Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, May 02, 2009

Wahai Najib, Bebaskanlah Media!


Hari Kebebasan Media jatuh pada tanggal 3 Mei setiap tahun. Bersempena dengan perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru, kita mungkin tertanya-tanya apakah halatuju media di mata beliau.

Dalam sebuah Negara yang berpegang kepada demokrasi yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), amalan media yang bebas menjadi pegangan.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai akta khusus bagi mencengkam kebebasan tersebut. Akta Percetakan dan Penerbitan menjadi kekangan dalam perihal ini. Sebarang penerbitan termaktub dalam akta ini termasuk pihak kerajaan mempunyai kuasa bagi menetapkan syarat-syarat penerbitan tersebut.

Semasa pilihan raya umum yang lalu, pengundi telah member isyarat yang agak kuat bahawa mereka mahukan media yang lebih bebas. Mengikut beberapa kajian yang dijalankan, tujuh hari sebelum pemilihan, New Straits Time memaparkan 17 halamannya mengutuk parti alternatif khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Ini mendatangkan impak yang disebalik kerana kecaman-kecaman yang berlebihan tersebut bukan hanya telah menimbulkan rasa marah pengundi malah telah mendatangkan rasa belas kepada bekas Perdana Menteri itu.

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri di Perak 7 Mei, had telah diberikan kepada media maya. Sekatan tersebut diberikan oleh kerajaan BN Perak. Pendekatan tersebut amat bertentangan dengan konsep “1 Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Sekurang-kurangnya, bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi telah mula member kelonggaran kepada media maya dalam menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Tetapi, sekarang nampaknya tahap media kembali selangkah demi selangkah ke belakang.


Selain itu, kerajaan pusat juga mengguakan Akta Multimedia dan Kumunikasi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi member ugutan kepada blogger dan pihak yang turut serta dalam memberi komen di dalam beberapa laman.

Semasa kemelut perampasan kuasa kerajaan perak, Kementerian Multimedia dan Komunikasi telah mengambil tindakan yang tidak diplomatik dengan mendakwa blogger.

Pada September 2008, satu lagi penghakisan dalam kebebasan media apabila Raja Petra Kamarudin (pengendali laman Malaysia-Today ), Teresa Kok (anggota exco negeri Selangor) dan Tan Hoon Cheng (wartawan) dikenakan tindakan di bawah ISA. Raja Petra kini sedang dalam perlindungan kerana khuatir akan dikenakan di bawah akta yang sama buat kali ketiga.

Apa yang diharapkan di bawah pimpinan Najib, langkah pertama yang beliau perlu ambil ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan parlimen bagi mengkaji semula undang-undang yang mencengkam media di Negara ini.

Labels: , , , , , , , , , , , , ,

1 Comments:

At 10:41 pm, Blogger Goh Wei Liang said...

Betul betul.

Saya juga secara ikhlas berharap YB Lim Guan Eng memberi kebebasan akhbar (press freedom) kepada NST dan Utusan Malaysia.

DUN Pulau Pinang tidak membenarkan liputan oleh NST.

Malah, ada suatu ketika dahulu, Berita Harian tidak dibenarkan di DUN Kelantan.

Ada juga saranan oleh PAS kepada Anwar Ibrahim untuk memboikot TV3 dan Utusan.

Kalau tak silap saya, Mahfuz Omar salah seorang yang membuat saranan tersebut.

Harap-harap, kebebasan media yang dilaung-laung itu dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat juga.

Jangan laung prinsip di depan rumah tapi melakukan yang sebaliknya di dalam rumah.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com