Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, January 11, 2009

Polis Hentikan Demo untuk Palestin





Kechik ketika di dalam trak sambil menjerit "Polis Macam Israel"


Semalam lagi aku sudah menerima beberapa sms mengingatkan aku tentang program anjuran Gabungan Anti Perang (GAP)bertujuan untuk Vigil Solidariti Untuk Rakyat Palestin dan Tamil Eelam.

Perhimpunan aman tersebut diadakan di Dataran Merdeka jam 8 malam.

Ya, aku memang mahu hadir memandangkan beberapa siri demonstrasi sebelum ini aku tidak dapat hadiri atas urusan kerja.

Disebabkan tersekat dalam kesesakan, hujan dan penutupan jalan bagi memasuki kawasan Dataran Merdeka, aku tiba lewat setengah jam.


Polis Trafik Halang Letak Kereta

Member yang sukarela menemani aku untuk turut serta dalam perhimpunan minta pandangan tempat sesuai untuk parkir.

Jalan di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Hishamuddin (dahulunya Mahkamah Tinggi) sudah ditutup - sudah aku sangka setiap malam minggu jalan tersebut memang ditutup untuk para pelancong.

Aku memberitahu untuk meletak kereta di kawasan gereja atau di Kelab Diraja Selangor. Kecewa bila jalan ditutup.

Aku tidak mahu parkir di Bar Council sebab bayarannya yang tidak masuk akal - RM5.

Jadi, aku beritahu untuk parkir di Bangunan Loke Yew.

"F**K, polis trafik tak bagi masuk pulak!"

Polis: Nak pergi mana?

Aku: Nak parkir

Polis: Tak boleh, jalan tutup.

Aku: Apasal?

Polis: Boleh masuk kalau nak pergi pejabat (sambil tunjuk ke Bangunan Loke Yew)

Waktu pada masa itu menunjukkan 8.40 malam. Aku tertanya-tanya adakah pejabat buka pada malam minggu?

Aku: Pejabat apa encik ada kat sini?

Polis: Ada lah.

Aku: Kalau macam tu saya nak pergi pejabat.

Polis: (Hairan) Nak pergi pejabat? Kat mana?

Aku: Kat situ lah ! (sambil menunjuk ke arah bangunan Loke Yew)

Polis: Saya tak nak layan. Dah, jalan.

Mujur kami dapat parkir berdekatan Bangkok Bank.

Setibanya di sana, rupa-rupanya penuh dengan kira-kira 100 anggota polis dan FRU.

Dan orang ramai (termasuk pelancong) kira-kira 200 orang memegang lilin.



Charles di kiri sekali cuba mententeramkan polis yang mula bertindak ganas



Seperti biasa, Timbalan OCPD Sydney menunjukkan taiko nya. Langsung tak dibenarkan berkumpul.

Runding punya runding, beliau beri 1 minit.

Charles (Santiago) pun kata, "kalau macam tu tangkap kami".

Arul(chelvam): Ya, tak payah nak guna kekerasan. Bawa trak, kita masuk ramai-ramai.

Orang ramai sorak. Pelancong bingung.

Charles: Tuan, ini isu Palestin. Kita akan bincang di Parlimen minggu depan. The world is watching us.

Polis: No, ini isu lain.

Dr Nasir Hashim ketika dibawa masuk ke trak polis



Seramai 21 pejuang sukarela ditahan, bagi mengelak polis daripada mengganas. Selain daripada Charles dan Arul, mereka yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ialah Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat), Nalini Emmanumalai, Kechik. Norlaila Othman (isteri tahanan ISA) dan Dr Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara).

Aku rasa, kalau mereka tidak menyerahkan diri, sudah pasti polis akan bertindak di luar kawalan dan menggunakan kekerasan.

Dan kemudian memberi pelbagai alasan seolah-olah mereka menjalankan tugas dan memberi amaran kepada media untuk tidak siarkan.


Amaran: Tidak dibenarkan menggunakan gambar-gambar yang disiarkan tanpa izin pemilik blog ini terutama tabloid politik.

Berita-berita lain:

http://padedoh.wordpress.com/2009/01/10/21-arrested-at-anti-war-vigil/

http://sjsandteam.wordpress.com/2009/01/11/21-people-arrested-including-politicians-at-dataran-merdeka/

http://tukartiub.blogspot.com/2009/01/tangkapan-zionis-tempatan.html

http://malaysiakini.com/news/96209

Labels: , ,

 

 

Monday, January 05, 2009

F**K YOU ISRAEL !

