Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, October 03, 2008
Deklrasi Klang
Pada Hari Raya Ketiga, aku diminta membantu melihat dan memastikan deklarasi yang didrafkan bagi membantah penggunaan ISA (sebut akta zalim) boleh dibentangkan dalam sebuah majlis Sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh AHli Parlimen Klang, Charles Santiago.
Berikut ialah deklarasi yang dipersetujui:
Deklarasi Klang
Gubal Akta Hak Asasi Manusia, Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
3 Oktober 2008
Kami Rakyat Klang berkumpul di ‘Sambutan Hari Raya Bersama Mangsa dan Keluarga ISA’ pada 3 Oktober 2008, dengan ini memutus dan mendesak :
Kerajaan BN membebaskan Raja Petra Kamarudin, Hindraf 5 dan semua tahanan ISA serta-merta;
Kerajaan BN memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dalam sesi parlimen yang akan datang.
Kami Menyatakan Kekesalan kami apabila ISA telah diguna secara sistematik untuk menghapuskan pembantah, pandangan alternatif dan menghasilkan ketakutan di dalam negara. Sebenarnya, ia hanya digunakan untuk menjaga dan menyelamat kepentingan UMNO/BN, tiada kena-mengena dengan keselamatan dalam negera.
Kami menolak alasan yang diberi untuk menahan Ahli Parlimen DAP merangkap Exco kanan kerajaan Selangor Teresa Kok dan wartawan kanan Sin Chew Jit Poh Tan Hoon Cheng.
Kami percaya tahanan tanpa bicara mencabul prinsip keadilan semula jadi dan menafikan peluang seseorang untuk mempertahankan sendiri di dalam mahkamah. Malaysia kini tidak ada ruang untuk undang-undang zalim.
Kami menyeru kerajaan mempertahankan perkara 9 dan perkara 10 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat :
“Tiada orang boleh ditangkap, ditahan atau diusir sewenang-wenangnya”
“Semua orang adalah saksama dan berhak mendapati pendengaran awam oleh tribunal yang bebas dan adil, untuk menjamin hak dan kewajipan beliau semasa menghadapi sesuatu dakwaan jenayah.”
Kami merayu kepada rakyat Malaysia termasuk masyarakat madani untuk menganjurkan perjumpaan dan perhimpunan untuk mendidik rakyat dan mewujudkan satu gerakan membantah ISA secara besar-besaran.
Kami mencadangkan agar SUHAKAM bekerjasama dengan kumpulan masyarakat madani, kesatuan sekerja, komuniti orang asal, badan agama termasuk parti politik dan persatuan perniagaan untuk memulakan satu Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia supaya mempertahankan dan meningkatkan hak-hak semua rakyat Malaysia dan alam sekitar.
Aku juga mengambil kesempatan untuk menjual baju dari Suaram, dan Pakatan Baju Rakyat. Buku "Dari Penjara ke Tampuk Kuasa" juga dijual kepada orang ramai pada malam itu.
Foto-foto dengan ihsan Vinod.
Foto-foto lain juga boleh dilihat di sini.
Labels: Akta Keselamatan Dalam Negeri, charles santiago, ISA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home