua bagi dia, dia merasakan bahawa saya sangkaan tidak elok - sangkaan jahat kat dia. Tetapi sangkaan saya baik. Cuma saya tanya .... kalau orang bertanya saya, “Dengan Datuk Badruddin ini isteri dia boleh tahan berapa lama?� Salahkah yang itu?
Begitu juga dengan Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah, saya macam itu.
Takkan lah yang itu salah. Kalaulah saya kata dia hodoh, tidak elok, suara dia sengau -
itu lainlah. Ini saya tidak kata yang itu.�

Sungguhpun Badruddin sanggup menarik balik kenyataannya, ahli parlimen Bukti Mertajam, Chong Eng tidak menganggap bahawa kenyataan itu ikhlas.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya tarik balik, sudahlah, Yang
Berhormat. Ini di antara saya dengan Yang Berhormat bagi Batu Gajah, yang Yang
Berhormat masuk campur ini pasal apa?

Puan Chong Eng: Saya rasa ini tidak perlulah kerana walaupun ... sexual harassment apakah definitionnya, ialah unwanted attention with sexual connotation - itulah yang dipanggil, walaupun orang yang mengeluarkan perkataan itu tidak menganggap itu sebagai sexual harassment.

Po Kuan terus bangun dan membidas,

“Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua telah meminta Yang Berhormat bagi Jerai untuk menarik balik. Saya haraplah Yang Berhormat bagi Jerai akan mematuhi keputusan dan menghormati Tuan Yang di-Pertua demi menjaga nama baik Tan Sri, sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan ini dan juga nama baik Dewan ini. Yang pentingnya ia telah melanggari Peraturan Mesyuarat 36(9) dan menyakiti hati saya dengan izin – dengan kata-kata Yang Berhormat bagi Jerai yang demikian, hal peribadi saya, sikap kelakuan saya iaitu hal peribadi yang tidak ada kaitan langsung dengan teks perbahasan yang dibangkitkan. Dia mempunyai niat yang jahat. Saya pohonlah keputusan yang telah dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua dikuatkuasakan ke atas Ahli Yang Berhormat bagi Jerai.�

Dalam Peraturan Mesyuarat 36(4) yang berbunyi:

“Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa
kurang sopan dan biadab�

Pertengkaran di antara Badruddin dan Po Kuan berterusan:

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kalau saya guna perkataan ‘kurang ajar’ yang itu biadab. Saya pun biasa jadi speaker dan tahu peraturan. Saya pun baca buku ini. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hendak kata saya hendak minta maaf ini berleter apa lagi?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, ada perkara boleh berjenaka dan ada yang tidak boleh berjenaka langsung.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, ok, I make a full statement for you just to make you happy, ok?

Cik Fong Po Kuan: Not just to make me happy but to show your regret for making the statement. Not to make me happy.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Gajah ......

Seorang ahli: No regret at all.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ok Tuan Yang di-Pertua ....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jerai sila tarik balik.

Seorang Ahli: Ini garanglah Batu Gajah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: ... seandainya, ini cara orang Melayu minta maaf, seandainya semasa perbahasan saya terlanjur kata, terkasar bahasa bertanya kepada Ahli Yang Berhormat Kota Melaka ‘berapa lamakah Ahli Yang Berhormat Batu Gajah boleh tahan dengan suami dia� saya minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih dan tarik baliklah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya.

Seorang ahli: Tidak payah tarik baliklah itu.

Seorang ahli: Cukuplah maaf sudah cukup.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup. Baik terima kasih Yang Berhormat Jerai.

Cik Fong Po Kuan: Saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya pohonlah kalau saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua memberi amaran kepada ahli berjaga-jaga menggunakan kata-kata semasa perbahasan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sudah lebihlah Yang Berhormat Batu Gajah. Dia sudah minta maaf sudahlah, selesailah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Hey, Batu Gajah you ingat you bagus sangat kah?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat Jerai telah pun meminta maaf dan saya anggap perkara ini sudah diselesaikan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com