'Untitled H' (2007)
By Amir Zainorin
Digital Colour Print
27 x 35 cm


Petition to the UN Security Council, the European Union, the Arab League and the USA:

We urge you to act immediately to ensure a comprehensive ceasefire in the Gaza Strip, to protect civilians on all sides, and to address the growing humanitarian crisis. Only through robust international action and oversight can the bloodshed be stopped, the Gaza crossings safely re-opened and real progress made toward a wider peace in 2009.

http://www.avaaz.org/en/gaza_time_for_peace/?cl=164343675&v=2624


One of the drawing by Palestinans children



Kenyataan Media 20 November 2007

Tabah Dalam Derita - Suara Generasi Dari Kem Pelarian

Deir Yassin 1948... Sabra dan Shatilla 1982... Nahr al-Bared 2007... Nama-nama yang menjadi penanda dalam rentetan peristiwa yang bermula dari pengusiran suatu bangsa dari tanahairnya sendiri. Tragedi-tragedi ‘kecil’ yang menggarisbawahi tragedi besar zaman kita.

Demikianlah terusirnya sebuah bangsa untuk membenarkan wujudnya sebuah negara baru dalam peta Timur Tengah. Dengan sekelip mata surat-surat (ini zaman pra-handphone dan email) yang dikirim dari wilayah tersebut kini menggunakan setem negara baru Israel menggantikan setem Palestin.

Bahawa kezaliman besar yang berlaku di Eropah sebelum dan sewaktu Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan penindasan kepada orang-orang Yahudi dilakukan oleh orang-orang Eropah tidak lagi menjadi perkiraan. Bahawa pembunuhan terhadap orang-orang Yahudi berlaku di Eropah terutamanya oleh golongan Nazi di Jerman, di Poland dan lain-lain tidak lagi menjadi perhitungan.

Sebaliknya dosa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa Eropah seolah-olah harus dipikul oleh kelompok manusia nun jauh dari wilayah Eropah. Kini tanggungjawab tersebut dipindahkan kepada orang-orang yang menghuni sudut bumi Tuhan yang bernama Palestin. Lain kelompok yang melakukan keganasan, tetapi kelompok lain pula yang menjadi mangsa keganasan yang baru; kerana kini giliran orang-orang Palestin pula menerima nasib buruk pengusiran bangsa mereka dari tanah kelahiran di Haifa, Jaffa, Baitul Muqaddis (Jerusalem) dan lain-lain.

Sebenarnya dari saat Perisytiharan Balfour pelbagai perbincangan terbuka dan sulit di kalangan kuasa-kuasa besar telah mengakibatkan bumi Palestin hilang kewujudan sebagai negara Palestin. Pameran kita pada kali ini memperingatkan kita pada penderitaan yang ditanggung oleh beberapa generasi yang berasal daripada mereka yang terusir dari negara Palestin.

Ombak pertama pelarian tersebut telah tersebar ke pelbagai negara jiran termasuk di Mesir, di Jordan, di Lubnan, Syria, Arab Saudi, Iraq dan Negara-negara Teluk (The Gulf States). Sebahagian dari mereka kemudiannya mengungsi atau menjadi pelarian di kemkem pelarian di selatan dan pertengahan Lubnan.

Kini mereka dan anak cucu mereka telah menjadi penghuni di dalam kem-kem pelarian tersebut untuk selama beberapa dekad. Kem-kem perlarian ini pula sering menjadi target atau sasaran bedilan dan pengeboman daripada darat dan udara oleh bala tentera Israel dan sekutunya.
Setiap kali bedilan berlaku puluhan malah ratusan jiwa yang terkorban.

Dalam tahun 1982 pengeboman yang disusuli oleh serangan tentera darat Israel merentasi gunung-ganang Selatan Lubnan telah mengakibatkan beribu-ribu kematian di kalangan penghuni-penghuni kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatilla. The siege of west Beirut is indelibly etched in the collective memory of Palestinian refugees as well as those of us who read or viewed the contemporaneous reports.

