Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, April 29, 2009

Sell-Out! – Mensinis Kehidupan Rakyat Malaysia



Adakah sesiapa yang mengkritik perangai buruk rakyat Malaysia dikatakan khianat? Apa salahnya seseorang bercakap benar tentang situasi sebenar, budaya sebenar Malaysia?

Adakah slogan ‘Malaysia Truly Asia’ memaparkan keadaan sebenar Malaysia? Malukah Kementerian Pelancongan apabila kita memfilemkan keadaan di Kampung Jinjang?

Satu pertanyaan; selepas ‘Slumdog Millionaire’ memenangi beberapa anugerah antarabangsa dengan kos yang rendah, adakah kerajaan India malu akan keadaan di Mumbai? Sudah tentu saya rasa seluruh rakyat India berasa amat bangga akan identitinya. Dan kini tanggungjawab kerajaan India, selain meraikan kemenangan pembikin filem Slumdog Millionaire ialah untuk memperbaiki keadaan di Mumbai dan seluruh tahap kehidupan di India.

Menurut buku bertajuk Hak Asasi Manusia demi Maruah Manusia terbitan Amnesty International (2005);

“Istilah “hak ekonomi, sosial dan kebudayaan”, dalam banyak hal merupakan suatu klasifikasi sewenang-wenang, yang merangkumi beberapa hak asasi manusia, daripada hak untuk pendidikan, perumahan yang sempurna, kesihatan, makanan dan air, hinggalah hak untuk bekerja dan hak di tempat kerja, dan juga hak kebudayaan kaum minority dan peribumi. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat tidak membahagikan hak kepada kelompok sivil dan politik pada satu pihak dan kelompok ekonomi, social dan kebudayaan pada satu pihak yang lain, dan dengan alasan yang munasabah.”


Begitu juga “Sell Out!” arahan Yee Joon Han yang telah memenangi beberapa anugerah dalam festival filem di Eropah. Antaranya ialah sewaktu ianya ditayangkan di Venice Film Festival dan pemenang anugerah Young Cinema Award for Alternative Vision. Juri bagi anugerah itu diadili oleh 80 penonton muda-muda di Eropah. Selain itu, filem ini juga menang anugerah NETPAC di Festival Filem Golden Horse di Taipei dan filem terbaik Minggu Kritik Venice 2008.


Selepas Venice Film Festival paa Ogos 2008 yang lepas, “Sell Out!” telah dijemput untuk ditayangkan di beberapa festival filem di seluruh dunia. Adakah Malaysia bangga dengan kejayaan ini? Adakah MCA akan mencalonkan Joo Han sebagai penerima pingat yang membawa gelaran Datuk?

Bagaimana dengan sambutan peminat filem luar Negara terutamanya di Itali yang pernah menonton filem ini? Google sahaja perkataan [Sell Out! Joon han] atau [$e11.ou7!]. Para pengkritik filem di Itali amat teruja dengan filem ini sehingga mereka mengundi agar file mini dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

Kekecewaan Rakyat Malaysia

“Sell Out!” menceritakan mengenai Rafflesia Pong (Rafflesia bunga terbesar di dunia yang terdapat di Malaysia dan Pong membawa makna busuk). Dia hampir putus asa dengan kedudukannya sebagai hos rancangan tv tercorot akibat tumbuhnya ramai hos-hos tv yang direbuti pramugari kacukan.

Eric Tan pula seorang pencipta alat elektronik yang bersemangat untuk menghasilkan produk terbaik Malaysia akhirnya diketepikan dan dikutuk serta dikeji kerana prinsip Malaysia yang hanya membicarakan dalam kata-katanya dan iklan sahaja tetapi melaksanakan kerja sebaliknya.

Akhirnya, dengan hasil kreativiti mereka, mereka berjaya mencipta nama dan diterima seluruh rakyat Malaysia. Jadi, Malaysia masih mempunyai harapan untuk kembali kepada kegemilangan sebenar.

Saya teringat dengan Datuk Muzaffar yang kononnya dibanggakan sebagai angkasawan tetapi sebenarnya hanyalah pelancong angkasa. Dia pulang sebagai hero!

“Sell Out!” diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd dan dibintangi oleh bintang-bintang pertama kali dalam industry perfileman seperti Jerrica Lai, Peter Davis, Lee Thuan Chye, Lim Teik Leong, Wong Wai Hoong, Lee Szu Hung dan Hannah Lo.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula Mei 2009.

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com