Penyair Mahmoud Darwish telah menulis puisi-puisi yang melukiskan perjalanan panjang para pelarian Palestin. Malahan dalam tahun 1982, beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Memory For Forgetfulness – August, Beirut, 1982. Ia merupakan suatu koleksi dalam bentuk puisi prosa - suara dan visi sebuah bandaraya yang sedang berada dalam kepungan sewaktu serangan Israel dalam tahun itu. ‘With fighter jets screaming overhead, the author sets out on a journey on August 6 (Hiroshima Day) through the war-ravaged streets of Beirut in search, not so
much of a “right answer” as of a “right question”.’

Di samping itu tulisan-tulisan ahli akademik dan intelektual Edward Said banyak mengkisahkan tragedi bangsa tersebut. Salah sebuah bukunya After the Last Sky, yang mengandungi fotografi oleh jurufoto Jean Behr begitu kuat dan intense sekali melakarkan dalam teks dan foto penderitaan pengungsi atau pelarian Palestin.

Sebahagian dari mereka sepertimana Edward Said sendiri hidup dalam eksil namun terus aktif mengingatkan masyarakat dunia tentang tragedi bangsa mereka. Tajuk buku Edward Said tersebut ‘After The Last Sky’ juga merupakan suatu bait daripada puisi Mahmoud Darwish;
‘Where do the birds fly, After the last sky.’

Puisi tersebut begitu poignant sekali merakam perasaan para pelarian yang seolaholah sudah sampai ke puncak hampir putus harapan. Kemana lagikah akan mereka merayu, merentasi lapisan-lapisan langit? Ini kerana dunia pada umumnya tidak lagi mempedulikan nasib dan keadaan mereka. Malah sejak sekian tahun perbincangan menganai Road Map, Proses Damai, Peace Accord, Oslo Summit dan lain-lain namun nasib para pelarian seolah-olah tetap tidak terbela. Malah hancurnya Nahr al-Bared beberapa bulan yang lalu seolah-olah tidak menarik minat dunia. Kita telah menjadi blasé, terbiasa dengan penghancuran ruang penginapan mereka sehingga hilang deria sensitivity kita.

Kini kita berpeluang menyaksikan lukisan-lukisan oleh salah seorang masyarakat pelarian tersebut. Beliau seorang penghuni Nahr al-Bared (Cold River) yang juga mengajar seni pada anak-anak di kem tersebut. Rouhaifa Qassim telah melakarkan peristiwaperistiwa yang disaksinya. Ada lukisan tersebut menggambarkan kejadian-kejadian nyata sementara sebahagian yang lain pula menggambarkan cita-cita dan harapan para penghuni tersebut. Ada lukisan yang mengandungi teks serta tulisan samada dalam bahasa Arab atau bahasa Inggeris. Beberapa perkataan seringkali berulang. Antaranya ialah hope, freedom, force, prison, nightmare dan perkataan yang seumpamanya.

Tetapi perkataan yang seringkali berulang ialah perkataan peace atau pun damai. Ini kerana
seperti mana yang pernah ditulis oleh Usman Awang dalam sebuah puisinya Merpati
Putih Jelajahilah Dunia, kedamaian menjadi objektif atau tujuan utama bagi mereka yang
hidup dalam keadaan yang sering berlaku konflik, pertelingkahan, perang, keganasan
serta pemusnahan nyawa dan harta benda. The children of the camps are no exception.
They yearn and hunger for peace so that they can play with their dolls or toys or what ever
it is that kids of their generation play with today.

Di samping nilai-nilai keseniannnya lukisan-lukisan ini juga mempunyai nilai yang tersendiri
kerana ia merupakan catitan-catitan sejarah. Ia merakamkan persitiwa-persitiwa yang berlaku antara Jun hingga September 2007. Penyair tersohor Palestin, Mahmoud Darwish yang disebut awal tadi sentiasa menulis mengenai memory against forgetting, yakni memori melawan lupa. Kita boleh saja memaafkan tetapi kita tidak harus lupa akan ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku. Tindakan memaafkan adalah sesuatu yang wajar dan sesuai dengan cita-cita menegakkan kebenaran anjuran agung Ilahi; sementara melupakan peristiwa-peristiwa tersebut bererti kita tidak mengambil iktibar dan kurang berusaha untuk mengelak daripada persitiwa buruk seperti itu berulang lagi. Malahan Teks Agung penuh dengan peringatan-peringatan daripada sejarah masa lampau. Asas memory against forgetting ini juga menjadi dasar pada penulis-penulis besar dunia seperti Milan Kundera dan lain-lain.

Lihatlah lukisan-lukisan Rouhaifa yang menggambarkan ketakberdayaan undang-undang antarabangsa serta agensi-agensi berdepan dengan isu-isu Palestin. Ramai ahli undangundang
antarabangsa seperti Henry Cattan dan Richard Falk telah menulis mengenai pelanggaran-pelanggaran antarabangsa dalam isu Palestin. Namun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
kelihatan tidak berupaya untuk melakukan apa-apa tindakan dalam hal ini meskipun pelbagai resolusi telah diluluskan sejak empat dekad yang lalu di General Assembly PBB.

Adalah suatu realiti bahawa hidup mereka dalam eksil dipenuhi dengan kesusahan dan kepayahan serta dihimpit dengan pelbagai kesempitan dalam hal-hal asas seperti mencari
nafkah serta tempat tinggal. Kesemua ini dapat kita saksikan dengan imej berbaringan dalam tin sardin.

Namun begitu meskipun ditekan dan dalam kesempitan, minda mereka tidak pernah
terpasung atau terpenjara. Kita melihat wajah tiga orang perempuan yang bekerja keras
dengan menanggung bebanan berat sementara hasrat mereka terpasung untuk sementara
waktu. Bagaimanapun ini tidak bererti bahawa minda mereka terus terpenjara.

Meskipun kini Nahr al-Bared telah musnah ataupun gone with the wind, namun ingatan
penghuninya terhadap zaman silam dan masa kini masih kuat. Beliau melukis mengenai
missed childhood dan lain-lain. Namun sebuah lukisannya dengan penuh azam mengatakan we won’t forget sesuai dengan anjuran Mahmoud Darwish.

Itulah imej yang menjadi bahan lukisan anak-anak pelarian yang dibimbing oleh Rouhaifa.
Meskipun beberapa lukisan tersebut menunjukkan wajah anak-anak dengan air mata
mengalir, ada juga lukisan yang menunjukkan mereka bermain dan ceria di tengahtengah
suasana perang dan tidak tenteram tersebut. Malahan ada sebuah lukisan yang
memperlihatkan air mata mengalir namun, pada masa yang sama terserlah daripada
wajah-wajah mereka suatu semangat untuk tidak tunduk pada penderitaan.


Pada waktu yang sama kami mengucapkan syukur dan terima kasih kerana pelukis-pelukis Malaysia dalam kadar waktu yang terbatas telah sanggup memenuhi undangan untuk mengikutsertakan lukisan-lukisan mereka dalam pameran ini. Ada yang membuat lukisan yang baru sebagai respons sementara sebahagian pula telah memberikan lukisan-lukisan lama yang berada dalam simpanan mereka.

Mereka lintas generasi, daripada Syed Ahmad Jamal, Long Thien Shieh, hinggalah Ahmad
Fuad Osman, Hamir Soib, Partick Lasak, Tan Sei Hon dan Rahmat Haron. Malahan seniman tersebut melintasi latar belakang kepercayaan atau keyakinan, warna kulit, pengalaman, umur dan gender. Kesanggupan kesemua mereka menunjukkan bahawa isu Palestin terus mendapat empati ataupun dokongan daripada seniman Malaysia.

Semua ini menunjukkan bahawa dalam hal-hal yang menyangkut kemanusiaan, rasa pedih, derita dan kehilangan (loss), mangsa-mangsa kekejaman tidak mengenal batasan-batasan warna kulit, gender, umur, sempadan, ideologi, hatta apa-apa pertimbangan sekalipun. Pertimbangan yang utama adalah pertimbangan kemanusiaan bukan soal-soal yang lain.


Nahr al-Bared telah musnah, hancur keseluruhannya tetapi lukisan-lukisan Rouhaifa Said Qassim menjadi saksi penting akan semangat yang tumbuh daripada kezaliman yang dilakukan ke atas mereka. Daripada kancah dan puing-puing kemusnahan kini berdiri megah saksi nyata suatu semangat yang mewakili zeitgeist para pelarian serta bangsa Palestin yang tidak akan terkalahkan. Daripada penderitaan, yang lahir bukannya kemurungan atau sikap mengalah – sebaliknya yang lahir adalah semangat seperti burung phoenix yang bangun daripada abu-abu kebakaran, Yang kita lihat adalah suatu sikap yang tabah berasaskan suatu pengalaman sejarah yang panjang. Out of oppression, and misery, comes resilience.

raja ahmad aminullah
Director, R A FINE ARTS

Labels: , , ,

 

 

Wednesday, November 21, 2007

Tabah Dalam Derita - Suara Generasi Dari Kem Pelarian


Malam ini aku mengambil keputusan untuk hadir dalam satu acara pembukaan pameran lukisan Palestin berjudul “Tabah Dalam Derita”. Ia dianjurkan oleh RA Fine Arts. Aku sendiri mendapat jemputan daripada kuratornya sendiri, Pak Engku (Raja Ahmad Aminullah) ketika beliau mengunjungi aku di Arts for Grabs tidak berapa lama dahulu.

Kami dihidangkan dengan makanan Palestin serta alunan muzik Arab. Selain daripada rakan-rakan artis, tetamu-tetamu yang lain yang turut hadir termasuk Datuk Syed Ahmad Jamal, Yusri Mohamed (Presiden ABIM) dan Datuk A.Samad Said.

Pengunjung-pengunjung juga dihiburkan dengan bacaan-bacaan puisi oleh artis-artis tempatan.
Sejarah penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin dalam mengekalkan tanahair mereka bukan dinukilkan dalam bentuk seni dan dibawa ke Negara ini bagi ita sama-sama memahami dan mendapat iktibar daripada isu yang melanda tanahair Palestin.

Pameran berjudul “Tabah Dalam Derita” itu dibawa oleh R A Fine Arts di ibukota. Pameran itu memaparkan suatu himpunan karya seni lukisan serta luahan hati oleh guru lukisan, Rouhaifa Said Qassim dan kanak-kanak di kem pelarian paestin di Nahr el- Bared.

Di samping itu, pameran itu juga mempamerkan karya lukisan seniman Malaysia termasuk Syed Ahmad Jamal, Long Thien Shih, Tuan Syed Bakar, Mahsun Haji Taib, Amir Zainorin, Hamir Soib, Nur Hanim Khairuddin, Ahmad Fuad Osman, Tan Sei Hon, Haslin Ismail, Rahmat Haron, Patric Lasak, Munzir Fauzi, Mustapha Haji Ibrahim, Kamal Zakaria, Azmin Hussein, Masnoor Ramli, Maslin Md Ramly, Ramlan Abdullah, Samsudin Mohamad dan Zazi. Turut terlibat ialah artis jemputan dari Indonesia, Kartika Affandi.

Sebenarnya, dari saat Perisytiharan Balfour, pelbagai perbincangan terbuka dan sulit di kalangan kuasa-kuasa besar telah mengakibatkan bumi Palestin hilang kewujudan sebagai Negara Palestin. Pameran yang diadakan itu memperingatkan pengunjung penderitaan yang ditanggung oleh beberapa generasi yang berasal daripada mereka yang terusir dari Palestin.



Kanan: Lukisan oleh Alaa Sharma, Nermin Waked & Nuhan Waked (kanak-kanak pelarian Palestin di kem Nahr al-Bared)

Ombak pertama pelarian tersebut telah tersebar ke pelbagai Negara jiran termasuk di Mesir, Jordan, Lubnan, Syria, Arab Saudi, Iraq dan Negara-negara Teluk. Sebahagian dari mereka kemudiannya mengungsi atau menjadi pelaria di kem-kem pelarian di selatan dan pertengahan Lubnan.

Kem-kem pelarian itu pula sering menjadi sasaran bedilan dan pengeboman dariapada darat dan udara oleh bala tentera Israel dan sekutunya.

Setiap kali bedilan berlaku, puluhan malah ratusan jiwa terkorban. Dalam tahun 1982, pengeboman yang disusuli oleh serangan tentera darat Israel merentasi gunung-ganang Selatan Lubnan telah mengakibatkan beribu-ribu kematian di kalangan penghuni-penghuni kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila.

Rouhaifa (Said) Qassim
Rouhaifa telah melakarkan peristiwa-peristiwa yang disaksinya. Ada lukisan tersebut menggambarkan cita-cita dan harapan para penghun tersebut. Ada lukisan yang mengandungi teks serta tulisan sama ada dalam bahasa Arab atau Bahasa Inggeris. Beberapa perkataan seringkali berulang. Antaranya ialah hope, freedom, force, prison, nightmare dan perkataan yang seumpamanya. Namun, perkataan yang ternyata banyak dipaparkan dalam lukisan beliau ialah peace (damai).

Lukisan-lukisan Rouhaifa merupakan kesaksian utama dari perempuan awal 30an. Sebagai penghuni Nahr al-Bared, beliau menyaksikan secara rutin kesan-kesan bedilan, aksi keganasan serta serangan yang dilakukan ke atas tempat penginapan mereka selepas orang-orang tua mereka diusir dari kampong halaman mereka di Palestin pada tahun 1948.

Meskipun Nahr al-Bared telah musnah, namun ingatan penghuninya terhadap zaman silam dan masa kini masih kuat. Rouhaifa melukis mengenai zaman kanak-kanaknya dan mengatakan ‘we won’t forget’ sesuai dengan anjuran Mahmoud Darwish. Darwish ialah penyair terkenal Arab yang banyak menulis sajak-sajak pedas dan editor akhbar Ittihad dan pernah dipenjarakan.
Oleh Rahmat Haron bertajuk "Potret Seorang Perdana Menteri Sebagai Pengganti Berhias". Dilukis dengan arkilik di atas kanvas. 2007

Meskipun beberapa lukisan kanak-kanak Palestin yang dipamerkan menunjukkan wawjah anak-anak dengan air mata mengalir, ada juga lukisan yang menunjukkan mereka bermain dan ceria di tengah-tengah suasana perang dan tidak tenteram tersebut. Malahan ada sebuah lukisan yang memperlihatkan air mata mengalir, namun, pada masa yang sama terserlah daripada wajah-wajah mereka suati semangat untuk tidak tunduk pada penderitaan.

Begitu juga lukisan anak-anak Palestin dari Nahr al-Bared menggambarkan harapan, keyakinan, aspirasi serta cita-cita mereka di tengah kehidupan yang keras, kehilangan tanah air dan karta-benda serta usaha-usaha memadamkan budaya dan memori mereka.

Oleh Syed Ahmad Jamal berjudul "? Palestine". Lukisan berasaskan bendera Palestin dengan bentuk tumpal di bahagian tengah yang sekaligus menggambarkan darah rakyat Palestin turun melimpah ke bumi di mana digambarkan lubang-lubang bekas tembakan peluru di tembok. Di bahagian bawah kelihatan liang-liang lahad mangsa tembakan....Di bahagian atas melambangkan roh mereka yang telah menyabung nyawa untuk negara. Di kawasan kiri dan kanan tumpal kelihatan khemah-khemah semasa perang dan aman.


Melalui lukisan-lukisan itu, mereka juga menunjukkan sikap mereka yang tidak mudah mengalah dengan keadaan yang dipaksakan kepada mereka malah mereka tetap defiant kerana mereka merupakan anak-anak kecil yang tidak mengerti permainan orang-orang tua.

Dalam kenyataan pelukis Kartika, untuk lukisannya Menatap Hari Esok, beliau telah menyatakan;

“Orang tua-tua sering berkelahi,
Bagaimana situasi akan datang.”


Lukisan daripada Kartika merupakan lukisan yang dihasilkan sempena kunjungannya ke Malaysia selama seminggu sebagai tamu R A Fine Arts.

Artis-arti yang menyumbang dalam pameran itu mennjukkan bahawa dalam hal-hal yang menyangkut kemanusiaan, rasa pedih, derita dan kehilangan, mangsa-mangsa kekejaman tidak mengenal batasan-batasan warna kulit, gender, umur, sempadan, ideologi, hatta apa-apa pertimbangan sekalipun. Pertimbangan utama yang dipaparkan adalah pertimbangan kemanusiaan bukan soal-soal lain.

Pameran “Palestin: Tabah dalam Derita” itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan berlangsung dari 17-24 November dan terbuka kepada khalayak umum.

R A Fine Arts Gallery bertempat di No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.


Malam ini aku mengambil keputusan untuk hadir dalam satu acara pembukaan pameran lukisan Palestin berjudul “Tabah Dalam Derita”. Ia dianjurkan oleh RA Fine Arts. Aku sendiri mendapat jemputan daripada kuratornya sendiri, Pak Engku (Raja Ahmad Aminullah) ketika beliau mengunjungi aku di Arts for Grabs tidak berapa lama dahulu.

Labels: , , , , , , , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com